KL Gangster time

ini sambungan entry pergi ke kuantan tu.wa pergi sana menyelam sambil minum air.bukan air sungai tapi air tembikai susu.hehe.:) wa pergi nonton KL GANGSTER.wa cakap lu.


ini movie,wa boleyh bagi tiga satu per dua star.haiya,itu sudah cukup manyak maa..overall movie ni OK.ganas2 gangster itu adalah kan n lawak2 pun ada sebab ada si ZIZAN raja lawak tu.movie ni pun banyak mesej la.takde la cerita zero je kan.yang aku boleh nampak movie ni,ada mesej Persahabatan. persahabatan antara MALEK n AJIT(aku tak ingat ejaan nama dia).bila Malek ada masalah,ajit confirm datang tolong even before ni dieorang laing geng. Persahabatan Malek n Fadil (Abang Dil) pun sangat2 kuat.

Nilai kekeluargaan pun ada juga antara mak n anak. Walau sejahat mana pun anak,mak tetap sayang anak tu.Nilai kesungguhan untuk mencapai sesuatu.Macam Shark sanggup bunuh King sebab nak dapatkan geng tu,padahal King tu ayah tiri dia.tapi nilai ni tak patut untuk dicontohi..hehe.uish,da mcam wat jawapan untuk KOMSAS SPM je.bentuk soalan-apakah nilai dan pengajaran kita perolehi dari cerita ini??,,hehe,,


tetapi yang tak bestnye,cerita ni sekejap sangat,satu jam setengah jam je kot..aish..tetapi cerita ni memang best la.thumbs up untuk Aaron Aziz,Shamsul,Zizan,Adi Putra,Ajit,Kings n semua2 la.Lawak Zizan dalam cerita ni memang besh.semua orang gelak bile die wat lawak je,hehe..Si gangster ajit tu pun lawak,cara cakap pun buat aku gelak.


Kelainan cerita ni,heroin tade,yang ado hanya Hero,Aaron Aziz(Seth Tan :] )Aaron dalam cerita ni memang macho habis la.kalau gaduh pun steady je.badan die memang tough la..sama macam Adi Putra.lari pun ada style.hehehe.bila tengok movie ni rasa macam boleh wat satu kesimpulan - Rokok dan Gangster tak boleh dipisahkan. sebabnya selepas gaduh je,confirm melekat rokok kat mulut,macam Adi Putra tu,cakap sambil letak rokok kat mulut.huuu..maybe tu style kot. ingatlah ROKOK MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN.


kerepek:masa tengok cerita ni,ada orang ambil seat kitaorang,macam s*** je kan.rasanya satu geng kot,sebab penuh satu baris untuk dieorang.naseb baik lu orang lelaki.kalau tak dah lama wa bising2 kat situ.huhu.tak pun wa panggil abang Malek stlekan lu owang.tak pun wa panggil Big Brother Dil.huhu.time aku tengok tu memang penuh hall tu.


till then.cik renex.

No comments

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex