CRJJ ke Temerloh & Mentakab je
CRJJ ke Temerloh & Mentakab je | Nampak sangat tiada idea bila letak tajuk entri macam ni. Hari tu kakak Cik Renex pernah tanya CRJJ tu apa? Sebab dia perasan CR suka letak #CRJJ bila di Instagram mahupun Facebook. Sebenarnya CRJJ itu adalah singkatan kepada Cik Renex Jalan Jalan. Maka terjadi lah hashtag CRJJ tu.
CR suka berjalan tempat baru dan view yang cantik sebab nak bergambar. Sesungguhnya diri ini gila bergambar lagi2 bila tempat tu lain dari yang lain dan ada yang menarik. Sebab itu lah instagram CR dah macam album online.
Selasa baru ni, kami yang berada di Pahang cuti sempena hari keputeraan Sultan Pahang. CR baru balik dari bercuti di Kluang makanya memang malas nak berjalan2 dah. Petang tu je keluar sekejap ke Temerloh dan Mentakab cari barang dapur dan ke Mr. DIY di Starmall mentakab.Lepas tu teringat ada orang share gambar lukisan dinding di Mentakab. Dah alang-alang terus ajak ma pergi sana. Jadinya CR nak berkongsi dua tiga gambarnya.
Ni lah lukisan dinding di Mentakab. Cantik. Pandai dan kreatif orang yang melukis wall art ni.
Adik Cik Renex berposing depan landasan keretapi. Hee
Gambar ni bukan di Mentakab tapi di Temerloh. Sebenarnya ni kedai yang supply bumbung,pintu keselamatan dam lain-lain lagi. Tu dia display contoh-contoh kat luar tu. CR nampak tempat ni cantik,tu suka ambil gambar kat sini. Masa birthday bulan 2 hari tu pun sempat posing kat sini.hehe
Sebabkan diri ini tak cun, makanya kena ambil gambar acah-acah tak pandang kamera. Huhu
Tempat menarik lain di Temerloh selain daripada restoran Ikan Patin Tempoyak adalah Kubang Gajah Waterpark . Hee. Nak jauh sikit boleh ke Kuala Gandah Lanchang tengok gajah dan ke Deerland tengok rusa dan haiwan lain. 😊 . Nak mandi air terjun boleh la ke Air Terjun Chamang di Bentong lak.
Ok lah sekian update untuk hari ini. Diharap lepas ni banyak lagi pembaharuan di sekitar Temerloh dan Mentakab. Kalau banyakkan lukisan dinding mesti cantik kawasan bandar tu. Baca sini untuk Laman Kreatif Kluang.
oh duduk sana ke? kampung akak dekat lanchang, dekat dah dengan kuala gandah tempat gajah tu.
ReplyDeleteoh tak tahu pulak akak dekta mentakab ada wall art macam tu, kalau dapat banyak lagi lukisan tentu lebih menarik kan..eh ke memang banyak lukisan kat situ hehehe
Salam singgah pagi jumaat :)
ReplyDeleteklu sampai temerloh ni suka cari ikan patin je..hihihi
Cantik mural landasan kererapi tu reen. Ana x sampai lagi dekat mentakab. Ikan patin pernah makan sekali je.
ReplyDeletecantik juga lukisannya tu
ReplyDeletecantiknya mural tu.. sekarang dah jadi trending kan orang lukis-lukis mural kat dinding kosong..kemain kreatif lagi orang malaysia sekarang..
ReplyDeletewaahhh bestnya jalan2! hihi ^^
ReplyDeleteSuka tengok dinding yang dimuralkan :) lagi2 yang belakang bangunan tu. mmg kreatif
ReplyDeletePandai CR cari tempat menarik untuk sesi #CRJJ..
ReplyDeleteSis suka tengok gambar-gambar CR di blog & IG, semuanya cantik..
bestnya :) kat kota bharu ni pun ade tp tk berkesempatan lagi nk pegiphotoshoot hihihi
ReplyDeletebestnya jalan2..
ReplyDelete