Lorong Seni Kampung Cina Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Hai

Lorong Seni Kampung Cina Kuala Terengganu | Ada yang merindui kemerepekan Cik Renex tak? Takde? Its okay. Sobs. Kali ni aku nak ceritakan tentang kunjungan aku ke Kuala Terengganu dan sambungan kepada entri sebelum ini. Selepas ke Pasar Payang, aku ke Kampung Cina yang bersebelahan pasar Payang je. Sebelum tu baca dulu apa itu Kampung Cina?


Berusia lebih 300 tahun, Kampung Cina pernah menjadi tempat tinggal pedagang dari Selatan China. Kawasan ini menempatkan kedai lama yang kini telah banyak diubahsuai untuk menjadi restoran, kafe dan rumah tumpangan dengan ciri moden. Generasi baru penduduk asal di kawasan kampung ini kini dikenali sebagai Peranakan.
Kampung Cina terdiri daripada dereten kedai-kedai lama, dari Pasar Besar Kedai Payang sehingga pintu gerbang naga Hotel Seri Malaysia, menampilkan kebudayaan Peranakan dengan lorong-lorong yang dilukiskan dengan graffiti dan seni moden.
Pada setiap tahun, penduduk di sini meraikan Pesta Peranakan Terengganu di mana pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo masakan, dan pasar malam. Pada masa ini jugalah mek atau kaum wanita akan memakai sarung kebaya, yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu. Majoriti masyarakat Cina di Terengganu fasih berbahasa Melayu dalam loghat Terengganu, dan masakannya turut mendapat pengaruh tradisi Terengganu seperti dimasak bersama budu. Masakan Peranakan di sini juga adalah unik dan mungkin tidak ditemui dalam komuniti Peranakan yang lain, seperti keropok lekor yang dikukus, ceranang, serta jeruk betik.

Tahun lepas aku pernah ke sini juga dengan kawan baik aku iaitu Intan dan Ecah. Jadi tak teruja sangat lah nak bergambar lagi-lagi sebab pipi aku bengkak kan. Jadi mood tak beria sangat. Layankan akak dan ma je. Huhuhu. 


A post shared by C i k R e n e x | CR (@saidatulazreen) on

Mac 2016 bersama Intan dan Ecah


Untuk ke sini, aku sarankan agar menapak je sebab senang nak ke setiap lorong. Ada lorong macam dah terabai tak dijaga dan ada yang masih cantik. Kalau berjalan di Kampung Cina ni kita akan nampak pelbagai jenis kedai di kawasan ni. Ada kedai barang antik, cafe hipster dan juga kedai yang menjual kain pasang dan kain batik. 

Lorong Seni Kampung Cina

Masa aku pergi hari tu payung di atas kotor dengan najis burung sekarang dah tukar baru lagi cantik dan bersih. Dan ada hiasan ketupat mungkin sebab hiasan untuk aidilfitri. Dulu aku pergi hiasan tanglung sebab baru lepas Tahun Baru Cina kan. 

Lorong Seni Kampung Cina
Merenung nasib. 

Lorong Seni Kampung Cina
Buat apa kat atas tu awak? Dah la cekci.hahaha

Lorong Seni Kampung Cina

Kisah di sebalik gambar ni amatlah memenatkan. Puas berjalan sampai ke atas  nuu tapi tak jumpa jumpa vespa ni. Bila dah gerak nak balik baru ternampak. Terus singgah nak bergambar. huhu.


Jadi, sesiapa yang berpeluang ke Kuala Terengganu boleh la singgah ke Lorong Seni Kampung Cina untuk meninjau2 dan mengambil gambar sebagai kenangan.




7 comments

  1. Ana dah sampai sini sebab dekat dengan rumah nenek ana. Tp mcm byk yg baru je ni.

    Nak ke sini kena g belah pg atau lewat petang. Kalau tak sila bertabah panas nya bukan main.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! But it must be a long long journey from melaka here. xD

    ReplyDelete
  3. Cantiknya bila bergambar kat sini

    ReplyDelete
  4. Wahhh...baru tahu kat Kuala Terengganu ada tempat macam ni....

    ReplyDelete
  5. Tempat nie memang dah jadi nostalgia sebab rumah arwah atok akak dalam kawasan kampung cina nie, ada perkampungan melayu di tengah perkampungan cina dulu.. Masa kecik2, di sinilah akak dengan sepupu sepapat bermain dan pegi ke pasar payang, saja jalan2... hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex