3 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk Android

Assalamualaikum dan Hai.

Picsart
Hasil edit menggunakan PicsArt
3 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk Android | Siapa disini suka edit gambar? Sebelum ni kita edit gambar dengan software Photoscape atau Adobe Photoshop di laptop kan. Tapi sekarang zaman dan maju dan masing2 nak cepat. Kadang tak sempat nak transfer gambar ke laptop,jadi nak terus edit guna phone je. Lagi mudah. Tapi nak guna apps apa kan?

CR adalah pengguna android makanya hari ni CR akan berkongsi aplikasi edit gambar/foto yang paling best dan popular. Sebenarnya ni adalah aplikasi yang paling CR suka untuk edit gambar dan di dalam Play Store tu banyak lagi aplikasi lain. Pilih je mana yang berkenan dan selesa untuk digunakan.Antara aplikasi untuk edit gambar bagi pengguna Android adalah picsart,photogrid, vsco , snapseed , Pipcamera dan pelbagai lagilah. Tapi hari ni, CR nak kongsikan tiga aplikasi sahaja.

Tiga aplikasit edit gambar yang paling CR suka adalah Picsart, Vsco dan Snapseed. CR suka edit gambar dan selalu guna untuk edit gambar hasil kraftangan yang dah siap untuk produk bycikrenex. Jadinya memang tiga aplikasi ni penting untuk ada dalam handphone CR. Selalu gabungkan tiga2 aplikasi ni untuk jadikan satu gambar yang cantik.  CR adalah view-hunting. Pantang nampak tempat lawa,terus nak bergambar. Tapi tahu je lah kalau guna handphone ni,gambar tak memuaskan. Jadi memerlukan aplikasi-aplikasi di bawah ni. 😊

3 Aplikasi Edit Gambar untuk Android


1.PICSART PHOTO STUDIO

Picsart
Picsart adalah aplikasi yang CR paling paling paling suka. Sebab banyak sangat tools dia. Filters apps ni jugak sangat banyak untuk digunakan. Kena rajin bereksperimen dengan tools dalam tu. CR pun belum habis explore lagi picsart ni. Filter yang selalu guna adalah HDR sebab menjadikan warna dalam gambar kita nampak lagi terang almaklumlah guna kamera hp yang biasa2.

Edit gambar
Antara hasil yang di edit oleh CR. Boleh nampak perbezaan dia kan. Gambar yang gelap boleh jadi cerah dengan CR sekali jadi kulit cerah (padahal jenis kulit gelap). Filter picsart sangat-sangat membantu menjadikan gambar cantik. Bagi pandangan CR lah. Hehe


Edit gambar
Yang ini pulak hasil edit untuk header blog,cover photo facebook dan macam2 lagi lah. Bila edit header atau logo ,CR suka gunakan sticker yang dah ada dalam picsart ni. Tapi kena rajin explore lah bagi mendapatkan gambar sticker yang cantik. Kalau nak lagi advance dalam mengedit gambar guna picsart boleh tengok tutorial di Facebook dan youtube. Dan kalau anda terer dalam design2 ni memang boleh buat duit okay. Teruskan usaha.

Update Mei 2020. Contoh video hasil edit menggunakan aplikasi Picsart.





2. VSCO



VSCO pulak CR suka sebab filter gambar dia. VSCO mempunyai banyak filter untuk menjadikan gambar nampak lagi menarik dan cantik. Filter yang ditawarkan juga ada yang percuma ada yang perlu dibayar. Yang percuma pun dah sedia cantik taw filter dia. Di facebook dan youtube ada tutorial bagaimana nak cantikkan gambar. Memang superrbb hasilnya kalau pandai main dengan setiap tools dia. 

Hasil vsco. Banyak perbezaannya kan.

3. SNAPSEED



Snapseed sangat sesuai untuk edit gambar yang berbentuk promosi barang dan quote2 yang menarik. Snapseed memang da ade template berbentuk dalam bulat camtu . Hanya tinggal kita edit sahaja perkataan apa yang kita mahu letak dan style yang mane. CR selalu edit gambar-gambar background cantik dan di hiasi dengan ayat-ayat jiwang. 😁 


Hasil edit guna Snapseed




Itulah antara aplikasi yang menjadi pilihan CR. Mungkin sesetengah orang selesa dengan apps lain kan. Apa kata komen di bawah atau share di blog korang lak, apps yang korang gunakan untuk edit gambar. 🤗😊

16 comments

  1. wokeh! boleh download sekarang. x tau plak picsart boleh edit buat header. thank u hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcam2 lagi leh wat sebenarny.kena tgok kt youtube.heee

      Delete
  2. Ana selalu guna no 1 dan 3. No 2 tak berapa nak reti. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamera ana da cntik. Xperlu apps no 2 da ana. Suka tgok gmbr2 ana. Jelas2 warna dia.

      Delete
  3. Di antara tiga tu snapsheed Mrs. A memang dah guna pun lagi dua tu tak pernah cuba.

    ReplyDelete
  4. selalu guna Picsart & Snapseed jgak. VSCO penah download, tapi x reti adjust utk edit jadi lawa haha

    ReplyDelete
  5. Sy byk edit gmbr guna app a color story. Filter2 dia byk yg sy beli sbb lawa sgt

    ReplyDelete
  6. Dalam hp saya ni cuma ade picsart n snapseed tu je.. Boleh try install vsco pulak :)

    ReplyDelete
  7. Sy br pakai hset semula. Dan ilmu ini sangat sangat sangat membantu terima kasih sahabat!!!

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing... 😄😄😄

    ReplyDelete
  9. rajinnya explore.. salute lah nagan cik ren.

    ReplyDelete
  10. Picsat and snapseed tu akak ada dowload dlm hp.. Loni kena buang hp memori x cukup dah aduhaiii.. Guna inshot jah loni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex