Pantai Air Papan Mersing

Alkisah cuti sekolah sempena Hari Raya Aidiladha. Sekolah cuti seminggu ,jadi aku pun mohon gak cuti sebab nak bawak ma n cha ke Kluang. Cuti tahunan dah tinggal sikit sebenarnya tapi biarkan. Gerak ke Kluang hari Isnin sebab raya Aidiladha kat sini dulu. Gerak sekali ngan abang lee & akak. Dalam pukul 11 baru sampai. PENAT. Penat drive ke Lipis pun tak habis lagi tambah dengan drive ke Kluang plak. REDHA.

Esoknya memang rehat jer kat rumah. Petang tu je pergi poslaju Kluang sebab nak pos bantal customer. Alhamdulillah sempat sampai sebelum big day nya.

Rabu baru lah plan ke Mersing. Mula akak ajak pergi Forest City tapi risau pulak dengan wabak zika. So better kita berjaga-jaga dari jadi pape kan. Tu pergi ke Mersing tu. Lagi satu cha tu memang tak sabar nak mandi pantai. -.-'


Sampai dalam pukul 5. Cantik jugak pantai nya. Tak ramai orang sangat sebab bukan weekends. Tapi cuti sekolah ,ada lah orangnya jugak. Rasa kalau sabtu ahad penuh kot pantai ni.


Mula2 harus lah bergambar ngan perkataan dia ni. Haha. Angin kuat sangat.


Aku tak mandi pun. Akak abg lee n cha je mandi. Ma ngan aku duk lepak atas kerusi layan angin sepoi2 tak reti bahasa dan bunyi deruan ombak.



Tenang. Ya,tenang sangat duduk tepi pantai. Rasa macam nak buat rumah tepi pantai. Hiks.

No comments

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex