Assalamualaikum dan Hai
Ezy Go, Hero di kala tayar kereta pancit! | Pernah tak masa tengah syok2 drive kereta tiba-tiba kereta terhuyung-hayang kiria dan kanan. Bila check,rupa-rupanya tayar kereta pancit. Adoi,kena tukar tayar pulak dah jadi satu kerja. Yang lagi teruk bila nak tukar tayar spare,angin tayar spare pun kurang. Bila jadi kejadian macam ni,apa tindakan anda? Cik Renex pernah mengalami beberapa kejadian seperti ni.
Pertama kali masa nak pergi kerja pagi2. Drive macam biasa dan tiba-tiba rasa tak best drive tu dan dengar bunyi pelik dari tayar. Bila turun dari kereta rupa-rupanya tayar dah pancit. Penyelesaian CR? Patah balik semula ke rumah dan call sepupu minta tolong tukarkan. CR memang tak tahu tukar tayar. Hehe.
Kali kedua pula kena di tempat kerja. Ada pakcik ni bagitahu yang tayar kereta dah leperrrr kat parking tu. Dengan segeranya CR berlari-lari tengok sambil memikirkan siapa nak tolong tukar ni. Mujurlah pakcik tu dan dua orang cikgu tolong tukarkan. Dah la angin tayar spare kurang,terpaksa diaorang ke bengkel tayar. 🙈😅 Maaf menyusahkan korang.
Kali ketiga CR kena baru-baru ni di Kajang. Perjalanan ke rumah member dan kawan tu dah perasan ada bunyi pelik dari tayar. Tapi bila check xde pape so kami teruskan perjalanan dan bila singgah kat satu tempat ni kawan check semula tayar dan rupa-rupanya ada paku di tayar. Gigih kami cari kedai tayar di kawasan yang berdekatan tapi malangnya semua dah tutup tapi nak dijadikan rezeki ada satu bengkel kereta buka. Kami minta tolong tukarkan tayar spare. Tapi separuh jalan, tayar sparw tu wat hal lagiiii dan kami pun tersadai di tepi jalan. Bila google2 perkhidmatan tukar tayar 24jam, ada yang tak buat servis, ada yang berada di luar kawasan dan macam2 lagi. Rezeki kami dapt sorang pomen tapi ya Allah lama gila tunggu dia sampai. Bayaran pun agak mahal tapi nk buat macam mana kan. Nak tak nak kena juga guna khidmat dia dan kami pun tak sabar nak jumpa katil. Huhu
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
data-ad-slot="9383714162">
Tapi,baru-baru ni, CR diperkenalkan dengan satu Hero ni yang boleh menjadi hero kita tatkala terjadi seperti situasi-situasi yang CR ceritakan. Kenapalah lambat CR tahu produk ni,kalau tak cepat settle setiap masalah tu.
Hero yang CR katakan tadi adalah Ezy Go Tyre Sealer and Inflator. Jadi kita tidak perlu bersusah payah bila adanya Ezy Go ni. Kandungan Ezy go adalah latex dan gas. Latex berfungsi menampal tayar kereta dan gas dalam kandungan Ezy Go akan mengembungkan tayar kereta kita.
Waktu bila kita perlukan Ezy Go ni?
1. Tayar pancit di highway
2. Waktu malam
3. Jauh dari bengkel kereta
4. Dalam kecemasan
5. Sukar untuk tukar tayar
Kenapa kita perlukan Ezy Go?
1. Jimat masa dan tenaga
2. Membantu dalam kecemasan
3. Tidak berbahaya
4. Tidak memerlukan peralatan lain
Cara menggunakan Ezy Go ni juga sangat mudah dan pantas.
1. Selepas tayar pancit, Ezy Go boleh digunakan di waktu kecemasan. Pastikan angin dikeluarkan semua dalam tayar.
2. Kemudian buka penutup Ezy Go.
3. Goncangkan botol Ezy Go.
4. Buka penutup tiub pada tayar dan sambungkan hujung nozle ke lubang angin tayar
5. Tekan Ezy Go sehingga tayar kembang semula.
6. Pandu perlahan dalam 1-2km bagi memastikan Ezy Go meresap secara menyeluruh.
Tapi perlu diingatkan, Ezy Go ini hanya boleh digunakan jika tayar terkena paku,skru atau yang kecil-kecil sahaja. Jika tayar sudah pecah disebabkan kena besi atau sebagainya,perlulah bawa kereta anda ke bengkel yang berdekatan. 😊
Jadi apa tunggu lagi. Jom dapatkan Ezy Go dengan harga RM39 sahaja. Jadi tidak perlu tukar tayar lagi.
WHATSAPP : 017 750 1733 (RASYID)
"Tayar pancit kembali pulih dalam masa 90saat!!! Tak perlu tukar tayar, jimat masa dan tenaga..Ezy Go membantu menampal dan mengepam tayar anda dengan pantas!!!
Hanya RM39 berbaloi semasa kecemasan..baik beli pizza? Sekarang mungkin anda rasa begitu tapi bila kecemasan nak cepat pergi kerja atau ke hospital tiba2 tayar tiada angin, saya yakin pizza tak bernilai bagi anda masa tu..hehe cepat!!! Simpan 1 botol dalam kereta anda persediaan jika berlaku tayar pancit!!!"