Update Whatsapp status style story.

February 24, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Dua tiga hari ni orang kecoh dekat facebook sebab facebook dah ada Facebook story macam Insta story. Tapi aku tak ambil kisah sangat sebab apps facebook aku tu da 3 bulan tak update2. Malas nak update. Lagipun storage hp ni pun nak full dah.😂

Hari ni pulak kecoh dengan whatsapp ada update terbaru. Kebetulan semalam dah update apps whatsapp. Haih. Ada jugak ala-ala insta story dan facebook story.

APA YANG TERBARU WHATSAPP STATUS?

Whatsapp status

Whatsapp story

Whatsapp story
Boleh tukar setting kalau nak hide dari seseorang. 😀



Macam instagram jugak kita boleh tahu siapa viewed kita. Yang aku ni kosong sebab aku setting read receipt untick.  


Dan sama macam insta,selepas 24 jam status kita tu akan automatik delete. Bagi CR macam tak suka sangat nak update kat whatsapp ni. Cukuplah instagram story je. Tadi saja test. Haha. Dan sampai sekarang aku tak jumpa mana nak cari contact whatsapp wehhh. Help me.



3 Jenis Fobia

February 22, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Pernah tak masa kita tengok sesuatu kita akan rasa takut dan lain macam. Bagi orang lain biasa je tapi pada kita sangat-sangat menakutkan. Itu mungkin disebabkan kita fobia.

Ape tu Fobia?


"Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sebuah objek atau situasi tertentu. Kata “Phobia” berasal dari Bahasa Yunani “phobos” yang bererti lari, takut dan panik. Fobia dapat menghambat atau mengganggu kehidupan orang yang mengidapnya."


Ada banyak jenis fobia dalam dunia ni. Tapi Cik Renex nak kongsi tiga jenis je.

3 JENIS FOBIA


1. KATSARIDAPHOBIA |THE FEAR OF COCKROACHES

Fobia lipas

Tengok gambar pun dah geli kan. Lagi-lagi kalau ada depan mata. Memang rasa nak ambil ridsect semburrr satu botol. Bila da berjalan lenggang lenggok tu okay lagi,sekali dia terbang. Aduhaii. Memang kita pun akan rasa nak terbang sekali.

2. PEDIOPHOBIA | THE FEAR OF DOLLS

Fobia anak patung

Ada tak yang jenis takut pada anak patung? Mungkin rasa takut wujud sebab kita rasa anak patung tu boleh cakap kan? Rasa macam ada yang memerhati je. CR kalau anak patung ni banyak dalam bilik pun akan rasa something wrong somewhere. Mula la akan fikir macam-macam;anak patung bergerak,anak patung boleh cakaplah. Hihi. Teringat filem luar yang tajuk Annabelle. Kan seram tuuu.

3. HEMOPHOBIA | THE FEAR OF BLOOD

Fobia darah

Takut pada darah?Sebenarnya ini adalah fobia Cik Renex. Tak tahu sejak bila,CR tak boleh tengok darah. Nanti mulalah akan automatik jadi pitam. 😂 Pernah sekali tu masa tengah potong2 bawang sekali terpotong sikit kat jari. Keluar lah darah sikit. Bila tengok tu,terus rasa nak pitam. Huhu.  Siapa yang macam tu kita geng. Tak tahu macam nak okay semula.

Korang ada tak fobia dalam diri tu? Fobia apa?


Selamat hari ulang tahun Cik Renex

February 18, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Cik renex
Gambar klasik kat atas ni gambar Cik Renex dengan akak. Tak tahu la tahun bila. 1991 kot. Hehe 😊☺ .Tanggal 18 Februari 1989 . 12.10 pm. Lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Saidatul Azreen. Siapa tu? Cik Renex lah. Hehe. 

Happy birthday
Alhamdulillah,syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat dunia lagi. Sedar tak sedar dah mencecah usia 28 tahun. Rasa macam baru lepas amik result SPM. Hashtag sweet 18teen. 

Cik renex
Semoga aku semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan sekarang yg semakin mencabar. Diharap dengan usia baru ni semuanya akan jadi yg terindah dan terbaik dlm hidup aku.


Terima kasih atas ingatan dan ucapan di whatsapp, facebook,wechat, instagram dll. Amin aminn untuk doa kalian.

Baby akim
Ingatkan stacy bersalin tarikh 18hb tapi awal sehari la pulak. Huhu. Tahniah Akim Stacy.😍 Boleh la celebrate birthday sama2 nanti. Akim 18.1 anak dia 17.2 aku 18.2. Kan kan kan. 😊

Taman Dinasour Muar @ Don Hu Jurassic Park Garden Muar

February 6, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Hujung minggu baru ni Cik Renex ke Kluang Johor. Kenapa CR selalu pergi Johor? Sebab kakak CR duduk Kluang jadi kerap la ke sana. Sepatutnya nak pergi cuti CNY baru ni tapi tak dapat pergi kerana banjir. Jalan ditutup. Jadinya, Sabtu Ahad baru ni pergi la jugak walaupun sekejap je. Gerak lepas CR balik kerja dalam kul 10 lebih sampai Kluang. CR drive kancil je,jadi lambat la sampainya.

Sabtu tu asalnya tak plan pun nak kemana. Akak ajak pergi Muar Bandar Maharani yang terkenal dengan mee bandung. Sambil2 tu boleh tengok dinasour kat Muar. Dah viral di Facebook tempat ni. Jadi, untuk peminat filem Jurassic Park , kalau nak tengok dinasour di depan mata jom la pergi Don Hu Jurassic Park atau Taman Dinasour Muar.

Apa tu Don Hu Jurassic Park Muar?



Taman dinasour

Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong pengusaha pokok semaian,Dato Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.
Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut.
Heng berkata beliau membelanjakan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.


Bayaran masuk ke Jurassic Park Muar?


Jangan terkerjut ok. Masuk adalah PERCUMA. bagus betul owner tempat ni. 😊


Taman dinasour muar
Yang ni mulut dan kepala bergerak dan ada suara dinasour. Memang nampak real. Sebab tu ada sesetengah budak nangis bila tengok. Takut.






Taman dinasour muar
Dinasour depan tu paling aktif. Tak henti2 berjoget. Semua syok tengok dia. Dinasour ni mmg nampak real. Patut la budak2 ada yang takut. Hehe . Kreatif sungguh orang yang wat ni. Berbaloi dengan harga.

Don hu jurassic park garden
Ganas sangat muka tu awak.

Dinasour muar
Bodyguard ke kat belakang tu? Hehe


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Selain dari tu, taman dinasour ni ada jual tshirt dan replika dinasour.  Boleh la beli untuk dijadikan sebagai kenangan. Masuk dah percuma kan. Jadi ada la duit lebih untuk beli ole2.




Replika dinasour. Range harga dari RM5 ke RM50 

Bagi CR memang sangat seronok datang sebab dinasour yang ada kat situ kelihatan seperti hidup kerana ada bunyi yang dikeluarkan dan kepala dan ekor jugak digerak-gerakkan. Kalaulah tiba2 hidup patung ni memang haru semua lari. Hehe.


Ini ad sedutan video #CRVlog di sana. Jadi mana2 yang ingin merasai pengalaman tengok dinasour boleh la datang ke sini. Santai-santai bersama keluarga. CR guna GPS maps je datang sini.

Alamat: 2700, Pintasan Muar, kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8am-8pm)

Tepi jalan je. Memang senang nak cari.

© Blog Cik Renex