Semangat nak berBLOG muncul

October 25, 2016

Assalamualaikum dan Hai.



Kalau ada yang perasan sejak akhir-akhir ni Cik Renex semangat update entri. Kalau tak sebulan satu je post. Sedih. Bukan tak semangat nak berblogging tapi tengok blog yang kita follow dulu semua dah macam tak aktif. Semua dah menyepi dengan dunia blog.Jadi kita macam hilang semangat nak menulis.

Teringat zaman awal2 wat blog, blogger2 main tag2 kuiz. Seronok rasanya. Siap ada bagi anugerah lah. Share anugerah lah. Zaman 2009 2010. Sekarang blogger yang aktif dulu pun dah slow update. Mungkin tak sempat nak update. Busy dengan life masing-masing. Dan mungkin jugak sebab ada Facebook , Twitter , Instagram. Lebih update media sosial tu.


Lepas tu dalam bulan sept,aku renovate blog aku secara besar-besaran. Tukar layout. Tukar header. Tapi still x cantik macam blogger lain. *sigh. Aku cuba blogwalking,cari kawan blogger baru. Alhamdulillah. Akhirnya aku da dapat blogger baru. Seronok baca kisah hidup blogger ni. Dan jeles tengok blog dieorang. Cantik sangatttt.


Bila dah ada geng blogger yang aktif,jadi secara automatiknya kita terasa rajin nk berblogging walaupun sebenarnya takde orang sangat pun baca blog cik renex yang entah pape ni.


Salam kenal & Thank you pada followers baru. marilah kita memajukan dunia blog semula. 


Alahai kereta...

October 20, 2016

Assalamualaikum dan Hai.

Hari Selasa baru ni ada kejadianyang tidak disangka sangka berlaku telah terjadii. OMG. Pukul 430 tu macam biasa la ,mood happy sebab da abis kerja. Dengan semangatnya punch card dan terus ke parking kereta.

Tiba-tiba masa nak start tak boleh. Cuak. Panggil Nik mintak tolong. Nik mintak tlg ckgu lain. Dengan pertolongan mereka berjaya jugak kereta aku start. Tu pun sebab dieorang tolak beramai-ramai. Terima kasihh korang. Jasamu dikenang akhir hayat.

Bila dah start tu kena hantar bengkel terus. Kalau mati enjin tak boleh start dah. Masa nak drive ke bengkel tu dalam hati berdebar-debar risau enjin mati tengah jalan. Sampai bengkel ,org tu check cakap bateri dah weak sangat. Tukar la bateri. RM175. Melayang-layang duitt kuuuuuu. Blogger Kak Zie pun problem jugak bateri kereta. kita serupa kak.huhu

Tak pernah niat nak curang taw. Tolong lah sihat selalu.


❤ kbai.

[bycikrenex] Bantal ada nama sendiri.

October 18, 2016



Assalamualaikum dan Hai.

Untuk makluman blogger sekalian, Cik Renex ada wat barang dari kraf secara kecil-kecilan. Saja. Dari minat jadi hobi. Bukan apa sangat pun cuma sekarang lebih berfokus pada bantal hiasan. Untuk dijadikan hiasan kat sofa,atas meja,dalam kereta, tepi pelamin ,atas katil ,dekat photobooth dan jugak boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang.


Ni antara contoh hasil dari Cik Renex jahit

 
 Bantal superman untuk anak tersayang. 
Just bagitaw nak dsign camne. InshaAllah Cik Renex akan cuba usahakan buat.



Yang ni pulak customer tempah untuk dijadikan hadiah member tunang. Hadiah kahwin pun boleh macam ni jugak.



Pillow talk. Nak tulis ucapan pape,Cik Renex akan watkan. 


Untuk adik tersayang jugak customer ni tempah. 


Untuk perkahwinan. Gambar boleh request nak yang design mana.




So,inilah antara hasil kerja jari jemari yang tak berapa nak lembut ni. Harga ikot size. :)
Untuk hiasan akan jahit tangan, so jangan risau hiasan atas bantal tercabut. 😆

Untuk contoh lain boleh la terjah kat bawah ni.



WHATSAPP : 0177944891 

FACEBOOK | INSTAGRAM

Gastrik

October 17, 2016



Siapa pernah mengalami gastrik. Aku baru first time kena masa Ahad baru ni. Ya Allah,sakit dia yang ampunnn sakit sangat. Tak reti nak gambarkan. Lepas ni memang serik. Kena jaga makan, jangan makan benda mengarut2 dah.


So, hari ni nak share info sal gastrik jer.


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.. [sumber]

        Tanda Gastrik


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :


* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



Semalam kena sampai nak bangun pun tak larat. Makan pun xde selera. Ma suggestkan minum air milo kosong baru ok sikit. Siap badan rasa panas2. Mujur x berlarutan sampai hari ni. Kalau tak, kena mc lah hari ni.


FAKTA Anak Bongsu

October 14, 2016

Assalamualaikum dan Hai!





Siapa sini anak bongsu? Sep tangan sikit. Cik Renex anak bongsu dari dua orang adik-beradik. Tapi takde la rasa sangat anak bongsunya sebab dah dua orang je kan. Kalau yang ramai adik beradik tu mesti terasa bongsu sikit. Kot.

Bila cerita pasal anak bongsu amat sinonim ngan perkataan Anak Manja. Tidak jugak weh. Sebab kadang-kadang anak sulung pun boleh jadi lagi manja dari anak bongsu ni. Lain orang lain lah pulak caranya kan. Pape pun yang penting jangan jadi anak kurang ajar. Kahkah.

Aku dapat info ni dari Facebook.

9 FAKTA ANAK BONGSU.


1. ANAK MANJA

- nama pun anak bongsu,paling muda dalam family sah sah la kita akan manja dan perlu perhatian lebih sikit dari dieorang kan.
*Tapi sejujurnya aku takde lah manja mane tapi yang part utamakan ibu itu aku setuju 100%.

2. DEGIL

- Keras kepala, kemahuan tinggi , buat sesuatu bersungguh-sungguh , kalau taknak tu taknak lah jawapannya.
- Tak boleh paksa2.
- Senang pujuk tapi tak berapa jalan jugak.


3. TAK PANDAI PUJUK

*yang ni no komen. Memang 100% kena. Haha


4. CINTA

- Sangat SETIA
*mohon kau beruntung dapat anak bongsu ni.


5.HATI

- Nampak je garang tapi hati lembut. Betul. Garang tu nak cover manja jer.


6.ARAHAN

- Lebih suka buat kerja/hal sendiri.


7. PEMAAF & CARING

-Sangat pemaaf dan caring. Tapi jangan bagi dia marah, kalau marah faham-fahamlanh hangin dia.


8. MUDAH BERGAUL

- Prinsip kalau orang tu tak tegur dia,sampai bila pun dia takkan tegur orang tu.
- Nampak sombong tapi peramah.
- Sangat bestfried bila dah ngam


9. ISTIMEWA PANDAI MEMASAK

- yang ni paling winnn. mohon mengaku pandai memasak.





Fakta ni ada yang betul ada yang tak. Depends pada orang tu kan. Tak semestinya semua macam ni. Macam Cik Renex, dalam sembilan Fakta ada lah yang terkenanya. Ada yang ikot situasi. Anda pulak ? BETUL KE BOHONG fakta ni?




Kbai.
Kisah Air

Kisah Air

October 12, 2016



Assalamualaikum dan Hai.

Air. Komponen yang sangat penting dalam hidup seharian kita. Kalau di beri pilihan samada air atau elektrik aku pilih air. Kalau korang?Bukan apa,bagi aku kalo air tiada, kerja seharian kita akan terjejas. Sekarang dah hampir seminggu tempat kerja aku takde air. Tak tahu apa masalahnya. Mula2 dalam bilik tempat kerja aku ada lagi air. Jadinya senang la nak ambil wuduk. Sekarang dah takdeee. Takkan nak ambil wudhuk guna air suling. *sigh


Kalau nak buang air kecil pun kena tumpang tandas lelaki sebab ada sikit air keluar. Tu pun kena pergi berdua. Sorang masuk,sorang lagi duk luar jaga pintu. Nanti tak pasal2 menjerit bila kuar2 tandas terserempak ngan budak lelaki. Haru.


