Mana perginya adab?

Assalamualaikum dan hai.

Cik renex

Bila cakap mengenai adab aku rasa semua orang tahu apa maksud adab tu. Adab ni dari zaman kita kecil dah di ajar. Adab menghormati orang tua, adab dengan guru, adab dengan jiran, dan macam-macam adab lagi lah. Tapi sayangnya, ramai orang dah lupa dengan semua adab tu. Sepatutnya, makin dunia maju makin lah baiknya adab. Ni tak. Makin teruk.


Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba CR membebel mengenai adab ni kan. Sebenarnya CR geram dengan seorang ni. Ceritanya macam ni. Sabtu baru ni CR pergi kenduri kahwin kawan CR. Pergi dah lambat masa tu sampai rumah kawan tu dalam pukul 1.30. Sampai-sampai orang tak ramai dah.


Jadinya, CR pun ambil la makanan macam biasa dan cari tempat duduk. Orang yang makan tak ramai sangat tapi orang yang duduk borak-borak kat meja makan tu ramai. Huhu. Macam tak nampak kami berdiri tercari-cari tempat duduk. Situ dah geram dah.


Akhirnya dapat gak dua tempat hujung meja sekali. CR bagi lah mak dan ank buah dulu duduk. Yang jadi geramnya, sebelah tu ada seorang budak perempuan tengah khusyuk main handphone. Dengan tak bersalahnya buat tak tahu je kat kami ni yang nak makan. Padahal sebelah dia ada je kerusi kosong. Sabar je lahh. Dah la cuaca panas bertambah-tambah hati panas.


Nasib baik ada satu tempat kosong kat belakang meja tu,orang da siap makan. Sebelum pergi tu CR sempat mengomel, "harap muka je cantik." Hahaha. Memang hangin CR masa tu. Maaflah ye. Hoho. Bila CR dah duk belakang boleh pulak pandang dengan muka tak bersalah tu.

Adik, adab tu biar ada. Jangan sombong. Apa salahnya masa mak akak duk sebelah tu adik senyum ke beralih ke satu kerusi lagi ke bg chance ke akk duduk . Ni tak. Wat macam kami tak wujud je.

Kbai. Sekian luahan hati di pagi hari.

17 comments

  1. memang sakit hati kalau ada org jenis x sensitif n peka mcm ni. pekak tu ada la.

    ReplyDelete
  2. ekekeke sabo ye CR.. Selalu memang camtu la gayanye kat tempat2 kenduri.. Ramai yg lebih suka melepak lepas makan.. tak nak bangun lepas siap mkn..

    ReplyDelete
  3. kalau IQ dah mintak budak perempuan tu beralih tempat dah, IQ ambik kerusi lain, suruh dia alihkan tempat dia tu, sebab nak masukkan kerusi IQ,

    budak2 sekarang kena ajar sikit, sebab dah dimanjakan dengan kesenangan, sampai lupa nak hormat orang sekeliling

    ReplyDelete
  4. Biasa sangat dah macamtuh kalau dekat kenduri bergosip je lebih ingat tetamu jemputan diorang jeh. Elsa pernah je marah orang yang macamnie hahahaha

    ReplyDelete
  5. Huhu kalo kena dgn ju, confirm ju da tegur. Direct sj tegur dgn muka senyum even hati geram =) mgkin adik tu da syok dgn hp xsedar kot org skeliling

    ReplyDelete
  6. Kalau ana terus ckp depan2 je minta alih tempat. Kadang2 kena buat cmtu sbb drg ni kurang sensitivity. Tak peka dengan keadaan sekeliling.

    ReplyDelete
  7. memang betul tu CR..rata2 kat kenduri kahwin ni ramai yg boleh buat bodoh duduk walau dah habis makan..sungguh tak de adab..tapi kalau ada emcee dia patut alert dan buat pengumuma..tak pun tuan rumah kena buat satu kawasan utk org lepak2, untuk jadi antisocial supaya tak membodohkan diri duduk kat meja makan..hehe

    ReplyDelete
  8. sabar haha..kalo sy g tegur terus je kata nak dduk..sel2 otk x bersmbg tu..so kna tegur kak bru dorg prsn...lma sgt men henset >.<"

    ReplyDelete
  9. Sebut tentang adab ni CR, LZ pun sangat 'sensitive' dgn org yg x beradab, walaupun seringkas ucapan spt terima kasih dan maaf..

    ReplyDelete
  10. Kat kenduri ni memang kena alert, kalau dah habis makan janganlah duk bergosip ke, touch up lama-lama ke, lepak dengar karokae ke, sebab orang lain pun nak makan juga kan...bukan nak marah,tapi dengan situasi panas2 tu kadang2 mendidih juga kan...

    ReplyDelete
  11. ok tu kak renex x tegur.. kena dgn Unni memang derek je... iya la duk main hp da la org tua nk makan, kalau zaman kita dulu mesti da kena penyapu lidi oleh mak...

    ReplyDelete
  12. hihi. Sabar jelah kan. tu la kan kadang2 tetamu yg hadir ni sbb dorang kita pulak yg rasa tak happy pergi tempat tu. patut kenalah consider dan fikirkan org lain kan

    ReplyDelete
  13. Menyampahnya dengan orang macam tu. Ingat cantik sangat ke? Hahahaha sebab selalu kena, tu yang marah tu. Apa salahnya respect orang. Setakat pergi kenduri tapi main phone baik balik je lah.

    ReplyDelete
  14. Sayangnya semakin maju dunia, semakin terhakis nilai-nilai yang ada dalam diri kita.
    Tak tahu mana pergi budaya hormat dekat orang ni.

    ReplyDelete
  15. CR, maaf ckp, budak sekarang bnyk je layan korea. Tapi adab korea tu tk nk pulak tiru. Yg tahu 'saranghea oppa' 'daebak' pastu giler sorang sorang tgk ig oppa --'

    Herankan, punya la bnyk pengajaran dlm stiap episod, setiap movie tp tkde pun nk ambik nk jdkan amalan. Harap muka nk korean, beli laneige bagai tp adab tk tiru pulak --'

    ReplyDelete
  16. kalau neeza memang kena sound terus dah ni huhu.. kita lak geram nak cepuk2 je hehe

    wwww.neezalife.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex