#MyTravelokaEscapade : Sabah menjadi lokasi Idaman di hati

Assalamualaikum dan hai.

Sekarang musim cuti sekolah kan. Awak awak semua plan nak ke mana? Risau tak sempat nak tempah flight dan hotel. Jangan risau, traveloka ada. Traveloka? Apa tu traveloka?? Traveloka tu satu website untuk kita tempah hotel atau tiket flight ke mana2 sahaja. Kadang2 tu siap ada diskaun lagi. Siapa yang tak suka diskaun kan. Hehe. Baru2 ni jugak baru dapat tahu yang Traveloka adakan satu pertandingan untuk penulis blog. Siapa yang takde blog pun boleh join jugak guna Facebook. Hadiahnya sangat2 menarik taw. Rugi tak join.

https://blog.traveloka.com/en/online-contest/
Ini adalah hadiahnya. Menarik sangat2 kan. Jom la join sekali.


Jadi lokasi Idaman Cik Renex adalah ke SABAH. Memang dah lama teringin nak ke Sabah ni tapi bajet tak cukup lagi. Jadinya kalau dapat hadiah kupon rm200 pun dah SERONOK sangat. Kenapa Cik Renex pilih Sabah? Kenapa tak pilih El Nido , Hong Kong , Langkawi , Bali , London , Tokyo, Nepal , Melbourne atau South Korea? Sebabnya nak habiskan misi ronda satu Malaysia. CUTI CUTI SATU MALAYSIA katanya. Sabah memang antara negeri yang Cik Renex tak pernah jejak lagi. Makanya, Cik Renex pilih Sabah!

Kalaulah dapat percutian ke Sabah ni, Cik Renex teringin nak pergi ke lima tempat ni. Tempah flight ke Sabah dan Hotel ke Sabah guna TRAVELOKA. SENANG. Berangan dulu xpe kan. Moga2 jadi kenyataan. Jom tengok tempat mana yang Cik Renex nakkk sangat pergi.

1. DESA DAIRY FARM , KUNDASANG



Dalam facebook ramai sangat share mengenai tempat ni. Desa Dairy Farm ni sebuah ladang ternakan lembu tenusu. Tak payah nak melancong jauh sampai ke New Zealand atau Australia ke sebab dekat Sabah pun ada view macam tu. Sejuk dan pemandangan sangat cantik. Aku seorang yang view hunting dan kaki gambar. Memang seronok kalau dapat ke sini sebab dapat bergambar sakan. Hiks. Tengok gambar yang orang share pun dah teruja apatah lagi berpeluang ke sana.


Desa Dairy Farm a.k.a New Zealand Sabah ni dibuka setiap hari. Kadar bayaran yang sangat murah dan berbaloi iaitu hanya RM5.00 sahaja. Murah kan. Boleh la bergambar sakan dengan latar belakang Gunung Kinabalu. Disyorkan datang awal sebelum jam 10 kalau nak tengok Gunung Kinabalu dengan lebih jelas tanpa diliputi awan dan lebih sejuk. Baru lah feel macam kat oversea. Kan? Rugi lah datang jauh-jauh tapi tak nampak Gunung Kinabalu.


Dah penat bergambar boleh la kita hilangkan haus setelah penat berjalan dan bergambar dengan membeli susu segar dan aiskrim buatan orang tempatan. Nampak dalam gambar tu menyelerakan sangat. Aish, lagilah aku rasa tak sabar nak ke sana.

2. Pulau Sapi & Pulau Manukan



Pulau Sapi


Pulau Manukan

Aku seorang yang thallasophile. Seorang yang cintakan laut/pantai. Jadi tak sah lah kalau pergi Sabah tak melawat Pulau. Pulau kat Sabah memang diantara pulau yang sangat cantik dan air jernih. Rugi kalau tak pergi. Tengok gambar pun rasa membuak2 nak pergi. Ni rasa nak survey terus harga kat Traveloka nih. Dua2 pulau ni sangat sesuai untuk aktivit Snorkeling. Melihat keindahan hidupan dalam laut. Dah penat snorkeling boleh la lepak2 tepi pantai sambil menikmati keindahan alam. Bagi aku,bila duduk tepi pantai rasa nyaman sangat. TENANG. Boleh lupa sekejap mengenai masalah dalam kehidupan kita ni.

3. Tanjung Aru



Kenapa aku nak ke Tanjung Aru?? Orang kata nak tengok matahari terbenam, kat sini lah tempat yang sesuai.  Tengok gambar memang cantik pun. Rasa macam bukan kat Sabah tapi kat luar negara. Di sini juga ada air pancut berwarna-warni. Sambil jalan-jalan kat tepi Tanjung Aru , boleh dengar orang tempatan yang busking kat sini. oh indahnya.

4. Poring Canopy Walk



Kalau Traveloka bagi peluang Cik Renex ke Sabah jugak, memang teringin nak melawat sini jugak. Poring Canopy Walk.  Sangat berguna untuk mencabar diri sendiri sebab kadang kita gayat kat tempat tinggi kan. Aku memang rasa gayat sikit kalau nak lalu jambatan gantung ni. Jadi bila dah lalu kat titian canopy atau jambatan gantung ni manalah tahu boleh hilang rasa gayat tu kan. Hiks.

5. Rumah terbalik



Yang ni pun Cik Renex teringin nak pergi. Walaupun kat dalam tu DILARANG AMBIL GAMBAR ,tetap nak pergi jugak walaupun mesti geram sebab x leh nak swafoto dalam tu. Tapi bila baca review kat blog2 ,dieorang cakap berbaloi pergi sini. So memang teringin nak pergi melawat. Takpelah tak dapat bergambar kat dalam rumah tu. Bergambar kat luar pun dah cantik.


So,ini adalah antara aktiviti Cik Renex seandainya traveloka bagi peluang Cik Renex ke Sabah #MyTravelokaEscapade. Sesiapa yang nak join tu boleh la mencuba ye. All the best. Klik je banner atas sekali.


gambar kredit ke google. :)

17 comments

  1. Sabah memang best dear. Wish u best of luck 😍

    ReplyDelete
  2. Cik renex minat nak pergi sabah ya. Selamat berjaya ya

    ReplyDelete
  3. Best of luck Cik Renex, saya pun join jugak... =)

    ReplyDelete
  4. abam kie kerja selama 4 thn tp x sempat nak teroka seluruh sabah... good luck cik renex!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq abam kie . Sabah banyak tempat menarik.tu x smpt nk teroka abis. Hee

      Delete
  5. salam..yaya singgh sni smbil follow awk. #505
    eh nak pergi Sabah juga ke..yaya pon same..hehe
    gud luck ye ^_^

    ReplyDelete
  6. saved!

    sayang kalu tak gi nih... insyaallah one day...soon!

    ReplyDelete
  7. Jauhnye Sabah, tp view dia cantik cam kat overseakan..;-)

    ReplyDelete
  8. Jauhnye Sabah, tp view dia cantik cam kat overseakan..;-)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex