TIPS Bertemu bakal mentua

TIPS Bertemu bakal mentua

April 12, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.





Bertemu bakal mentua?Hehe.Topik yang agak best untuk dibincangkan dan dimerepekkan. Sebenarnya topik ni aku terlintas semalam sebab ada seorang kawan aku tu tengah nervous nak jumpa dengan bakal keluarga mentua dia.Haha.Sebenarnya aku pun takde pengalaman sedemikian.Sebab tu aku nak kongsikan beberapa tips untuk bertemu dengan keluarga pasangan masing2.Boleh la dijadikan panduan untuk AKU dan pembaca sekalian.Tu pun kalau tips aku ni boleh guna kan.

Tips pertama.


Pastikan kau jadi diri kau sendiri.Jangan berpura-pura depan mak/bapak mentua.Sebab kalau kau berpura2 sekarang nanti2 dieorang akan tahu juga lambat laun bila kau dah jadi sebahagian dari keluarga dieorang tu.Contohnya kalau dia tanya kau.

"Makcik nak tanya ni,kamu reti masak ke?" (soalan standard)"Eh makcik,apa pulak tak reti.Semua saya reti makcik.Nak buka kedai makan pun boleh."

Jawapan tu memang selamat kalau korang2 ni memang terror masak la kan.Kalau tak reti,memang naya korang nanti.So,pada siapa2 yang tak reti masak,atau reti masak sikit2 je apa kata jawab macam ni.

"Makcik nak tanya ni,kamu reti masak ke?" "Sebenarnya makcik,saya tak reti sangat masak.Tapi kalau masak simple2 je saya reti la.Macam ayam masak merah,ayam masak kicap dan blablabla. Sekarang ni saya tengah belajar memasak dengan mak saya.(buat muka yakin sikit)"

Apa macam?sejuk telinga dengar jawapan macam tuh.hahaha


Tips Kedua


Ringan-ringan kan tulang untuk menolong di dapur.Jangan duduk je kat ruang tamu tu tunggu minuman dihidangkan.Apa kata ikut sekali dieorang ke dapur,wat air ke.Kalau air dah siap apa kata tolong hidangkan,tuangkan dalam gelas.Kannnn. Kalau dia cakap takpelah,biar makcik buat.Korang jgn terus tak wat.Tolong la apa yang patut kan. 

Sebab kawan aku pernah mengalami kes macam ni.Di'reject' sebab tak tolong.Kawan aku ni pergi stay umah Teman Lelaki dia dan bila dia nak tolong makcik tu cakap takpe lah,pergilah borak2 tu. Dan kawan aku dengan jujurnya pergi la borak2 kat depan dengan teman lelaki dia tu. Last2,family lelaki tu macam tak berkenan dah dengan kawan aku tu. See,simple je kena reject. First Impression is very2 important.

Sepatutnya bila makcik tu cakap macam tu,kawan aku tu kena la stay dekat makcik tu.Borak2 ke,yang g borak dengan lelaki tu watape,macam tak puas2 nak borak2 dengan teman lelaki tu.Haissshh.


Tips keTiga

Datanglah dengan membawa buah tangan.jangan datang bawa badan je.:) Cukuplah dengan membawa  buah-buahan atau makanan. Nak markah lebih? Bawalah kain pelikat untuk ayah, kain pasang ke untuk maknye. Shawl untuk adik perempuan,Cd game ps utk adik lelaki. Hehe. Nanti mesti dieorang rasa terharu kan,jadi automatiknya mereka akan sukaaaa dengan anda. haha.


Tips keEmpat


Jangan tidur lambat pada hari sebelumnya, Takkan la korang nak nampak lesu je depan mereka. Nanti dieorang tak yakin je korang ni mampu jaga anak lelaki mereka.Yedok?

Tips KeLima

[agak2 pakai macam ni lulus tak?hahaha]

Pakai pakaian yang sesuai. Aku rasa ni tips yang paling penting dari tips2 yang lain tu. Kalau kau dah pakai yang tak sesuai,agak2 kriteria yang lain tu dieorang suka tak?anda fikirkan sendiri



okay.itu sahaja tips2 dari Cik Renex yang tak pernah ada pengalaman.Hanya pendapat,mungkin ada yang setuju mungkin ada yang tak setuju. :)
Cinta memerlukan Pengorbanan

Cinta memerlukan Pengorbanan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

[gambar ni dah edit dua tahun lepas,Godek2 gambar dalam laptop,terjumpa.hehe]


"Menyayangi seseorang tidak memastikan kita perlu memiliki orang tersebut"

kadang2 kita perlu melakukan pengorbanan untuk orang yang kita sayang.Ye,seperti ramai yang berkata

"Cinta memerlukan Pengorbanan"

Hey!make sure pengorbanan itu kearah kebaikan bukan keburukan.Takkan la korang nak korbankan duit untuk orang yang ko sayang.Takde maknenya,tu namanya Pisau Cukur atau Gigolo.Haha.

Takkan la kau nak lari dari rumah sebab nak buat pengorbanan untuk kekasih hati. Itu namanya otak letak ketepi. Masing2 dah matang untuk membuat penilaian mana yang baik dan mana yang buruk kan. :)


Ada juga orang berkata-kata;

"Kita akan bahagia melihat orang yang kita sayang bahagia bersama orang lain"

Tapi,jujur ke ko bahagia tengok org yg ko syg hepi2 dengan orang lain.Anda fikirkan lah :)





© Blog Cik Renex