Tips membeli Sandals untuk wanita


Tips membeli Sandals untuk wanita | Assalamualaikum dan Hai. Pemilihan kasut yang betul dan sesuai akan mempengaruhi keselesaan serta kesihatan kaki. Pada masa yang sama, kasut yang baik akan menjadikan setiap langkah yang diatur nampak yakin dan lebih bergaya. Dan siapa kata sandals atau selipar tidak dapat melengkapkan gaya kita. Bagi Cik Renex, selain kasut atau heels, sandals juga memainkan peranan yang sangat penting dan menjadi dambaan setiap wanita. 


Dengan memakai sandal kita akan lebih selesa untuk berjalan yang jaraknya jauh. Sebagai contoh semasa membeli-belah di pasaraya pastinya kita akan gunakan masa yang lama dan pastinya kita memerlukan sandal yang selesa dan tidak menyakitkan kaki kita semasa berjalan bukan? 


Jangan risau kalau anda merasakan sandal tidak mempunyai banyak pilihan ataupun design yang kurang cantik. Kerana di laman web Zalora pelbagai design yang sangat menarik untuk di jadikan sebagai koleksi kita. Rugi kalau kita tidak sambar di Zalora. Sebelum anda ingin memilih sandals yang berkenan di hati tu jom baca dulu beberapa tips untuk memilih sandals. 


Tips memilih sandals for women 


  • Pilih sandals for women yang berkualiti tinggi, diperbuat daripada material yang lembut untuk mengelakkan kaki kita iritasi ataupun melepuh. Petua orang-orang untuk mengelakkan kaki kita melepuh , diaorang suruh kita gigit sandal baru tu dulu. Tapi sanggupkah kita untuk gigit kasut?hehe

  • Bengkokkan sandals untuk memastikan ia mampu membengkok di bahagian bawah tapak kaki berdekatan dengan jari. Ingat! Selipar yang baik tidak boleh dilipat. Tetapi masalahnya kita beli secara online kan, jadi tak dapatlah nak bengkokkan, tunggu barang sampai dulu. 

  • Pakai kasut dan pastikan jari tidak terjojol keluar. Kalau terkeluar jugak, pilih saiz lain. Kalau tak jalan jugak. Next kasut, please. Elak juga yang over ketat. Tak masal dapat cagu nanti. 

  • Tengok elok-elok selipar tu. Nampak kukuh ke tak. Pastikan boleh tahan lama. Selipar yang kukuh penting untuk mengelakkan tapak kaki nampak kasar seperti kaki atlet. 

  • Jangan pakai selipar yang sama lama sangat. Tapi CR jenis yang suka pakai sesuatu barang tu lama sehingga barang tu rosak. Hehe. Tapi untuk kes sandals ni rasanya kalau dah Nampak tapak sandal tu makin lama makin nipis, better pergi beli baru terus. 



Jadi dah tahu dah tips pilih sandals kan, jadinya boleh la kita ke website Zalora untuk pilih mana yang berkenan. Berikut adalah tiga sandals yang menjadi pujaan Cik Renex. 






Cantik dan simple. Itu yang memang Cik Renex cari sebab tak suka sangat dengan design yang sarat. CR akan pakai sandals ni bila keluar jalan-jalan ke mall ataupun ke kenduri. Senang tak payah nak heels2 bagai sebab sesungguhnya CR memang tak reti pakai heels. Lagi selesa dengan sandals dan kasut. :)

Jadi, apa pilihan sandals anda pulak? Suka atau tidak pakai sandal kalau keluar berjalan?


11 comments

  1. kdg bila dh berkenan size tkde...nk kena cari sandal baru juga ni..yg sedia ada dh mcm uzur

    ReplyDelete
  2. Hana prefer kasut hohoho btw Nice sharing cik Renex!! ^^

    ReplyDelete
  3. aira pun suka pakai sandal kalau berjalan-jalan. selesa :)

    ReplyDelete
  4. biasa klw pilih sandal memang nak yang berkenan betul2..

    ReplyDelete
  5. Kalau nak pilih sandal ni kita cerewet sikit and yes, Zalora selalu banyak design menarik.. :3

    ReplyDelete
  6. Zalora banyak design yang menarik for sandals tapi Siqah takut nak beli sebab takut saiz tak kena tepat.

    ReplyDelete
  7. busyra dlm bnyk2 jenis kasut busyra suka pakai sandal.. sebab mudah nak bergerak kan..

    ReplyDelete
  8. Zalora mmg banyak barang produk yang cantik2x termasuk sandal ni. Terbaik giteww kak Cik Renex. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex