rambut aku perlukan ubat..huuu..



salam.hoi!da hari sabtu.cuti da nak abis da la!lupakan hal cuti.sekarang nak cakap hal rambut.kita tahu kan,rambut adalah bnda penting dalam hidup kita.kita akan jaga rambut kita leklok.kita akan syampoo rambut kita spya sntiasa wangi.ade ke orang yang xsayang rmbut die?cnfrm2 la tak kan basuh or syampoo rambut dia bertahun2 kan..yakkss..

tapi masalahnya,rambut aku sekarang da makin bertambah2 kegugurannya.bukan keguguran kandungan yer.tu da maksud lain da.huuu.ni keguguran rambut yang semakin bermahajarela kat kepala aku sekarang ni.rambut yang dulu lebat kini makin nipis.risau gila weeh.

so aku g google petua2 konon2 nak elak rambut gugur la kan.mana syampoo yang terbaik utk kurangkan masalah keguguran ni kan.xbanyak pun aku dpat survey kat google sbb line beruk kesayangan aku ni amat la slow macam siput babi.siput babi pun laju kot dari berukband ni.sabar je la..aihh..

antara2 tips or petua2 nya ,,,jeng jeng jeng...!

"Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa." dari BEBAS 

"Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit.Cuci rambut seperti biasa.Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya." dari blogpakarhowto

"Untuk mengatasi masalah ini, banyak petua yang boleh diamalkan. Antara petua yang popular adalah dengan menggunakan santan kelapa. Caranya adalah, ambil pati santan dan lumurkan di atas kepala. Balut dengan tuala yang bersih. Sebaiknya biarkan pati santan itu semalam di atas kepala. Amalkan petua ini seminggu sekali. Selain elok untuk mengatasi masalah rambut gugur ia juga amat sesuai untuk melebatkan rambut.

Antara petua yang baik untuk mengelakkan rambut gugur adalah dengan meletakkan daun bunga raya yang telah diramas. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut." dari petuamelayu


huu..banyak gak petua2 dia.cuma depend kat kita je samada nak try atau tidak kan..huu..nanti2 aku try..sekarang ni simpan dalam otak dulu petua ni.huuu.korang doakan la masalah keguguran rambut aku ni tak bertambah kronik yer..oh ya..aku suka rambut macam ni..nia ramadhani aka bawang merah..hee..suka rambut macam tu...


1 comment

  1. Akak,,rambut berbuah..mulalah rasa gatal2..so,kak rabia syampu lah..dah ok dah.wangi pun rambut.dh ok dh rambut ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex