Produk Handmade dari Bycikrenex sempena Hari Jadi, Hari Guru dan pelbagai lagi
Assalamualaikum dan Hai
Produk dari Bycikrenex | Cik Renex baru je tukar Cover photo di Mukabuku / Facebook CR. Seperti biasa memang akan tulis "A blogger and Crafter". Cantik tak cover photo yang CR edit?Nanti CR share hasil edit cover photo yer. Memang dari dulu suka tukar-tukar cover photo. hehe.
Rasanya dah lama blog ni tak bercerita tentang bisnes Cik Renex. Sesiapa yang masih belum tahu lagi tu,ni CR nak ceritakan. CR ada buat part time bisnes yang diberi nama "Bycikrenex; Handmade With Love" yang berfokus kepada kraftangan dari kain felt dan lain-lain. Dari minat menjadi hobi lalu menjana pendapatan. CR ingat lagi , tahun 2010 belajar menjahit ni dari youtube sahaja kemudian slow-slow belajar dari En. Google dan masuk group kraftangan di Facebook. Boleh la untuk tambah ilmu sikit demi sedikit kan.
Tapi itulah, nak menjahit ni perlukan masa yang panjang bukan sejam dua. Jadi, sejak dari bulan Julai CR dah slow-slow promote di Instagram dan Facebook sebab memang tak sempat nak siapkan tempahan. Tapi kuasa blog dan promosi di Instagram yang kekal, ada rezeki CR orang membuat tempahan. Tapi CR memang dah inform awal-awal pada mereka yang bila CR boleh siapkan tempahan dan poskan. Alhamdulillah mereka faham dan sebab itu CR sayangggg sangat customer CR. hehe
Jadi disebabkan rindu dengan jarum dan gam panas, CR mula aktif semula promosi di Instagram. Harap ada rezeki untuk CR. :)
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
data-ad-slot="9383714162">
Apa yang By Cik Renex jual?
Bantal hiasan adalah produk utama Bycikrenex dan lebih berfokus kepada bantal hari jadi dan nama. Yang macam dalam gambar di atas adalah contoh bantal yang dihadiahkan untuk anak tersayang dan bertemakan Didi and friends. Sebelah tu pulak bantal sempena Hari graduasi adik. Bantal sempena Hari Ibu itu pulak adalah bantal khas yang dijahit istimewa oleh CR untuk mak tersayang. Bantal Arsenal pula permintaan dari sahabat baik kawan rapat CR. Gigih gunting satu-satu tu untuk logo Arsenal tu. huhu
Bantal kahwin dan tunang ni CR paling suka buat. Selalu customer akan tempah dua sebab satu untuk suami dan satu lagi haruslah untuk isteri. :) Selalu sangat buatkan untuk orang, tapi untuk diri sendiri tak tahu la bila. Doakan CR. ( tetiba lari topik asal entri ) . Bantal ini selalunya di design oleh customer sendiri. Ada yang minta gambar pengantin lain, pakai gaun lain dan pelbagai lagi. Mana yang CR boleh buat, CR akan buat. Yang tak boleh memang awal-awal akan cakap tak boleh sebab taknak menghampakan dengan bantal yang tak cantik.
Owlie Omey atau bantal burung hantu. Siapa yang kenal CR memang tahu CR memang minat burung hantu. Agak lama juga la nak keluarkan produk Owlie Omey ni sebab tak jumpa design yang berkenan di hati. Akhirnya baru jumpa design yang berkenan dan lahirlah tiga ekor Owlie Omey nih. Comel tak?
Produk keychain pula akan jadi lebih rancak masa hari guru. Baca sini : Idea Hadiah sempena Hari Guru. Memang akan banyak order untuk hari guru sahaja. Tapi CR selalu limitkan order sebab kesuntukkan masa. Kesuntukkan masa pun sebab lambat buka order. Mybad. Tahun depan inshaAllah kena buka order awal. Harap-harap ada rezeki lagi tahun depan. Untuk pemenang giveaway CR nanti CR poskan yer hadiah lagi satu tu. Tak sempat-sempat lagi. Sorryyyy.
Jadi, ini adalah serba sedikit produk dari Bycikrenex. Kalau ada yang berminat bolehlah PM Cik Renex yer. :) Nak tengok hasil-hasil jari jemari Cik Renex? boleh klik link di bawah yer
Assalamualaikum & salam jumaat sis cik renex
ReplyDeleteSemoga jumaat ini mendatangkan keberkatan
Diam diam berbakat cik renex ni menjahit
Lawa
Dan comel
waalaikumussalam dan salam hari rabu sis mazni.
Deleteaminn.. terima kasih atas doa.
masih belum berbakat lagi ni sis.huu
cantik-cantik semua hasil tangan cr!!
ReplyDeleteterima kasih Sis gee. :)
Deletecantik.. kreatif betul reen.. :)
ReplyDeletethanks E'in. tak berapa pandai lagi ni.
Deletemeh la order ngn reen :)
berseni tangan CR nii.. pandai cari duit lagi
ReplyDeletetak berseni sangat lagi kak.banyak kena belajar lagi.
Deletedoakan sy ye.:)
cantiknya reen,,, rajin tul reen belajar. bgs sgt tu disamping buat side income... semoga terus maju jaya...
ReplyDeleteAminn terima kasih. :) masih belajar lagi ni ..
Deletesemoga rezeki CR dalam bidang nie akan bertambah..
ReplyDeleteaminnn terima kasih kak sha :)
Deletecantiknya
ReplyDeleteterima kasih rabia. meh la order.hehe
DeleteCntik2 la kak..sy pun suka wt bende nie sbgai hobi tp kekangan msa.smoga sukses dlm bisnes..=D
ReplyDeletethanks mas atas doa. Aminn
Deletexpe,nanti ada masa boleh smbung semula hobi tu
wahhh cantiknya.
ReplyDeleteterima kasih cik tie. :)
Deletewahhh... cantik dan comel-comel semua
ReplyDeleteterima kasih zeera lily :)
DeleteSubhanallah cantiknya! boleh saya tempah nanti untuk bagi hadiah kat orang.
ReplyDeleteThanks najah. Alhamdulillah, nti nak order wasep je akk. Hee
Deletecomel ngat ngat aihh hihi
ReplyDeleteHee terima kasih. 😊
DeleteCantik hasil kerja CR..
ReplyDeleteSis doakan semoga CR terus success dalam apa jua bidang yang diceburi..
Alhamdulillah aminnn. Thanks kak.
DeleteWahh. Cantik²..
ReplyDeleteSelamat maju jaya yer..
Thanks Lya. Aminnn 😊
Deletewahhh cantiknya minat craf2 ni dah lama tinggalkan..
ReplyDeleteThanks.. nti ada mase free2 leh la sambung berkraf semula. 😊
Deletekreatifnya kak reen.. serisu cantikkkk! smoga maju jaya kak reen dalam bisnes.
ReplyDeleteAlhamdulillah thanks busyra. Aminnn. Nti ada rezeki lbih nk tmph flyers ngn busyra.
Deletecantik pillow - pillow tue . semoga bisnes CR maju jaya
ReplyDeleteAminnn. Thanks CCl. 😘
Deletemoga sentiasa dilimpahkan rezeki yang halal :)
ReplyDeleteAminn thanks aira.
Deletelawa2. guna hastag yg btoi.. nnti mesti ada yg cri
ReplyDeleteThanks sbb bg tips. Nti akn cuba ltk hashtag lain lak. 😊
DeleteCantiknya reen semua hasil tgn reen. Nanti ana nak tempah juga lah. Yg owl tu comel sgt. Semoga business reen terus berjaya 😍
ReplyDeleteAlhamdulillah thanks ana. Meh la orderrr.hehe
Delete