Warna Bongkar Watak
Assalamualaikum dan Hai.
Warna Bongkar Watak | Baru-baru ni Cik Renex mengemas kotak barang lama kan bilik. Kemas punya kemas terjumpa majalah Remaja. Siapa disini peminat majalah remaja? CR dengan kakak CR memang peminat tegar majalah Remaja. Sanggup tu simpan duit untuk beli majalah ni dulu. Siap buat giliran lagi,bulan ni akak CR beli, bulan depan CR pulak. Gigih demi majalah. Hahaha.Seronok bila teringat.
Tengah selak-selak majalah remaja tu,
terjumpa satu artikel ni yang mengatakan dengan melalui warna kita boleh
mengenali watak seseorang tu? Tapi takdelah tepat sangat tapi saja CR
nak share. Setiap orang pasti memiliki warna kegemaran masing-masing
kan. Jadi jom kita tengok sama tak watak kita dengan apa yang diperkatakan oleh artikel dalam majalah tu
Warna Membongkarkan Watak
UNGU
Sifat keperibadian anda benar-benar luar biasa. Selalu optimis dalam menghadapi masa depan dan anda tidak pernah ragu-ragu. Apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam hal percintaan pula, hanya mereka yang kuat sahaja yang mampu mendekati dan menjadi sahabatmu.
MERAH
Anda sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi anda mampu menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta,tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk dalam golongan yang sukar untuk jatuh cinta.
HIJAU
Jika anda memilih hijau,maka anda adalah golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam sekitar dengan udara yang sejuk. Anda adalah seseorang yang selalu memegang kepada prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang mampu bertoleransi dan dapat dipercayai.
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-format="fluid"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
data-ad-slot="4509434074">
HITAM
Anda merupakan golongan yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika berada dalam kumpulan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik,rapi, cukup ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta anda.
PUTIH
Anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan hampir sempurna,ramai orang mengagumi anda kerana sifat anggun, idealis dan nilai moral yang teramat tinggi. Anda adalah golongan yang tidak pernah angkuh, senang menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.
BIRU
Anda biasanya termasuk dalam golongan yang pemurung, tetapi selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Anda memiliki kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana anda sering menyembunyiman perasaan.
KUNING
Anda memiliki sifat optimis. Anda adalah jenis yang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang sukar untuk didekati. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda, kerana menolong merupaka suatu kewajipan mutlak bagi anda. Anda adalah orang yang tidak pernah merendahkan sesiapa pun walaupun seseorang itu agak lembap.
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-format="fluid"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
data-ad-slot="9383714162">
Jadi, agak-agak sama tak personaliti korang dengan apa yang di atas ni. Bagi CR warna kegemaran CR tak tentu dan banyak sangat. Jadi adakah ianya dinamakan masalah personaliti? Hehe. Apa yang dinyatakan di atas tu tak semestinya tepat kan, hanya orang yang buat kajian. Kadang sama kadang tak kan. Hanya nak seronok2 je.
Alamak kalau ada byk warna suka? Hehehe
ReplyDeleteTo be honest, Siqah suka warna merah tapi kan, Siqah takde baju merah. Haha.
ReplyDeleteSiqah pun dulu masa zaman remaja, suka beli majalah Remaja. Sekarang je dah tak beli, duk beli novel je pulak :D
Saya rasa saya pun ada majalah ni, haha. Apapun forever saya suka warna HIJAU, hihi.
ReplyDeleteAna suka juga baca Remaja masa sek dulu. Tp nak beli tak mampu so pinjam kawan punya je. Hehe. Ana vote for green and black. :)
ReplyDeletebanyak warna juga yang saya suka sebeanrnya...
ReplyDeletewarna hitam dan hijau lebih dominan
Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 60
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat pagi sis saidatul
warna memang ada pengaruh pada psikologi
Sis penggemar warna merah dan hitam CR.. That's my personality..
ReplyDeleteSis suka juga baca majalah Remaja, pinjam dari kawan.. Best sebab bahasa yang digunakan santai dan byk artikel menarik..