Ber PE 3 - bapak segala gangster

October 24, 2012

PE 3

Hari ni seluruh warga Pahang bersenang lenang dirumah sebabnya cuti sempena Hari keputeraan Sultan Pahang. Tapi tak semuanya cuti kan. Papepun, selamat bercuti pada yang bercuti hari ini.

Dan tadi aku dengan member aku pergi Starmall Mentakab untuk menonoton filem ni. Di tempat aku ni hanya ada satu sahaja pawagam iaitu di Mentakab. Mujur la ada kan, kalau tak kena tunggu pergi Kuantan baru boleh tengok wayang. Sedeh.

PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Movie ni filem aksi komedi. Memang banyak gelak tengok cerita ni. Ketua gangster, tapi asal keluar je banyak kali terjatuh. Lawak2. Siap berkain pelekat la. Adoi. Memang bapak segala gangster la.

Korang nak taw best ke x, pergi la sendiri tengok yer.

Dan ni merupakan filem terakhir Diana Amir tak bertudung. Jangan la pelik pule bila tgok cerita ni. Sebab filem ni dirakam sebelum beliau berhijrah.

:)

Aku terima Nikahnya

October 23, 2012

Suka quote nih weh.


Aku terima nikahnya

October 14, 2012



TIGA perkataan yg ditunggu2 oleh seorg wanita bukanlah I LOVE U or I MISS U. Tetapi AKU TERIMA NIKAHNYA...


Sabtu. Kami berempat melayan movie Aku Terima Nikahnya . Filem lakonan Adi putra dan Nora Danish. Sinopsianya?ala aku pastinsemua dah sedia maklum cerita ni kan.


Filem ni boleh dikatakan sedih la jugak. Dan Aina,sepupu aku boleh pulak menangis teresak2 layan filem ni. Hehe. Betul2 menghayati dia ni. Aku?mata berkaca2 je la. Hikhik




NORA danish dalam cerita ni sangat la comel. Dan sangat serasi berlakon dengan ADI putra. Memang sesuaiii.


Ending cerita ni bagi aku terlalu cepat. Kalau lah Nora Danish membawa rajuk dia ke tempat lain barubest kot. Biar suami dia berusaha mencari dia lak. Ni x,senang2 je taw Nora kat jambatan tu. Hehe.


Scene yang paling aku rasa sweet bile hero proposed heroin. So sweeetttt.


So,sape2 yang tak tengok lagi tu boleh la pergi terjah pawagam yang berhampiran.


Akim & Stacy Kembali dengan lagu baru.

October 12, 2012




Watch "♥ ❤ αкιм & ѕтα¢у-Kembali (Lyrics)♥ ❤" on YouTube



Akim. Penyanyi kegemaran aku. Kipas susah mati la. Dari dia zaman AF sampai sekarang. Dan lagu ni aku selalu dengar kat radio SuriaFm. Mula2 ingatkan lagu ni dari seberang rupanya lagu dari artis kita sendiri. LAGU ni memang best. TAJUK KEMBALI. ce korang try dengar.


Masa akim nyanyi lagu ni tak macam suara dia . Dah ada improvement vokalnya. Jom layan lagu ni.


Dan dan,sekali dengan lirik. Aku lupe aku cari kat mana lrik lagu ni.


Lirik Lagu Kembali – Akim/Stacy

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini


Lirik Lagu Tiada Rasa - Ika Nabila ft Aliff Razali

October 10, 2012


Abaikan muka diatas ini. AHAKS. Siapa yang layan dram Julia mesti tahu lagu ni. TIADA RASA. Best oo lagu ni. Cari2 kat youtube rupa2nya lagu ni dah lama dah. Cubalah korang dengar.

Lirik Lagu Tiada Rasa - Ika Nabila ft Aliff Razali


Tiada rasa di antara kita
Kau dan aku bersama bahagia
mencuba tuk merasakan cinta
tapi tak kurasa


Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hati ku tertanya
getar rasa seakan sengsaral
nafas tak terhela


Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita
teman saja


Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna
teman saja


Ooooo tiada rasa..oooo tiada rasa


P/s: kadang2 ni yang aku rasa sejak dua menjak nih. YA ALLAH,kau tunjukkan lah daku mana yang baik untukku dan sebaliknya.


Pembaca Setia Kosmo!

EHEM2. Check sound check sound.


Diumumkan Saidatul Azreen bersama kawannya menjadi pembaca setia KOSMO! . Ahaks. Macam tak sangka gambar kami dalam surat khabar Kosmo! 09 Oktober 2012 halaman 3 ruangan pembaca setia kosmo! .


Aku gila teruja sebab tak pernah2 gambar masuk majalah n surat khabar. Aku ni kan manusia biasa. Bukan model,ratu,diva sebab tu bila muka aku masuk sekali memang la teruja tahap maksimum. Kan kan kan.. patut lah kan aku teruja? Hehehe


Rindunya kat arwah abah

Rindunya kat arwah abah

October 5, 2012

Orang lain kalau rindu boleh call. orang lain kalau rindu boleh terus jumpa. peluk. sayang. aku? bila rindu,hanya mampu tengok gambar. hanya mengimbas kenangan. bila rindu,hanya mampu menangis dan doakan dari jauh. ya allah,kenapa cepat sangat kau ambil dia dari kami. belum puas lagi kami bersamanya.


setahun arwah abah pergi,macam semalam baru bercakap ngan abah. Rindunya kat abah.  Al-fatihah.


4.10.2011


1pagi. Abah sesak nafas. Dan dengan izin Allah aku tersedar sebab vibrate hp. Aku dengar abah terbatuk2 dalam tandas. Bila tanya,abah senyap,tak jawab. Aku pergi tandas,tengok abah dah xlarat. Pimpin abah panggil ma. YA allah hanya Allah yang tahu betapa paniknya aku tengok abah macam tu.


Hantar ke HOShAs. Bila tengok semula abah,penuh wayar kat abah. Abah dah tak sedar.Doktor kata kena bawa hospital Klang sebab peralatan dan doktor pakar tade. Tapi kena tunggu kul 7am baru leh gerak ke sana.


Bila aku nak teman abah dalam ambulans doktor tak bagi. Okay.dua kali aku bengang dengan sistem hospital. Aku nak teman abah dalam ambulans. Sedih aku bila pihak hospital tak bagi teman.


Sampai hospital klang,kena tunggu turn masuk wad ICU. Bila dah dapat doktor pagi aku. Hancurnya hati aku bila doktor cakap paru2 abah half da rosak. Penuh asap bila tengok xray abah. Doktor kata kat aku paling lama abah boleh hidup seminggu. Luluh hati aku. Macam mana nak bagitaw ma,bagitaw akak yang abah tenat.kritikal. doktor kata abah dah bergantung pada mesin.


Tengok abah,dah tak de respond. Hanya air mata abah keluar. Abah,aye tahu abah sakit,tapi aye tak tahu nak wat macam mana.


5.10.2011


Doktor cakap nak masukkan tiub nak tengok abah ada penyakit apa. tapi tiba2 doktor cakap abah dh tenat. Doktor kata abah ada kanser. Kanser tahap lima. Kanser tiroid,jantung dan paru2. Ya allahbesarnya dugaan kau bagi pada abah dan kami.


Abah,aye minta maaf sebab tak dapat selamatkan Abah. Aye dah cuba abah. Aye benci doktor sebab tak berusaha nk selamatkan abah. Allah lgi sayangkan abah. Abah orang baik. Allah sayang orang yang baik macam abah. ALLAH taknak abah bersusah payah. Orang lain tak tahu kesusahan abah,kesakitan abah.


Bila arwah aku meninggal,aku rasa separuh diri aku hilang. Semua tak macam dulu. Kemana2 pergi mesti ada abah.sekarang semua kena drive sndiri. Patutlah abah marah sangat bila aku failed test JpJ. Abah macam dah taw yang abah akan pergi jauh dan nak anak abah yang sorang ni pandai drive kereta.


Bila rindu abah,aku hanya mampu doakan abah disana. Baca yasin untuk abah. Sebab dengan tu je yang boleh hilangkan rasa rindu ni abah. Bila depan orang aku mampu senyum bercerita pasal abah,di belakang orang aku hanya mampu menangis.


Al-fatihah.


© Blog Cik Renex