BANJIR di Bera 2017
January 28, 2017
Assalamualaikum dan Hai.
Sekarang kat area rumah Cik Renex ada yang dah dinaiki air. Banjir dah tiba di Pahang. Doakan agar kami semua selamat dari banjir besar macam 2007 dan 2014. Ingat lagi masa banjir 2014, kampung reen dah macam laut. Nampak bumbung rumah je. Alhamdulillah rumah reen tak kena. Tapi terkepung dan terputus bekalan elektrik dan air. Line telefon pun takde.
Nak mandi pun terpaksa ambil air sungai. Redha je la terpaksa mandi dengan air sungai yang gaya air teh tarik kaw. Balik umah tapis ngan kain batik buang habuk sampah2. Redha. Itu pengalaman dan dugaan Allah bagi kat kita supaya kita sentiasa bersyukur.
Sekarang. Banjir 2017. Mula naik hari Khamis baru ni. Hujan pun kadang2. Masa khamis tu CR pergi kerja lagi. Tapi minta balik awal sebab risau jalan tutup.
Ni gambar dekat waterfront Bera. Khamis 26 Jan 2017.
Tapak pekan sehari. Khamis 26 Jan 2017.
Jumaat 27 Jan 2017. Masa ni memang jalan dah ditutup untuk kenderaan ringan. Jadinya CR tak boleh nak kemana2 dah. Ke Temerloh tak boleh ke Kerayong pun tak boleh.
Ni gambar dari member. Restoran Gobang Maju Temerloh. Air naik tapi dengan kadar slow.
Sekarang ni air makin naik lagi. Tak pergi lagi tengok air. Harap2 air makin surut. Bekalan elektrik baru je terputus ni. Huhuhu. Mesti tak lama lagi bekalan air paip pulak. Mohon bertabah CR dan semua. Maaf sebab tak sempat nak balas komen. Balas blogwalking. Nanti CR blogwalking.
Doakan Kami semua terselemat dari banjir besar.