Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Hai

kuala terengganu
Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu | Rasanya tak perlu kenalkan lagi dengan buaian viral ni sebab di Facebook dah kerap kali orang share kan. Setiap kali datang Kuala Terengganu rasanya tidak lengkap kalau tak bergambar di buaian viral ala Lombok ni. Cik Renex pergi ke Pantai Batu Buruk dekat dengan Homestay yang Cik Renex menginap. Mana yang belum baca entri mengenai homestay , boleh klik sini    Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House 

CR datang ke sini dalam jam 10pagi dan orang pun dah ramai kat situ. Buaian pun penuh dan masing2 semua berposing sakan atas buaian. Lama jugak nak tunggu buaian tu kosong. Di sini jugak sepatutnya ada jual layang-layang tapi mungkin Cik Renex datang pagi , tiada orang mula menjual lagi. Gerai-gerai tepi jalan jugak baru tengah bersiap-siap nak buka.
 

visit beautiful terengganu

Buaian tu belah hadapan sana. Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik dan buruk tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). Pantai ini juga ada nilai sejarah penting. Ini kerana di sinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik.

terengganu
Masih kosong di sebelah. Bila entah nak ada orang sebelah. 😅

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan buaian bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan tarikan pengunjung sekali gus mampu mempromosi pusat riadah itu secara percuma.
Katanya, kos yang digunakan hanyalah RM200 bagi menyediakan tali buaian berikutan bahan binaan yang lain seperti batang nibong dan kayu cengal diperoleh daripada penduduk kampung.



terengganu
#sistersgoals

Berjaya jugak ambil gambar berdua macam ni sebab selalu ada orang lain kat sebelah. Lama juga nak tunggu orang lain beredar. Kalau perasan, di bahagian belakang berhampiran dengam air pantai tu ada jugak satu buai. Tapi CR tak pergi pun buaian situ sebab malas nak basah2. Hehehe. Puas hati bila dapat bergambar dengan buaian viral ni..


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Cik Renex ada baca jugak di Pantai Batu Buruk ada aktiviti kereta kuda pada belah petang. Plan asal memang nak pergi semula ke Pantai Batu Buruk ni tapi bila tengok dari atas rumah,jalan jem gila menghala ke pantai tu. Terus CR batalkan niat nak pergi tengok tapi akak dengan cha tetap bersemangat nak pergi. Tapi tak kesampaian juga sebab hari hujan. Kesiannn. 😆

Jadinya duduk je la dalam homestay. Lepas maghrib baru kami keluar semula. Kemana destinasi kami? Nanti CR kongsikan dalam entri selepas ini yer.


22 comments

  1. Dah lama x ke sana. Pergi dulu pun slps balik dari kenduri anak buah di Dungun. Rasanya thn 2009 tu.

    ReplyDelete
  2. Masa Ana ke sana awal tahun ni tgh ada pertandingan memancing. Surprisingly buaian tu xde org nak duduk pun. Hehe. Apa lagi kita lah conquer sementara takde orang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ada bca blogana sal tu. best gilerr kan xde orang. masa reen ni siap diaorg berkampung atas tu xnak turun2..hehe

      Delete
  3. bestnya ptg2 bercanda di pandai.... hehe... syokla dpt tgk kete kuda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR memang suka oantai. hee tp kete kuda tu xsempat tengok. hari hujan jd xtaw ada ke x..

      Delete
  4. komen guna internet explorer. chrome ada masalah! huhu. ok sambug komen

    IQ pun ada dekat buaian ni, tapi xpernah upload sebab ramai orang! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ok belum chrome?hehe
      masa reen ni pun tunggu lama baru takde orang.hehe

      Delete
  5. Seronoknya,kawasan pantainya mesti bersih dan menarik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah seronok sangat.masa dtg ni bersih lagi pantai tu. :)

      Delete
  6. Dekat ganu banyak dah buai macam niii. Cantikkkk dan aira pun pernah jugak duduk bersantai. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.reen mase odw balik lalu pantai nampak banyak buai.:)

      Delete
  7. buaian ala2 kt lombok..byk dh tgk kt pantai ganu..aritu family singgah ganu pn ada snap gmbr kt buaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nakg lombok jauh sgt kan, kita fefeling je la kat pantai ganu. hee

      Delete
  8. saya orang terengganu. dulu tak ada buaian ni kat pantaii batu burok ni. tapi skrang dah macam2 benda menarik ada di terengganu.. bestnya... dapat menarik pelancong ke terengganu.Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dengan adanya buaian ni memang ramai yang akan datang sebab taknak terlepas peluang bergambar

      Delete
  9. Replies
    1. Nanti boleh la unni dtang sini. Letak dalam #wishlist 😊

      Delete
  10. busyra dah lama nak kesini.. teringinnyaa. tp belum trcapaiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk yg kira dekat ni pun bru smpai.hee. xpe,nti busyra plan ngn kwan2 dtg melawat terengganu ye.

      Delete
  11. Ramai kan kat sini. Siqah datang hari tu masa awal petang jugaklah, masa balik dari Pulau Redang. Pandai Terengganu buat buaian ala Lombok kat sini. Sumber tarikan sungguh :D

    ReplyDelete
  12. nak gi sini.
    lom ada peluang.
    sgt cantik. ramai blogger share gambo ohsem kat sini :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex