Bowling bersama keluarga
Assalamualaikum dan Hai
BOWLING BERSAMA KELUARGA | Siapa disini suka main bowling mohon angkat tangan. Cik Renex memang suka main bowling tapi takde geng yang nak main bowling. Dulu-dulu kerap main dengan sorang kawan ni tapi sejak dia dah kahwin dan keje di Petaling Jaya,jadinya memang takde geng lah. Bukan takde kawan lain,ada je. Tapi masing-masing jauh. Jumpa bila time cuti raya. Tak sempat nak ajak main bowling. Last CR main masa awal tahun ni dengan Azuwa dan Yus. Lamaaaa gila tak main kan. Kebetulan pulak akak dan Abg Lee balik kampung dua minggu lepas,apalagi memang CR ajak main terus lah.Nasib dieorang pun nak main.
Tempat yang CR selalu main adalah di satu-satunya mall yang ada di kawasan perumahan. Starmall Mentakab. Mall tu je la yang ada wayang dan bowling. Mujur ada kalau tak berhuhu je la jalan2 kat Temerloh Mentakab. CR pergi Jumaat malam Sabtu. Macam biasa memang ramai sebab ada jabatan mana yang tengah game jugak kat bowling tu. Sekolah CR pun wat game di U-bowl Starmall ni jugak.
CR awal-awal dah cakap nak line hujung sekali sebab selesa sikit dengan orang tak ramai. Kami pergi berlima tapi yang mainnya hanya CR , akak dan Abg Lee. Ma dan farisha jadi tukang sorak jer. Mula-mula kami bermain di line 29 tiba-tiba line tu hang lak. dah kena tukar line 27.
CR dengan selamba pakai skirt pergi main bowling sebab lagi selesa. Hahaha. Orang pandang pelik biarkan. Kami main satu game je sebab nak ke tempat lain jugak dan nak makan malam. Hari pun dah lewat.
L untuk Abg Lee, R untuk CR dan F untuk Akk CR. |
Keputusannya? HARUSLAH CIK RENEX menang. Berjaya jugak kalahkan abg lee. Sebelum ni dia payah nak dikalahkan.Mungkin faktor dia penat tu dia tak all out melontar bola agaknya. hehe.
Sebelum ni CR pernah join tournament game antara geng2 tempat kerja dan geng2 Kskm. Masa main bowling di Megamall Kuantan sempena dengan hari Kskm ,group CR menang tempat pertama. Yeay! Lepas dari tu dah jarang join sebab tak berkesempatan.
share sikit video CR dapat jatuhkan semua pin.hee
Lamanya tak main bowling. 5 tahun dh rasanya. Rindu nk pegang bola bowling.
ReplyDeleteJom kita wat game sesama blogger ana. :)
Deletesama lah kita suka main boling jugak! Apa kata kalau cik renex je yang buat game boling, mana tau ramai yang join :P
ReplyDeleteYeay ada geng. Kita wat game kita dua dlu la.hehe..
Deletepower jugak reen main boling rupanya, haihhh, kalah la IQ kalau main sekali ni.
ReplyDeleteAda masanya jugak IQ. Kadang ke longkang jugak lah. Hehe.
DeleteDah lama sangat Siqah tak main bowling!! Hihi. Tapi Siqah main tak lah pandai, masuk longkang je banyaknya. Hihi Bestnyaa kalau boleh join Reen main boling sesama :D
ReplyDeleteAla siqah.reen pun selalu ke longkang. Kali ni nasib je.hehehe..
DeleteJom la kita set date blogger hang-out. 😊
Buat aktiviti bersama keluarga macam ni mengeratkan ikatan silaturahim kan cik renex
ReplyDeleteAah. Setuju.. msing2 da bz.kena jgk cari masa utk luangkan masa sama2 . 🤗
DeleteWahh kiranya awak nie terror la main bowling yea..akak masa zamab bujang dulu kira-kirsla 13 tahun bolehlah main bowling skrg nie suma masuk ke longkang..hihihi😂
ReplyDeleteWahh kiranya awak nie terror la main bowling yea..akak masa zamab bujang dulu kira-kirsla 13 tahun bolehlah main bowling skrg nie suma masuk ke longkang..hihihi😂
ReplyDeleteX teror sangat pun kak. Kadang ke longkang jgak.hehehe
Deletelast main boling time stdy 2013..rindunya pegang bola bowling
ReplyDeleteSkrg unni da bz hiking kan. Lagi syokkk. 😊
DeleteNombor tel bowlong starmall de x?
ReplyDeleteMaaf sy xde no tel dia :)
Delete