Profesor Cendol Ayer Hitam | Makan sampai kenyang!
Assalamualaikum dan Hai.
Semalam dalam perjalanan balik ke Bera Pahang dari Kluang sempat singgah satu kedai ni. Rasanya ramai dah tahu mengenai Professor Cendol ni sebab dah banyak cawangan di buka di daerah2 setiap negeri kan. Di Pahang rasa takde cawangan lagi kot. Semalam CR singgah yang di Ayer Hitam. Masa sampai tu ramai sangat orang. Memang takde meja kosong so plan nk bungkus jela cendol tu. Tapi alhamdulillah ada rezeki kami. Ada satu meja tu dah siap makan.
Apa lagi,terus beratur la nak beli cendol tu. Konsep kedai ni bayar dulu kat kaunter, dapat resit tunjuk pada orang yang buat cendol tu. Nanti dia watkan.
Cendol RM2.00
Laksa RM4.00
Rojak passemboq RM4.00
Yang seronoknya datang kedai ni kita boleh tambah. Tambah PERCUMA pulak tu. Siapa yang tak suka weh. Bawak je piring yang dah abis tu ke kaunter nanti dia refill. CR tambah sekali je cendol,lepas tu kenyang dah. Tak larat dah.
"Tambah percuma,layan sampai kenyang "
Ni antara menu di Professor Cendol Ayer Hitam
1. Cendol RM2.00
2. Laksa RM4.00
3. Rojak Passembor RM4.00
4. Rojak Buah RM3.00
5. Nasi goreng RM5.00
Semua menu ini boleh tambah. PERCUMA SAHAJA.
Yang nasi goreng tu je ,nasi percuma, lauk ikan kena tambah RM2.
Senang je nak cari. Lokasinya di Taman Kirana berdekatan Petronas Tol Ayer Hitam. Keluar tol ,belok ke KANAN
Waktu operasi : 10 am- 7pm
Alamat kami :No 51 Jln Kirana 1 Tmn Kirana 86100 Ayer Hitam
Semoga tuan kedai dimurahkan rezeki.
Dah beberapa kali singgah.
ReplyDeleteMakanannya biasa2 aje cuma yang bestnya boleh tambah sampai kenyang.
Tapi kebanyakannya tak tambah pun.
CR Bru first time try. Jd teruja sikit g tmbh. Haha. Cndol dia CR suka sbb fav mmg cndol. 😆😊
Deletenanti boleh la sy pulak try kalau ke area sana..yeahhh kita sama CR..sy pun peminat cendol...
ReplyDeleteYeay. Geng! Hehe try la nti kalo ada lalu area situ ye
DeleteNampak macam sedap..
ReplyDeleteTak kira nak cuba dan nilai sendiri..
Sis pun suka cendol dan laksa..
Apa pun senaraikan dulu dalam journal "tempat makan untuk diterjah", hihihi 😊
Laksa dia walaupun nampak cam kuah xpekat tp sedap jugak. Hehe. Ye ye ptut diterjah. Hehe
Deletebagusnya kedai ni 'tambah percuma'..kalau bawak mangkuk dari rumah boleh tak? haha.Gurau sikit aja petang ni...
ReplyDeleteHahaha Haritu tu pernah terpikir macam SP. Bwk mgkuk besar trus. Hee
DeleteMak ai tambah percuma tu, best giler!!
ReplyDeleteKannn best sgt2 .x ckup g tmbh. Hee
DeleteMacam best je professor cendol ni, banyak juga nampak buka cawangan kat kuala Terengganu ni.. Menarik betul boleh tambah dgn percuma 😍😍
ReplyDeletePatut cuba sekali nti bila2 free.
DeleteWahhh bestnyaa. Dahlaa harga dia murah je, pastu boleh tambah pulaktu. Nyumnyum
ReplyDeleteingatkan apa tadi nama restoren rupanya. hihi. sedap2 tgk semuanya. terliur je dibuatnya
ReplyDeletepernah makan kat caw Kuala Tganu. best gak.
ReplyDeletepeh bestnye! tambah sampai kenyang tu..
ReplyDeleteMenariknya cendol dengan laksa tu! Memang feveret tu huaaaa.
ReplyDeleteperhhh kalau sabah ada mcm ni best..hihihih,,, smpai kenyang tu
ReplyDeleteterliurrrr cik renex!! sebab busyra suka cendolll!. hehe
ReplyDeletemenariknya! kan best kalo banyak cwngn..jimat student makn smpai kenyang
ReplyDeleteBestnya boleh tambah percuma 😍
ReplyDeleteyaAllah sedapnya. harga di pun nice siap boleh tambah percuma lagi. i loikeee
ReplyDeletesinggah rabu.. :)
ReplyDeletesedapnye cendol tu.. panas2 ni kalau pekene abc atau cendol mmg syiok..
ReplyDeletecendol & laksa = marveles!
ReplyDelete