Diy project #1 Instax Film

Haloha. Bersawang blog katanyaaaaa. Moh ler kita bersihkan sawang2 ni. Lama sangat tinggalkan blog kan. Hari ni aku nak cerita mini project DIY. Siapa sini suka dengan kamera Instax? Sila angkat tangan. Kite geng.

Sebelum ni aku letak filem2 instax ni dalam album. Takpun aku tampal kat almari baju bajuan aku tu. Tapi jap2 terjatuh la apa la. Rimasss aku. So,pk punya pikiaq akhirnya dapat idea.

Kita gantungkan ajer instax film tu kat dinding dalam bilik aku tu. So setiap hari boleh tengok. Dan pada masa yang sama akan mencantikkan bilik aku. HAHA.

Senang je nak watnya. Sangat mudah. kalau takde klip utk klip filem tu,apa susah. Pergi ke Mr D.I.Y yang berhampiran ,macam aku pergi DIY temerloh jer,macam2 jenis design ade jual. Dia dijual sekali ngan tali,so senang la. Harga pun murah dalam RM2.50 - RM4.00.

So.taraaa.ni hasilnyaaa...

2 comments

  1. Selamat Tahun Baru 2015... tahun ni akan mendatang kan kecemerlangan untuk semua orang...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex