Profesor Cendol Ayer Hitam | Makan sampai kenyang!
April 25, 2017
Assalamualaikum dan Hai.
Semalam dalam perjalanan balik ke Bera Pahang dari Kluang sempat singgah satu kedai ni. Rasanya ramai dah tahu mengenai Professor Cendol ni sebab dah banyak cawangan di buka di daerah2 setiap negeri kan. Di Pahang rasa takde cawangan lagi kot. Semalam CR singgah yang di Ayer Hitam. Masa sampai tu ramai sangat orang. Memang takde meja kosong so plan nk bungkus jela cendol tu. Tapi alhamdulillah ada rezeki kami. Ada satu meja tu dah siap makan.
Apa lagi,terus beratur la nak beli cendol tu. Konsep kedai ni bayar dulu kat kaunter, dapat resit tunjuk pada orang yang buat cendol tu. Nanti dia watkan.
Cendol RM2.00
Laksa RM4.00
Rojak passemboq RM4.00
Yang seronoknya datang kedai ni kita boleh tambah. Tambah PERCUMA pulak tu. Siapa yang tak suka weh. Bawak je piring yang dah abis tu ke kaunter nanti dia refill. CR tambah sekali je cendol,lepas tu kenyang dah. Tak larat dah.
"Tambah percuma,layan sampai kenyang "
Ni antara menu di Professor Cendol Ayer Hitam
1. Cendol RM2.00
2. Laksa RM4.00
3. Rojak Passembor RM4.00
4. Rojak Buah RM3.00
5. Nasi goreng RM5.00
Semua menu ini boleh tambah. PERCUMA SAHAJA.
Yang nasi goreng tu je ,nasi percuma, lauk ikan kena tambah RM2.
Senang je nak cari. Lokasinya di Taman Kirana berdekatan Petronas Tol Ayer Hitam. Keluar tol ,belok ke KANAN
Waktu operasi : 10 am- 7pm
Alamat kami :No 51 Jln Kirana 1 Tmn Kirana 86100 Ayer Hitam
Semoga tuan kedai dimurahkan rezeki.