Stress sangat rasa takde air ni. Ingat lagi masa pantai timur banjir besar tahun 2014. Air dengan elektrik confirm dah diaorang stop awal2. Hampir 2minggu kot. Mujur lah sebelum banjir tu dah standby tadah air masak bertong2. Cuma untuk mandi tu lah terpaksa kami ambil air sungai. 😅 Angkut dari sungai pahang letak dalam tempayan. Sebelum jirus dalam tempayan tu kami tapir gune kain dulu. Nasib bilik air gelap, tak nampak la sangat air tu warna kuning Teh ,kalau tak rasenya tak nak guna air tu.


Itu je la nak membebel. Stress takde air ni. Nak minum air masak pun memikir jugak, xlarat nk g tandas sajee.


K lah. Bai.

Temerloh Bandar Ikan Patin

October 10, 2016

Assalamualaikum dan Hai!

Lama dah tak buka blog. Baru jam ni sempat curi2 blogwalking. Minggu exam jadinya tak de la cikgu2 nak wat eksperimennya. Ada la masa sikit untuk berblog. Hai followers baru. Salam perkenalan. Nanti kita followback. Mana yang singgah blogwalking tu,nanti aku blogwalking blog korang lak yer. Thanks singgah blog!


Sabtu baru ni semua semangat bersukan kan. Almaklumlah ,sempena Hari Sukan Negara. Tahniah pada yang join program sukan tu.


Weekend baru ni jugak aku bersukan gak. Sukan ke sungai. Haha. Ok tipu. Sebenarnya teringin nak ke perkataan TEMERLOH yang kat seberang esplanade Temerloh tu. Sebenarnya boleh je nak naik bot tu. Bayar RM5. Tapi aku seram sikit nak naik bot,maka dengan itu aku pergi naik kereta ikot jalan darat.



Cantikkan. Selalu tempat ni port2 pengantin outdoor. Memang sesuai la sebab tempat ni cantik sangatttt.



Ni kat seberang sana. Nampak tak jambatan gantung sana tu? Aku lama dah tak naik. Last naik sebelum banjir besar 2014. Nak naik kena fikir dua tiga kali. Hahaha. Tapi untuk korang yang first time datang Temerloh boleh la try jalan atas jambatan gantung tu sambil2 selfie. ☺


Tuan belog feeling jap kat sini. Hahaha




Ok lah. Itu saja nak cerita mengenai Temerloh ni. Banyak tempat menarik lagi,nanti lah aku share lagi. Yang penting,ikan patin masak tempoyak paling win. Tak sah kalo datang Temerloh tak pekena ikan patin tempoyak. Try lah!

Obses dengan Owlie #part 2

October 1, 2016


Setiap orang mesti ada kegemaran atau kegilaan. Paling kurang ada satu kan. Sesetengah orang ada obses dengan bentuk cupcake. Macam akak aku pantang nampak cupcake,xkisah la tabung ke bekas pin ke mesti terus beli. Kadang-kadang sekali pandang bentuk cupcake tu lain macam. Hiks. Sesetengah orang obses kumpul tudung. Contohnga tudung Aidijuma, bawal kanggaroo la ape la. Masing-masing punya taste.


Untuk aku pulak, aku obses dengan burung hantu . Bukan la burung hantu yang betul2 tu. Kalau anak dia boleh tahan lagi comey. Hari tu kat tempat kerja aku ada sepasang burung hantu sesat. Seram tengok. Haha.


Yang aku minat ni burung hantu yang comel. Ala2 kartun tu. Hehe. Banyak jugak dah la koleksi aku nya. Pantang nampak. Histeria terus. Cha anak buah aku pun da sampai terjebak dengan owlie ni.




Baru ni dia pergi padang besar. Dia belikan untuk aku ngan dia. Terima kasih cha. Hiks.


Sling bag aku beli untuk cha. Tapi kadang2 aku yang pakai gak. Hahaha. Beli online dari Kak Sal. Die pembekal barang kraf.


Handbag ni hadiah birthday aku dari MH. Comel kann.


Kalau perasan header aku pun ade owlie. Penat edit guna picsart. Iols xde photoshop nak edit2 nih.huhu. boleh la asalkan ada kan. 

Sebelum entri ni aku de cerita jugak Obses dengan owlie part 1. Kalau rajin boleh la klik baca.

http://renex89.blogspot.com/2015/07/obses-dengan-owl.html
© Blog Cik Renex