Kasih Jangan Pergi

November 8, 2012

Yuhuu. Bila mood rajin update blog sampai, mula lah tiap2 jam asyik nak update je kejenye. Tapi kan, sebenarnya takde idea apa pun nak update. Nak cerita pasal kehidupan sekarang? Macam takde apa yang menarik semuanya berjalan sama. Dari hari isnin sampai jumaat sibuk bekerja. Sabtu Ahad je aktiviti bertukar. Tengok wayang,hang-out ngan member, dll.


Tapi xpelah. Kalau ada cerita best aku update. Sekarang ni nak cerita satu lagu yang menjadi lagu kegemaran selepas lagu 'kehilangan-Firman' . Iaitu lagu 'Kasih jangan pergi'  nyanyian Pria Band/ Nirwana Band . Lagu ni sangat2 bermakna dan lirik yang aku sangat suka.


Jom aku share lirik lagunya. Video nya korang leh tengok kat youtube. Macam tak biasa kan. Hakhak.





Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan aku terlanjur menyayangimu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu

Cinta yang aku punya bukan sekadar kata
Cinta ku ini abadi untukmu

Kasih jangan( 4x ) kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup

Kasih jangan ( 4x ) kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi


• Kadang-kadang tanpa anda sedari anda telah membuat seseorang menyayangi anda. Tapi sebenarnya anda tak berminat padanya. Lalu anda pergi meninggalkannya tanpa kata. Kejam kan anda. Kenapa bagi harapan padanya,sedangkan anda hanya bermain dengan perasaannya•




Ber PE 3 - bapak segala gangster

October 24, 2012

PE 3

Hari ni seluruh warga Pahang bersenang lenang dirumah sebabnya cuti sempena Hari keputeraan Sultan Pahang. Tapi tak semuanya cuti kan. Papepun, selamat bercuti pada yang bercuti hari ini.

Dan tadi aku dengan member aku pergi Starmall Mentakab untuk menonoton filem ni. Di tempat aku ni hanya ada satu sahaja pawagam iaitu di Mentakab. Mujur la ada kan, kalau tak kena tunggu pergi Kuantan baru boleh tengok wayang. Sedeh.

PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Movie ni filem aksi komedi. Memang banyak gelak tengok cerita ni. Ketua gangster, tapi asal keluar je banyak kali terjatuh. Lawak2. Siap berkain pelekat la. Adoi. Memang bapak segala gangster la.

Korang nak taw best ke x, pergi la sendiri tengok yer.

Dan ni merupakan filem terakhir Diana Amir tak bertudung. Jangan la pelik pule bila tgok cerita ni. Sebab filem ni dirakam sebelum beliau berhijrah.

:)

Aku terima Nikahnya

October 23, 2012

Suka quote nih weh.


Aku terima nikahnya

October 14, 2012



TIGA perkataan yg ditunggu2 oleh seorg wanita bukanlah I LOVE U or I MISS U. Tetapi AKU TERIMA NIKAHNYA...


Sabtu. Kami berempat melayan movie Aku Terima Nikahnya . Filem lakonan Adi putra dan Nora Danish. Sinopsianya?ala aku pastinsemua dah sedia maklum cerita ni kan.


Filem ni boleh dikatakan sedih la jugak. Dan Aina,sepupu aku boleh pulak menangis teresak2 layan filem ni. Hehe. Betul2 menghayati dia ni. Aku?mata berkaca2 je la. Hikhik




NORA danish dalam cerita ni sangat la comel. Dan sangat serasi berlakon dengan ADI putra. Memang sesuaiii.


Ending cerita ni bagi aku terlalu cepat. Kalau lah Nora Danish membawa rajuk dia ke tempat lain barubest kot. Biar suami dia berusaha mencari dia lak. Ni x,senang2 je taw Nora kat jambatan tu. Hehe.


Scene yang paling aku rasa sweet bile hero proposed heroin. So sweeetttt.


So,sape2 yang tak tengok lagi tu boleh la pergi terjah pawagam yang berhampiran.


Akim & Stacy Kembali dengan lagu baru.

October 12, 2012




Watch "♥ ❤ αкιм & ѕтα¢у-Kembali (Lyrics)♥ ❤" on YouTube



Akim. Penyanyi kegemaran aku. Kipas susah mati la. Dari dia zaman AF sampai sekarang. Dan lagu ni aku selalu dengar kat radio SuriaFm. Mula2 ingatkan lagu ni dari seberang rupanya lagu dari artis kita sendiri. LAGU ni memang best. TAJUK KEMBALI. ce korang try dengar.


Masa akim nyanyi lagu ni tak macam suara dia . Dah ada improvement vokalnya. Jom layan lagu ni.


Dan dan,sekali dengan lirik. Aku lupe aku cari kat mana lrik lagu ni.


Lirik Lagu Kembali – Akim/Stacy

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini


Lirik Lagu Tiada Rasa - Ika Nabila ft Aliff Razali

October 10, 2012


Abaikan muka diatas ini. AHAKS. Siapa yang layan dram Julia mesti tahu lagu ni. TIADA RASA. Best oo lagu ni. Cari2 kat youtube rupa2nya lagu ni dah lama dah. Cubalah korang dengar.

Lirik Lagu Tiada Rasa - Ika Nabila ft Aliff Razali


Tiada rasa di antara kita
Kau dan aku bersama bahagia
mencuba tuk merasakan cinta
tapi tak kurasa


Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hati ku tertanya
getar rasa seakan sengsaral
nafas tak terhela


Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita
teman saja


Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna
teman saja


Ooooo tiada rasa..oooo tiada rasa


P/s: kadang2 ni yang aku rasa sejak dua menjak nih. YA ALLAH,kau tunjukkan lah daku mana yang baik untukku dan sebaliknya.


Pembaca Setia Kosmo!

EHEM2. Check sound check sound.


Diumumkan Saidatul Azreen bersama kawannya menjadi pembaca setia KOSMO! . Ahaks. Macam tak sangka gambar kami dalam surat khabar Kosmo! 09 Oktober 2012 halaman 3 ruangan pembaca setia kosmo! .


Aku gila teruja sebab tak pernah2 gambar masuk majalah n surat khabar. Aku ni kan manusia biasa. Bukan model,ratu,diva sebab tu bila muka aku masuk sekali memang la teruja tahap maksimum. Kan kan kan.. patut lah kan aku teruja? Hehehe


Rindunya kat arwah abah

Rindunya kat arwah abah

October 5, 2012

Orang lain kalau rindu boleh call. orang lain kalau rindu boleh terus jumpa. peluk. sayang. aku? bila rindu,hanya mampu tengok gambar. hanya mengimbas kenangan. bila rindu,hanya mampu menangis dan doakan dari jauh. ya allah,kenapa cepat sangat kau ambil dia dari kami. belum puas lagi kami bersamanya.


setahun arwah abah pergi,macam semalam baru bercakap ngan abah. Rindunya kat abah.  Al-fatihah.


4.10.2011


1pagi. Abah sesak nafas. Dan dengan izin Allah aku tersedar sebab vibrate hp. Aku dengar abah terbatuk2 dalam tandas. Bila tanya,abah senyap,tak jawab. Aku pergi tandas,tengok abah dah xlarat. Pimpin abah panggil ma. YA allah hanya Allah yang tahu betapa paniknya aku tengok abah macam tu.


Hantar ke HOShAs. Bila tengok semula abah,penuh wayar kat abah. Abah dah tak sedar.Doktor kata kena bawa hospital Klang sebab peralatan dan doktor pakar tade. Tapi kena tunggu kul 7am baru leh gerak ke sana.


Bila aku nak teman abah dalam ambulans doktor tak bagi. Okay.dua kali aku bengang dengan sistem hospital. Aku nak teman abah dalam ambulans. Sedih aku bila pihak hospital tak bagi teman.


Sampai hospital klang,kena tunggu turn masuk wad ICU. Bila dah dapat doktor pagi aku. Hancurnya hati aku bila doktor cakap paru2 abah half da rosak. Penuh asap bila tengok xray abah. Doktor kata kat aku paling lama abah boleh hidup seminggu. Luluh hati aku. Macam mana nak bagitaw ma,bagitaw akak yang abah tenat.kritikal. doktor kata abah dah bergantung pada mesin.


Tengok abah,dah tak de respond. Hanya air mata abah keluar. Abah,aye tahu abah sakit,tapi aye tak tahu nak wat macam mana.


5.10.2011


Doktor cakap nak masukkan tiub nak tengok abah ada penyakit apa. tapi tiba2 doktor cakap abah dh tenat. Doktor kata abah ada kanser. Kanser tahap lima. Kanser tiroid,jantung dan paru2. Ya allahbesarnya dugaan kau bagi pada abah dan kami.


Abah,aye minta maaf sebab tak dapat selamatkan Abah. Aye dah cuba abah. Aye benci doktor sebab tak berusaha nk selamatkan abah. Allah lgi sayangkan abah. Abah orang baik. Allah sayang orang yang baik macam abah. ALLAH taknak abah bersusah payah. Orang lain tak tahu kesusahan abah,kesakitan abah.


Bila arwah aku meninggal,aku rasa separuh diri aku hilang. Semua tak macam dulu. Kemana2 pergi mesti ada abah.sekarang semua kena drive sndiri. Patutlah abah marah sangat bila aku failed test JpJ. Abah macam dah taw yang abah akan pergi jauh dan nak anak abah yang sorang ni pandai drive kereta.


Bila rindu abah,aku hanya mampu doakan abah disana. Baca yasin untuk abah. Sebab dengan tu je yang boleh hilangkan rasa rindu ni abah. Bila depan orang aku mampu senyum bercerita pasal abah,di belakang orang aku hanya mampu menangis.


Al-fatihah.


Tulang rusuk saya dimana?

September 21, 2012






Allah itu maha penyayang ,
DIA tidak beri apa kita mahu ,
tapi DIA akan beri kita apa kita perlu .

Jodoh ada tiga jenis.

September 16, 2012

JODOAH ada TIGA jenis jodoh.


Jodoh dari Syaitan…

berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat,

mengandung lalu bernikah...


Jodoh dari Jin…

berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh

dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk

mengikut kemahuan lalu bernikah...


Jodoh dari Allah…

cinta berputik, masuk meminang dan langsung

bernikah, itulah SYURGA CINTA..


Lirik lagu USSY feat Andhika Pratama – Kupilih Hatimu

September 4, 2012

Sekarang tengah syok menonton tv. Tiba2 keluar iklan drama baru kat Tv3. Tajuk saiful nita kot. Dengar lagu dia memang best la. Mendayu2. Tapi lagu seberang la. Aku memang suka lagu dieorang ni. Tapi bukan bermakna aku xlayan langsung lagu kita. Lagu aizat.black. semua aku suka. o(^^o)

Jadi.search lirik kat google.tadaaaa dapat da. Tajuk kupilih hatimu.nak tengok video kena cari kat youtube yer. Malas nak letak kat sini. Hikss.



USSY feat Andhika Pratama &- Kupilih Hatimu


kupilih hatimu tak ada ku ragu

mencintaimu adalah hal yang terindah

dalam hidupku oh sayang

kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu

sumpah mati hati ingin memilihmu

dalam hidupku oh sayang

kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini

sampai nanti di saat ragaku

sudah tidak bernyawa lagi

dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)

hembuskan namamu (hembuskan namamu)

sumpah mati (sumpah mati)

hati ingin memilihmu (ku milikmu)

dalam hidupku oh sayang

kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini

sampai nanti di saat ragaku

sudah tidak bernyawa lagi

dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini

sampai nanti di saat nafasku

sudah tidak berhembus lagi

karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini

sampai nanti aku tidak bernyawa lagi

dan menutup mata ini untuk yang terakhir

<

Lirik kehilangan nyanyian Firman


K e h i l a n g a n - f i r m a n

Ku coba ungkap tabir ini

Kisah antara kau dan aku

Terpisahkan oleh ruang dan waktu

Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan

Cintamu yang tlah lama hilang

Kau pergi jauh karena salahku

Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu

Gelora mengingatkanku

Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Seandainya kamu bisa

Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

Majlis berbuka puasa bersama kawan

August 18, 2012



Skema tak tajuk?haha

Sempena ramadhan ni mesti ramai yang plan berbuka puasa dengan geng masing2 kan. Tak ketinggalan jugak Kami. Dak2 ex seri bera batch first. Plan yang pada aslny dirancang oleh Nazuha,tapi beliau sendiri tak boleh join sebab balik awal kampung.

Kami berenam yang join iftar ni pun bncang2 Di twitter Sahaja. Siapa nak sponsor,bila ,kat mane. Bukan apa,aku post kat group FB no respond,so last2 tanya geng twitter ajo.abis citer
So,menjadi la Kami iftar sama2. Kami makan kat Marry Brown kerayong . Fully sponsored by sapak!gambar yg paling besar tu adalah Sapak.


Nasi ayam Marry Brown.nyum2.

Lepas berbuka macam biase la.borak2 ,macam marrybrown tu Kami yang punya .
Thanks pada yg sudi hadir yer. Cc: sapak,azuwa,syahid,ecah n nuar .
Tahun depan kita iftar n sahur sama2 lagi. </ center>

Guna Mata hati

August 12, 2012

Kau ingat dia senyum tanda bahagia
Kau ingat dia ketawa tanda gembira

Tapi kau silap
Dia senyum kerana mahu lupakan kesedihan
Dia ketawa kerana mahu sembunyikan air Mata

Itu lakonan terbaik bukan?
Kadang2 orang hanya membuat penilaian dari luaran
Dari fizikal

Hati? Perasaan?

Jangan menilai guna Mata.
Menilailah gune Hati.


TIPS Bertemu bakal mentua

TIPS Bertemu bakal mentua

April 12, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.





Bertemu bakal mentua?Hehe.Topik yang agak best untuk dibincangkan dan dimerepekkan. Sebenarnya topik ni aku terlintas semalam sebab ada seorang kawan aku tu tengah nervous nak jumpa dengan bakal keluarga mentua dia.Haha.Sebenarnya aku pun takde pengalaman sedemikian.Sebab tu aku nak kongsikan beberapa tips untuk bertemu dengan keluarga pasangan masing2.Boleh la dijadikan panduan untuk AKU dan pembaca sekalian.Tu pun kalau tips aku ni boleh guna kan.

Tips pertama.


Pastikan kau jadi diri kau sendiri.Jangan berpura-pura depan mak/bapak mentua.Sebab kalau kau berpura2 sekarang nanti2 dieorang akan tahu juga lambat laun bila kau dah jadi sebahagian dari keluarga dieorang tu.Contohnya kalau dia tanya kau.

"Makcik nak tanya ni,kamu reti masak ke?" (soalan standard)"Eh makcik,apa pulak tak reti.Semua saya reti makcik.Nak buka kedai makan pun boleh."

Jawapan tu memang selamat kalau korang2 ni memang terror masak la kan.Kalau tak reti,memang naya korang nanti.So,pada siapa2 yang tak reti masak,atau reti masak sikit2 je apa kata jawab macam ni.

"Makcik nak tanya ni,kamu reti masak ke?" "Sebenarnya makcik,saya tak reti sangat masak.Tapi kalau masak simple2 je saya reti la.Macam ayam masak merah,ayam masak kicap dan blablabla. Sekarang ni saya tengah belajar memasak dengan mak saya.(buat muka yakin sikit)"

Apa macam?sejuk telinga dengar jawapan macam tuh.hahaha


Tips Kedua


Ringan-ringan kan tulang untuk menolong di dapur.Jangan duduk je kat ruang tamu tu tunggu minuman dihidangkan.Apa kata ikut sekali dieorang ke dapur,wat air ke.Kalau air dah siap apa kata tolong hidangkan,tuangkan dalam gelas.Kannnn. Kalau dia cakap takpelah,biar makcik buat.Korang jgn terus tak wat.Tolong la apa yang patut kan. 

Sebab kawan aku pernah mengalami kes macam ni.Di'reject' sebab tak tolong.Kawan aku ni pergi stay umah Teman Lelaki dia dan bila dia nak tolong makcik tu cakap takpe lah,pergilah borak2 tu. Dan kawan aku dengan jujurnya pergi la borak2 kat depan dengan teman lelaki dia tu. Last2,family lelaki tu macam tak berkenan dah dengan kawan aku tu. See,simple je kena reject. First Impression is very2 important.

Sepatutnya bila makcik tu cakap macam tu,kawan aku tu kena la stay dekat makcik tu.Borak2 ke,yang g borak dengan lelaki tu watape,macam tak puas2 nak borak2 dengan teman lelaki tu.Haissshh.


Tips keTiga

Datanglah dengan membawa buah tangan.jangan datang bawa badan je.:) Cukuplah dengan membawa  buah-buahan atau makanan. Nak markah lebih? Bawalah kain pelikat untuk ayah, kain pasang ke untuk maknye. Shawl untuk adik perempuan,Cd game ps utk adik lelaki. Hehe. Nanti mesti dieorang rasa terharu kan,jadi automatiknya mereka akan sukaaaa dengan anda. haha.


Tips keEmpat


Jangan tidur lambat pada hari sebelumnya, Takkan la korang nak nampak lesu je depan mereka. Nanti dieorang tak yakin je korang ni mampu jaga anak lelaki mereka.Yedok?

Tips KeLima

[agak2 pakai macam ni lulus tak?hahaha]

Pakai pakaian yang sesuai. Aku rasa ni tips yang paling penting dari tips2 yang lain tu. Kalau kau dah pakai yang tak sesuai,agak2 kriteria yang lain tu dieorang suka tak?anda fikirkan sendiri



okay.itu sahaja tips2 dari Cik Renex yang tak pernah ada pengalaman.Hanya pendapat,mungkin ada yang setuju mungkin ada yang tak setuju. :)
Cinta memerlukan Pengorbanan

Cinta memerlukan Pengorbanan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

[gambar ni dah edit dua tahun lepas,Godek2 gambar dalam laptop,terjumpa.hehe]


"Menyayangi seseorang tidak memastikan kita perlu memiliki orang tersebut"

kadang2 kita perlu melakukan pengorbanan untuk orang yang kita sayang.Ye,seperti ramai yang berkata

"Cinta memerlukan Pengorbanan"

Hey!make sure pengorbanan itu kearah kebaikan bukan keburukan.Takkan la korang nak korbankan duit untuk orang yang ko sayang.Takde maknenya,tu namanya Pisau Cukur atau Gigolo.Haha.

Takkan la kau nak lari dari rumah sebab nak buat pengorbanan untuk kekasih hati. Itu namanya otak letak ketepi. Masing2 dah matang untuk membuat penilaian mana yang baik dan mana yang buruk kan. :)


Ada juga orang berkata-kata;

"Kita akan bahagia melihat orang yang kita sayang bahagia bersama orang lain"

Tapi,jujur ke ko bahagia tengok org yg ko syg hepi2 dengan orang lain.Anda fikirkan lah :)





Header by Iez Qis

Header by Iez Qis

March 14, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.






perasan tak header belog cik renex

sponsor by Iez Balqis :)

sebab join contest dia...


Jangan mencintai seseorang seperti....

Jangan mencintai seseorang seperti....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..

Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur..

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,

Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh..
Disaat sahabat lain....

Disaat sahabat lain....

March 3, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.







Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..


Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata - kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.


Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.


Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.


Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…


Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.




copy paste from Apricot Pie


It takes someone VERY SPECIAL

It takes someone VERY SPECIAL

March 1, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



"It takes someone VERY SPECIAL to help you forget someone very SPECIAL" 
- karl led(Arwah Abah)


Quote atas tu aku dapat dari album lama abah.Hari tu tengok album lama2 dan tejumpa quote yang ni.Abah tulis masa ni abah kerja kat Kuantan.Best quote abah ni.:)Abah memang teror cakap omputih sebab abah dulu sekolah omputih.Anak dara dia je yang slow sikit nak SPEAKing2 nih.:p


Berbalik kepada quote tersebut, Kita memang perlukan seseorang yang sangat Special untuk membantu kita lupakan seseorang yang special jugak.Sebagai contoh,Kau couple ngan sorang nih.Kapel punya lah lama,tup tup tup ada masalah,kena putuskan hubungan tersebut.Memang sangat sedih kan?Berbulan2 jugak lah kau akan frust menonggeng sebab tak boleh lupakan EX kite tu. Tiba2 datang seseorang yang telah wat kau hepi,wat kau lupakan EX kau tu.Then,kau orang decide nak kapel.And live happily ever after.


Persoalannya,kenapa orang tu boleh hepikan Kau?Kenapa orang tu boleh wat kau terima dia jadi kekasih hati?


Jawapannya hanya satu,"Sebab orang tu sangat Special dan ke'Special'an orang tu melebihi special EX kau tu"

:)

kerepek:aku still searching someone very special tu..huhu





d u a p u l u h T i g a sudah :)

February 24, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



D u a P u l u h T i g a 

Nombor yang sedikit kan?Kalau umur 23 pun kira muda lagi kan?kan?kan?

18 Februari 2012 yang lepas adalah hari lahir aku.yeay!Hepi Belated Birthday to me :)

Detik 0000 pada 18 feb tu aku tengah drive Mr K ke Kluang dan yes!my family orang pertama wish birthday to me.Tu pun bila aku cakap "Ma,dah kul 12.Besday aye lah". dan bila check handphone ramai member SMS cakap hepi birthday. Thanks kawan. Eh,sebenarnya orang first yang wish adalah kawan satu kuliah aku.Dia wish awal gile,pagi 17hb.Haha.Semangat dia wish kan.Really appreciated it <3


bila on9 Facebook,takyah cakap la kan.Normal lah bila harijadi,Fb akan tulis kat home.Sah2 sume friend dalam friendlist tahu kan.Dan mana2 yang rajin nak meWish memang akan post ucapan "HB" even sebelum ni xpernah nak bertegur sapa kan.Time ni la ada point nak tulis kat wall FB kan.Nak balas setiap wish memang tak sempat lah kan.Yang mampu hanya LIKE sahaja. 

Kalau takde reminder kat FB tu korang takkan ingat birthday aku kannnnn :)Faham faham.

K lah,bila umur dah 23 ramai cakap umur yang sesuai untuk TUNANG/KAHWIN.InsyaAllah,kalau ada jodoh ada lah.Aku tunggu orang yang first wish tu meminang aku lah.Hehe.:) tettt.Malu giler kalau dia baca kan.banyak lagi aku nak capai dalam tahun ni.Memang banyak giler.Adoii.InsyaAllah akan tercapai .macam tahun lepas,Separuh dah tercapai.


Hadiah?Ada lah jugak dari takde kan.Akak aku bagi tudung.Thanks kak.Kak Fina pun bagi shawk.Thanks kak Fina.Ouh,hari tu masa kat tempat kerja,Intan beli kek kat aku.:)Feeling2 la macam budak kecik semangat nak potong kek,tapi SPOIL pisau macam itu.huhu.Thanks Intan 4 da cake walaupun bukan kau yang buat.Sedap.


kak Fina and me.captured by Intan







Saya nak putus dengan awak kerana tiga sebab

February 15, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect! 
PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke? 
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan? 
PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin? 
LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah. 
PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak. 
LELAKI : Eh, kenapa????? 
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab 

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk. 
PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.
LELAKI : Wslm


So.amacam cerita di atas.Pernah terjadi pada diri anda?

Aku suka part yang ni 

"Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik."

"Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada."

"Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah.. "

sebab itu aku lagi suka bagi ayat macam ni 

"Saya tidak menjanjikan pape.Jangan salahkan saya kalau suatu hari nanti saya tetap tidak dapat terima awak.Jangan salahkan saya jika hati saya terbuka untuk orang lain.Saya taknak beri sebarang harapan kepada awak.Harap awak faham."
Wanita perlu cerewet :)

Wanita perlu cerewet :)

February 3, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.




kisah dan tauladan : Cinta,Kekayaan,Kecantikan,Kesedihan,dan Kegembiraan

kisah dan tauladan : Cinta,Kekayaan,Kecantikan,Kesedihan,dan Kegembiraan

January 27, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.





Alkisah di suatu pulai kecil,tinggallah berbagai macam benda2 abstrak:ada CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN,dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.Namun suatu ketika,datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba2 naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu.Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu.Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.Tak lama kemudian CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!!KEKAYAAN!!Tolong aku!"teriak CINTA.

Lalu KEKAYAAN menjawab,"Aduh!Maaf Cinta!.Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.Aku tidak dapat membawamu serta,nanti perahu ini tenggelam.Lagi pula tidak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat2 mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya,KEGEMBIRAAN datang dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN!Tolong aku!",teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli untuk mendengar teriakan CINTA.Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.Tak lama kemudian KECANTIKAN lalu didepannya.

"KECANTIKAN!Bawalah aku bersamamu!",teriak CINTA.

Lalu KECANTIKAN menjawab,"Wah,CINTA,kamu basah dan kotor.Aku tidak boleh membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini,"Sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya.CINTA mula menangis terisak2.Apa kesalahanku,mengapa semua orang melupakan aku.Saat itu,lewatlah KESEDIHAN.Lalu CINTA bertanya.

"Oh,KESEDIHAN,bawalah aku bersamamu",Kata CINTA.

KESEDIHAN menjawab,"Maaf,Cinta.Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian sahaja..",kata KESEDIHAN sambil mengayuhkan perahunya.

CINTA putus asa.Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan.Lalu ia berdoa,"Oh tuhanku,tolonglah aku,apa jadinya dunia tanpa aku,tanpa CINTA?".

Pada saat kritis itulah tiba2 terdengar suara,"CINTA!Mari cepat naik ke perahuku!".CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.Lalu cepat2 CINTA naik ke perahu itu,tepat sebelum air menenggelamkannya.Kemudian di pulau terdekat,orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi.Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia tidak sama sekali mengetahui siapa orang tua yang baik hati itu.CINTA segera menanyakan kepada seorang penduduk tua di pulau itu.

"Oh,orang tua tadi?Dia adalah "WAKTU".kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya,"Tapi,mengapa ia menyelamatkanku?Aku tak mengenalinya.Bahkan teman yang mengenaliku pun enggan menolongku."tanya CINTA hairan.

Penduduk tua itu menjawab."Sebab,hanya WAKTUlah yang mengetahui berapa nilai harga sebuah CINTA itu...."



the end.

Sometimes I feel like we're FRIENDS,but..

Sometimes I feel like we're FRIENDS,but..

January 21, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


cover photo for facebook timeline aku :)


Sometimes I feel like we're FRIENDS,
sometimes I feel like we're M0RE THAN FRIENDS,
but sometimes I feel like I'm just STRANGERS to you





Minesweeper..Ingatkah anda lagi?

January 17, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.




Minesweeper

Tahu tak game ni?kalau tak tahu memang pelik la tuh sebab dalam setiap komputer/laptop memang wajib ada minesweeper nih.

game ni senang je main,tapi memerlukan perancangan dan strategi semasa main.Kalau salah klik,akan menyebabkan ia meletup.

Ni masa mula-mula game.


Separuh jalan.


The End.



salah tekan.Ini la jadinya kan.Malas nak printscreen gambar yang menang.HAHA.dulu semangat main game ni sampai berlawan ngan member.Siap send gambar MMS kat dia bukti sape lagi cepat kan.


tapi sekarang orang dah tak layan game ni.tak mencabar kan.Sekarang orang layan ANGRY BIRDS,ZOMBIES vs PLANTS,Need for speed dan macam2 lagi la..zaman da maju,game pun maju la kan

kerepek:kadang-kadang main game minesweeper ni seronok jugak kan!



10 Soalan Sebelum Bertunang

10 Soalan Sebelum Bertunang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


[source]





10 soalan itu adalah:


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?


fully copy from ILUVISLAM


© Blog Cik Renex