Taman Dinasour Muar @ Don Hu Jurassic Park Garden Muar
Assalamualaikum dan Hai.
Hujung minggu baru ni Cik Renex ke Kluang Johor. Kenapa CR selalu pergi Johor? Sebab kakak CR duduk Kluang jadi kerap la ke sana. Sepatutnya nak pergi cuti CNY baru ni tapi tak dapat pergi kerana banjir. Jalan ditutup. Jadinya, Sabtu Ahad baru ni pergi la jugak walaupun sekejap je. Gerak lepas CR balik kerja dalam kul 10 lebih sampai Kluang. CR drive kancil je,jadi lambat la sampainya.
Sabtu tu asalnya tak plan pun nak kemana. Akak ajak pergi Muar Bandar Maharani yang terkenal dengan mee bandung. Sambil2 tu boleh tengok dinasour kat Muar. Dah viral di Facebook tempat ni. Jadi, untuk peminat filem Jurassic Park , kalau nak tengok dinasour di depan mata jom la pergi Don Hu Jurassic Park atau Taman Dinasour Muar.
Apa tu Don Hu Jurassic Park Muar?
Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong pengusaha pokok semaian,Dato Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.
Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut.
Heng berkata beliau membelanjakan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.
Bayaran masuk ke Jurassic Park Muar?
Jangan terkerjut ok. Masuk adalah PERCUMA. bagus betul owner tempat ni. 😊
Yang ni mulut dan kepala bergerak dan ada suara dinasour. Memang nampak real. Sebab tu ada sesetengah budak nangis bila tengok. Takut.
Dinasour depan tu paling aktif. Tak henti2 berjoget. Semua syok tengok dia. Dinasour ni mmg nampak real. Patut la budak2 ada yang takut. Hehe . Kreatif sungguh orang yang wat ni. Berbaloi dengan harga.
Ganas sangat muka tu awak.
Bodyguard ke kat belakang tu? Hehe
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-format="fluid"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
data-ad-slot="9383714162">
Selain dari tu, taman dinasour ni ada jual tshirt dan replika dinasour. Boleh la beli untuk dijadikan sebagai kenangan. Masuk dah percuma kan. Jadi ada la duit lebih untuk beli ole2.
Replika dinasour. Range harga dari RM5 ke RM50
Bagi CR memang sangat seronok datang sebab dinasour yang ada kat situ kelihatan seperti hidup kerana ada bunyi yang dikeluarkan dan kepala dan ekor jugak digerak-gerakkan. Kalaulah tiba2 hidup patung ni memang haru semua lari. Hehe.
Ini ad sedutan video #CRVlog di sana. Jadi mana2 yang ingin merasai pengalaman tengok dinasour boleh la datang ke sini. Santai-santai bersama keluarga. CR guna GPS maps je datang sini.
Alamat: 2700, Pintasan Muar, kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8am-8pm)
Tepi jalan je. Memang senang nak cari.
Dekat Penang pun ada jugak tapi kecik je rasanya. Thanks for the info CR. Mana tau Ana ke Muar boleh singgah jugak ke sini.
ReplyDeleteBudak2 suka dtg sini. Sbb tgk dpan mata kan.hee
DeleteBerapa harga masuk tu bg dewasa dan kanak2
DeleteWoww macam best je boleh ambil2 gambar xD
ReplyDeleteAah.tp panas sikit la sbb CR g dalam kul 5 ptg.huhu
Deletewahh, menarik tempatnya! tapi IQ tak suka ular gergasi tuuu, IQ bukan peminat binatang jenis ituuu..huaaa..
ReplyDeletekalau Qa'id tengok confirm takut, dia xske patung2 ni...huhu
Kannn.seram n geli tgok ular tu.
DeleteRmai gak budak2 tkut.kalo da sklh xtkut sgt. Tgu qaid besar bru dtg..hee
wah bestnya. menarik sngt buat mcm ni. dh la masuk prcuma.
ReplyDeleteTulah. Percuma je. Bagus giler owner dia
DeleteIn Shaa Allah nanti mesti Elsa sampai ke sini jugak haha. thanks for sharing akak :*
ReplyDeleteKalo smpai nti share kt blog ye.☺
DeleteTarikan baru ni. Tk pernah smpai lg --'
ReplyDeleteNanti ade rezeki mek dtg yer. :)
ReplyDeletebagus info ni CR...nanti kalau kot2 sy kesana..nak juga belai2 dinosaur tu..hehe
ReplyDeleteBelai2 nanti tiba2 dia bergerak.hehehe.
DeletePerghh serius la tempat menarik macam tu free, masih ada lagi rupanya yang percuma kat Malaysia ni. Anak buah mai minat sangat la dinosour, boleh bawa nanti bila ada rezeki.
ReplyDeleteAah Mai. K.reen pun trkjut bila taw free. Sampai memikir ada untung ke dia wat cam gini.
DeleteMmg patut bawak.sbb banyak patung dinasour tu
Tak pernah sampai lagi.
ReplyDeleteBaca post ni excited pulak rasa ngeh!ngeh!ngeh!
Jom la kita pergiii.hehe
DeleteWahhh, ni kalau bawak anak2 mesti dorang suke ni :)
ReplyDeleteAah awak. Budak2 memang suka. Tapi ada yang takut jugak. Sbb ada bnyi tu. Hehe
DeleteThank you for sharing CR :) Nanti balik rumah mentua kat Muar siqah nak ajak g sini. Menarik tempatnya :D
ReplyDeleteMost welcome siqah. Oo fmly mntua org muar ek? Sng la nk pergi nti. Muar bnyk jugak tmpt mnrik kan
DeleteHaah CR. Family mentua orang Muar :) Apa lagi tempat menarik kat Muar ek? Siqah tak tahu sangat. Setakat Tanjung retilah. Hahaha.
Deletedasyat. sebab minat punya pasal sampai bukak jurasic park sendiri. terbaiklah. masuk pun percuma.hehe
ReplyDeleteItu lah. Masuk free tu yang seronoknya. Hehe
DeleteAssalamualaikum Cik Renex,
ReplyDeleteTempat dinosaurs ni jalan ke rumah sis di Muar.. Bila balik kampung memang akan lalu di situ.. Tapi sis masih belum berkesempatan singgah. Tak sangka org Pahang sampai sini dulu.. :-)
Waalaikumussalam LZ.
DeleteLah yeke. Nanti balik kali ni kena singgah la melawat dinasour2.hehs
ni kalau pergi sini bawa budak2 agaknya taknak balik dia haha. btw saya singgah dan follow sini ya, jemputla melawat blog saya kalau sudi hehe :)
ReplyDeleteTahu takpe. Lagi2 budak lelaki. Syok sangat tengok dinasour smpai taknak balik.hee
DeleteTq follow. Nanti CR balas kunjungan.
aril singgah ye . done follow blog ni .. sakan bercuti nampak . hahahha
ReplyDeleteLepas gian xdpt cuti raya cona baru ni. Hahaha.
DeleteThanks singgah blog CR
Haritu turun Muar, ada juga lalu sini, tapi tak dan nak singgah ;)
ReplyDeleteNanti azwar pergi muar lagi boleh singgah pulak. ☺
DeleteReen nak ke sini.. Xtau la bila dapat g.. Dah ada anak nanti kot.. :p
ReplyDeleteReen pergi dulu dgn hsband. Nti 2nd time g ngan baby lak.☺
Deletebestnyaaa balik kampung ke johor nanti boleh singgah laa/ tq share pasal ni
ReplyDeleteMost welcome. Nanti kalau pergi boleh la share kt blog taw
Deletethanks info..leh la pegi nanti
ReplyDeletewelcome.. yep,kena g walau sekali je.sbb free.hee
DeleteHuwaaa seronoknyee.. dpt bwk anak ni best.. Tp jauh sgt la pulak.. adehh
ReplyDeletenanti ada masa dtg jhor boleh singgah sini lea. ;)
Deletei kawen dgn orang muo. tp xtau lak bnda ni ado. hahaha
ReplyDeleteHarap ada kesempatan nak tengok tempat ni.....minggu depan nak balik Johor....yahuuuuu....
ReplyDeletewahhhh..menarik ni
ReplyDeleteAfter looking at a few of the blog posts on your web site, I
ReplyDeletetruly appreciate your way of writing a blog. I bookmarked it to
myy bookmark webpage liswt aand will bbe checking back in the near future.
Please visit my website too and tell me how you feel.