Sudah Sembilan Tahun Usia Blog
Assalamualaikum dan Hai
Sudah Sembilan Tahun Usia Blog | Selamat Hari Ulang Tahun Diari Online Cik Renex. Dah Sembilan tahun dah usia kamu yer maksudnya dari umur 19 tahun aku mula berkecimpung dunia blog ni. Sebenarnya lupa dah birthday blog sendiri. Entri pertama yang aku publish adalah mengenai laptop aku yang rosak sebab kena virus. Update pun beberapa ayat je macam update status di Friendster dan Facebook. Tapi sekarang pun aku update sikit2 jugak ayat, tak berubah pun. *mohonberubahyeCR. Walaupun usia blog Cik Renex dah sembilan tahun, blog ni masih dikira blog biasa2 sahaja sebab blog ini pada asalnya memang diwujudkan untuk berkongsi kisah, pengalaman dan info sahaja.
Ni entri yang aku tulis sempena usia blog sudah mencecah usia setahun. Weh, kelakar gila bila baca. Dan yang paling sendu bila ada followers 37 je, nampak sangat blog ni dari dulu sehingga kini sendu jer. Dalam entri ni juga aku ada ceritakan bagaimana mulanya aku menulis blog.
Mula-mula blog aku ni aku beri nama Jom Baca Apa yang Aku merepek Nih. Kenapa merepek? Sebab semua cerita merepek2 je. Awal-awal blog ni memang aku ceritakan mengenai life aku di Utm Skudai sepanjang tempoh forecast dan degree disana. Cerita pergi dinner akhir tahun kolej, program tahunan kolej, jalan-jalan Taman U skudai , pergi JB dan masalah konflik jiwa remaja. Jadi memang kerap jugak lah aku update dan masa tu nuffnang pun rajin menempek di blog cik renex ni.
Bila ada masa free,aku rajin baca entri lama sebab mengenang zaman dulukala. Tapi, banyak yang aku dah draftkan sebab segan nak baca. Banyak sangat konflik cinta remaja dalam ni. Haha.
Dalam tahun 2009 2010 tu , para blogger tengah rancak membuat giveaway dan jugak beri award untuk blog yang kita ingin berikan. Seronok sangat dan zaman sekarang dah takde sangat award2 bagai ni. Tetapi giveaway dan contest masih diteruskan.
Antara rakan blogger yang aku kenal dari awal2 berblog adalah Suesue, Sis Zie, Sis Intan. Sue dah tutup blog dia dan dia adalah blogger yang rajin bagi award dan tag entri kat aku. Sis Zie masih aktif berblog dan aku dulu selalu guna tutorial dari blog beliau. Sis intan pun sama rajin share tutorial dan blog dia sekarang dah tukar ke blog untuk bisnes.
IQ, kita kenal dari blog since bila? Lupaaaa. huhu. IQ juga antara rakan blogger yang rapat dengan reen dari dulu lagi tapi tak berpeluang nak jumpa. harap ada rezeki kita berjumpa.
Dan sekarang, dengan follower seramai 637 orang ni, diharapkan perkenalan kita sebagai rakan blogger akan berkekalan selamanya.
*segandenganbloggerotaikitabloggersenduje
kita kenal dari zaman IQ bercinta dengan tettt, haha! sejak tahun 2010 rasanya...susah nak ada kawan yang dah lama blogging macam reen, ramai yang retired dari dunia blogging
ReplyDeletelama da laaa kan. hehe. tp xtaw bile dpt jmpe.
Deletetulah.ramai yg da retired.blog pun da xwujud kadang2 tu
tu la, kadang dulu org berblogging sebab terikut2, tapi kalau memang suka menulis, memang enjoy je blogging ni sampai bila2
Deletetahniah CR..semoga terus menulis dan bertambah kenalan dan ilmu yang baik2 dalam kita berblogging ni..
ReplyDeleteTQ umi.
DeleteinshaAllah. sama2 kita terus menulis dalam blog.
best lah ada jugak kenangan dengan blog lama, ni yang dah terdelete ni memang sampai ke sudah tak mampu nak baca balik :(
ReplyDeleteadoii kalau terdelete mmg rasa ralat btul
DeleteAlhamdulillah...tahniah...moga terus aktif dan berkongsi ceritera ya..
ReplyDeleteTerima Kasih PC. Sama2 la kita ye
DeleteHappy birthday cik blog. Eh, cik ke Encik ye. Hehe
ReplyDeleteKita pun dah lupa berapa tarikh birthday blog kita. Yg pasti tahun 2011. Kena pi tengok entry first semulalaa jawabnya. :)
bestnya baca cerita lama di blog, kenangan manis kan, 9 tahun lama dah ye, akak baru 3 bulan kot phewww
ReplyDeleteHappp bday CR! Hahaha lama betul 9 tahun tuh... amer harap amer boleh jadi sekuat tu. Tahniah ye!
ReplyDeletetruskn berblogging...happy 9years utk blog cik renex
ReplyDeletetahniah cin renex...semoga terus maju jaya dalam dunia blogging..
ReplyDeleteTahniah reen dah 9 tahun blog ni ye. Semoga terus kekal akan dtg. Kira sifu lah bloh reen ni.
ReplyDeleteTahniah Reen. Semoga terus blogging tau. Kita berkenalan dalam dunia blog dan harap satu hari nanti boleh jumpa in real life :)
ReplyDeleteSiqah ada blog lain sebelum yang sekarang ni. Nak jugak edit balik blog tu dan delete entri mana yang patut (maklumlah usia remaja dulu kan, haha) tapi sayangnya lupa password T_T
Happy Belated Birthday blog CR..! Lama betul tu.. hehe
ReplyDeletewahhh...banyak info dapat dari blog akak ni
ReplyDeleteHappy birthday Blog Cik Renex :)
ReplyDeleteKalau budak umuur 9 tahun dah besar sangat tu hehe
alaa mek dulu pun blogging tulis cerita peribadi. kau igt orang nk bace? hahha. last tinggal sendu. pastu rindu, tulis balik. sekarang je mcm dh lain corak. thu dh ape nk tulis. hahahahahaha happy birthday blog CR semoga terus meningkatkan dan share info yang menarik :)
ReplyDeletelama dah tu .congrate
ReplyDeletehappy birthday :)
ReplyDeleteWahh happy birth day blog CR 🌸🎉
ReplyDeleteAlhamdulillah. Lama betul! Satu kejayaan ini. Teruskan istiqamah! :)
ReplyDeleteHappy birthday to this blog. Teruskan berblogging 😘
ReplyDeletewah!!! lama tu 9 tahun dan masih bertahan.
ReplyDeleteSelamat Ulang tahun ke9 ya, blog cik renex. moga terus membesar dengan sihat dan cergas. huhuhu
Tahniah, Cik Renex. Dah 9 tahun Cik Renex berblogging, Fatina pon start berblogging tahun 2008 juga. zaman muda dulu malu nak baca post sendiri T_T hehe
ReplyDeleteFatina
Happy Birthday to Blog Cik Renex..
ReplyDeleteManis sungguh ukhuwah hasil dari blogging kannn..
Sis pun bersemangat untuk blogging bila dapat kenalan seperti CR dan blogger friends yang lain.. By the way, all the best to you CR, semoga terus success..
tahniah CR.. darjah 3 dah kamu ya cik blog.. eheheh. moga persahabatan bkekalan
ReplyDeleteSalam singgah lagi :)
ReplyDeleteJom join GA saya,
http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html
Tahniah CR kerana masih bertahan dalam dunia blogging dan teruskan perjuangan dalam ber blogging.. Hihi akak rasa akak kenal awak dalam GA jugak kan, tapi rasanya macam dah lama kenal.. =) Semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan hingga ke akhirnya, Insha Allah..
ReplyDeleteTahniah. Saya baru je berjinak dengan blog. Sebelum ni main off line je promote bisnes.
ReplyDelete