End of September

September 28, 2016



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari ni 28 September 2016. Penghujung bulan September dah pun. Rasa macam baru lagi. Tak sempat nak up status " Wake me up when September ends". Tengok2 dah nak masuk Oktober dah oii. Masa sangat2 cepat berlalu tanpa kita sedar. Umur pun tak lama lagi nak meningkat setahun lagi.

Bulan ni banyak sangat hal berlaku. Tak tahu nak share kat blog citer yang mana satu. Senang2 tak yah tulis terus. HAHA. Bulan ni jugak banyak kenduri kahwin. Ada yang sempat pergi ada yang tak sempat nak pergi. Tahniah Syakila. Tahniah Senget. Tahniah Udin. Tahniah semua2 lah. Tak ingat siapa yang kahwin bulan ni.

Bulan 10 ni ade lah dua tiga kenduri. InshaAllah kalau berkesempatan CR pergi kenduri.


Bila up gambar kahwin,mulalah orang tanya

"Asyik kenduri orang je, bila kenduri sendiri"

sabar lah. Nanti guwa jemput k. Hehe. 😀

Pantai Air Papan Mersing

September 21, 2016

Alkisah cuti sekolah sempena Hari Raya Aidiladha. Sekolah cuti seminggu ,jadi aku pun mohon gak cuti sebab nak bawak ma n cha ke Kluang. Cuti tahunan dah tinggal sikit sebenarnya tapi biarkan. Gerak ke Kluang hari Isnin sebab raya Aidiladha kat sini dulu. Gerak sekali ngan abang lee & akak. Dalam pukul 11 baru sampai. PENAT. Penat drive ke Lipis pun tak habis lagi tambah dengan drive ke Kluang plak. REDHA.

Esoknya memang rehat jer kat rumah. Petang tu je pergi poslaju Kluang sebab nak pos bantal customer. Alhamdulillah sempat sampai sebelum big day nya.

Rabu baru lah plan ke Mersing. Mula akak ajak pergi Forest City tapi risau pulak dengan wabak zika. So better kita berjaga-jaga dari jadi pape kan. Tu pergi ke Mersing tu. Lagi satu cha tu memang tak sabar nak mandi pantai. -.-'


Sampai dalam pukul 5. Cantik jugak pantai nya. Tak ramai orang sangat sebab bukan weekends. Tapi cuti sekolah ,ada lah orangnya jugak. Rasa kalau sabtu ahad penuh kot pantai ni.


Mula2 harus lah bergambar ngan perkataan dia ni. Haha. Angin kuat sangat.


Aku tak mandi pun. Akak abg lee n cha je mandi. Ma ngan aku duk lepak atas kerusi layan angin sepoi2 tak reti bahasa dan bunyi deruan ombak.



Tenang. Ya,tenang sangat duduk tepi pantai. Rasa macam nak buat rumah tepi pantai. Hiks.

Taman Tasik Maran

September 4, 2016

Maran. Bandar Ayam Kampung. Salah satu daerah dalam Pahang jugak. Kalau pergi Kuantan memang akan lalu daerah ni. Tapi jarang sangat singgah bandar Maran ni. Cuma lalu jer. Selalunya kalau tengah berhenti kat Traffic light selalu perasan satu taman ni dan selalunya akan cakap kat ma

"Ma,nanti kita singgah situ la. Jalan2 tengok taman orang"


Jadinya,semalam barulah berkesempatan singgah situ. Kebetulan je. Tak plan awal2 pun. Cuma rasa nak berjalan. Nama pun perempuan,nak berjalan kuar aje. Tak kisah tak beli barang pape yang penting jenjalan. Tu aku lah. Korang tak taw lag. Lain orang lain caranya.


Ni masa mula2 sampai. Singgah kat kedai beli makanan nak makan tepi tasik tu. Banyak chalet kat sini. Tapi aku xpasti rate harganya. Chalet2 ni untuk orang yang nak memancing. Sebab ada pakcik sorang ni cakap tempat ni tempat orang memancing. Kadang tu dapat ikan patin. Kebetulan masa aku sampai tu pun ada lah beberapa orang memancing.




Ni salah sebuah chalet tu. Cantik kan.


Cantik kan. Taman Tasik Maran. Belakang tu Padang Golf Maran.



Acah2 feeling la tu.hahaha. Mendamaikan sungguh. Ramai orang jogging jugak mase ni. Iols nk jogging tapi pakai skirt lak. Hahaha #alasan



Kat Taman Tasik Maran ni jugak ada di sediakan pondok kecil. Boleh la kalau nak bawak bekal makanan dari umah ataupun beli kat kedai makan kat sini. Sampah jangan lupa buang dalam tong sampah. :)



Taman ni jugak dekat ngan masjid As-Syakirin. Ni view dari atas bukit masjid tu. Cantik.


Ok lah. Itu saja nak share. Nanti kita g terjah tempat lain pulak.
© Blog Cik Renex