Family Day 2016 The Grand Beach Resort Port Dickson

Tahun ni sekolah aku anjurkan Family Day kat The Grand Beach Port Dickson. Asalnya nak buat kat De Rhu Beach Resort tapi dah fully booked pulak. Jadinya 30hb Julai 2016 ,Sabtu gerak la kami berkonvoi ke Port Dickson. Ni la first time aku drive hala ke Port Dickson. Cuak jugak sebab memikirkan tak tahu jalan,takut kena tinggal konvoi. Almaklumlah,aku pakai kancil je dieorang semua cc besor2. Tapi yang lawaknya,aku orang terawal sampai. Hahahaha.


Sampai2 pergi cari kedai dulu. Kami lunch kat RnR Seri Bayu kalau tak silap lah. Lapar giler weh. Dari pagi aku tak sarapan sebab xde selera. Huhu. Siap2 makan, pergi The Grand Beach Resort untuk check in.

Kami dapat bilik yang menghala ke pantai sedikit. Nampak lah matahari terbit. Huhu . Jiran hotel sebelah pun nampak.

The Grand Beach Resort Port Dickson

Aktiviti Family Day kami mula dalam jam 430petang. Jadinya sementara tu boleh la kami rehat2 kan badan. Penat weh drive, kira jauh juga la tu dengan tak tahu jalannya. 




Dalam jam 5petang mula lah aktiviti Family Day kami. Acara untuk kanak-kanak cam biasa lah, mewarna. Untuk wanita lak boling kelapa dan lelaki main bola tampar pantai. Mula nak buat acara membina istana pasir tapi tak sempat dah.



Ni kolam kat hotel ni. Boleh tahan la best. Aku tak berendam pun. Malas.


Lokasi Hari Keluarga Port Dickson Negeri Sembilan The Grand Beach Resort Port Dickson
Esoknya sebelum balik,g mandi pantai. Bukan aku lah mandi, cha and the gang je mandi. Aku rendam kaki jer. Hahaha


Sebelum check out 12 tengahhari tu aku ajak ma jenjalan pantai. Seronok sebab tak ramai dan tak serabut. Sebab pantai ni untuk penghuni hotel je. So da jadi macam private beach. 

The Grand Beach Resort Port Dickson

Lokasi Hari Keluarga Port Dickson Negeri Sembilan The Grand Beach Resort Port Dickson

Cantikkan. Tenang sangat bila duk kat pantai. Hilang sekejap masalah2 yang serabut dalam kepala tu.

I am a thalassophile. ❤

2 comments

  1. cantiknya hotel tu, kawasan pantai private memang best!

    *cantik blog ~heee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex