Misi CRJJ ke Pangkor Laut Resort vs Traveloka | Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan 2018 akan muncul tiba. Bagaimana dengan azam tahun 2017? Dah Berjaya laksanakan semua azam? Cik Renex masih ada lagi yang tak tercapai azamnya iaitu azam untuk KURUS. Haha. Yang itu tak tahu lah bila akan terlaksana impian tu sebab hobi Cik Renex makan dan impian Cik Renex kurus. Hmm macam mana tu?
Seperti biasa,setiap kali nak masuk tahun baru Cik Renex akan tulis azam dalam planner baru. Bila tulis baru lah Nampak dan ingat setiap kali buka planner. Selain azam, CR akan tulis “Wishlist 2018” , banyak sebenarnya nak CR capai tahun 2018 ni. Antaranya adalah misi Cik Renex Jalan-Jalan (CRJJ) versi 2018. Yang CRJJ 2017 , CR telah bercuti ke Terengganu dan CR ada update di entri sebelum2 ni.
Pada tahun 2018, misi CRJJ adalah ke Pulau Pangkor. Mana yang masih tidak tahu lagi, CR adalah seorang “Thallassophile” iaitu seorang yang sukakan pantai/pulau. Makanya, CR plan mahu ke Pulau Pangkor bersama dengan keluarga. Kenapa Pulau Pangkor? Ini kerana baru-baru ni ada kawan CR pergi bercuti ke Pulau Pangkor, sangat-sangat tergoda apabila tengok gambar yang kawan upload di media sosial. Aish.
Seperti biasa, sebelum pergi bercuti, CR akan membuat research beberapa resort yang menarik di Pulau Pangkor dan akhirnya terjumpa satu artikel mengenai Pangkor Laut Resort. Masa mula-mula tengok gambar, satu perkataan yang keluar dari mulut CR iaitu WOW! Bila menginap disini memang suasana percutian yang mewah betul kerana ia bertaraf lima bintang!. Pangkor Laut Resort terletak di sebuah pulau persendirian yang mana disini hanya terdapat sebuah resort sahaja(private) yang dimiliki oleh YTL.
Tak sabar nak tengok bagaimana suasana percutian di Pangkor Laut Resort? Mari kita tengok satu persatu.
Bila CR tengok memang sungguh menggoda tempat dia, dan CR pasti anda pun sama. Di Pangkor Laut Resort ada beberapa villa yang boleh kita pilih untuk dijadikan lokasi percutian kita. Antaranya adalah ;
1. Garden Villa
|
Add caption |
Terletak di antara taman-taman yang rimbun, vila-vila ini mempunyai katil sofa tambahan, televisyen skrin rata dengan saluran satelit dan terletak dengan strategik berdekatan dengan kemudahan utama. Orang-orang yang melancong dengan kanak-kanak mungkin lebih memilih vila-vila kerana lantai dasar yang bersambung di bahagian dalamnya. Vila bersambung adalah terhad dan bergantung kepada tempahan.
2. Hill Villa
Bertentangan secara mendadak di lereng bukit di tengah-tengah hutan hujan, vila ini menawarkan pemandangan laut yang indah dan taman-taman tropika yang indah. Menawarkan televisyen skrin rata dengan saluran satelit serta katil sofa tambahan, vila-vila di tingkat bawah menyediakan tab mandi yang dibuka ke hutan do yang terletak di tingkat pertama termasuk tab mandi tertutup yang besar. Vila-vila terhad yang dihubungkan dengan balkoni disediakan untuk keluarga.
3. Beach Villa
Dalam jarak berjalan kaki dari pantai Royal Bay oleh jeti resort, vila-vila ini mempunyai bilik mandi yang besar dengan pancuran mandian yang berasingan dan tab mandi besar dibuka, televisyen skrin rata dengan saluran satelit, katil sofa tambahan dan menawarkan pemandangan laut yang cantik . Jangan lupa untuk berenang di Emerald Bay.
4. Sea Villa
Dibina dengan elegan di atas laut dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki kayu, vila-vila ini adalah trademark pulau ini. Setiap vila ada balkoni besar dengan kerusi berjemur dan bilik mandi dengan tab besar dan pancuran dipasang siling yang terbuka ke laut.
5. Spa Villa
Spa Villas adalah banglo di atas panggung di atas laut yang menawarkan akses terus ke Spa Village dan kolam renang. Setiap unit mempunyai tab mandi besar dengan pancuran dipasang siling dan balkoni besar dengan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan.
6. Suria & Purnama suite
Kedua-dua suite ini berdiri di atas panggung di atas laut dan mempunyai dewan masuk, bilik tidur yang berasingan, lounge yang elegan dengan televisyen, balkoni untuk berjemur, dan bilik mandi yang luas dengan tingkap yang menawarkan pemandangan laut yang indah dari tab mandi yang besar.
7. Pavarotti Suite
Dinamakan sempena tenor yang terkenal di dunia yang jatuh cinta dengan Pangkor Laut, ini adalah suite dua bilik tidur elegan yang terletak tinggi di atas bukit di hutan hujan. Ia mempunyai kawasan lounge yang mewah, televisyen skrin rata dengan saluran satelit, balkoni yang luas dengan pemandangan laut dan hutan hujan tropika yang menakjubkan, dan bilik mandi terbuka yang besar.
8. The Estates
Estates mewakili tamadun lalu Asia Tenggara, yang menimbulkan suasana yang mengingatkan gaya hidup romantik seorang pengurus ladang British di Malaya lama. Terletak di bahagian utara pulau itu, setiap lapan tempat perlindungan swasta ini mempunyai keselesaan mewah, rumah antara dua hingga empat bilik tidur, ruang tamu dan paviliun yang berasingan, serta kolam renang peribadi dengan pemandangan dramatik; semuanya terletak di kawasan ekar hutan hujan murni.
Cantik bukan? Bila da stay sini rasa macam taknak check-out dah. Bila dah syok2 tidur dan jenjalan area resort ni boleh la kita isikan perut yang kosong tu. Disini jugak tempat makan pun cantik-cantik bila CR tengok di website. View dah cantik, makanan pun mesti best kan. Kita hanya perlu pilih nak makan di mana sahaja.
Selain itu juga, resort ini ada menyediakan perkhidmatan spa dan juga melakukan aktiviti luar seperti jungle tracking, morning revival, Island hoping dan snorkeling. Bagi pencinta air, terdapat aktiviti lain seperti berkayak, memancing dan jangan risau jika tidak pandai kerana nanti akan ada taklimat sebelum memulakan aktiviti.
|
[Spa] |
|
[Jungle Tracking] |
|
[Watersports] |
Jadi, selepas anda membaca entri saya diatas, ada tak terdetik di hati nak menginap dan merasai percutian mewah di Pangkor Laut Resort? Kalau jawapan anda ye, boleh la daftar dan tempah bilik di
Pangkor Laut Resort on Traveloka . Pastinya dengan Traveloka ianya akan memudahkan kerja kita dan juga menjimatkan dengan pelbagai diskaun yang ditawarkan.
Jadi, apakah tempat yang anda ingin lawati tahun 2018? Kongsikan la di komen yer dan jangan lupa tempah melalu Traveloka. Selamat bercuti semuanya.
Sumber gambar : Laman web rasmi Pangkor Laut Resort