Boleh ke pakai inai bercorak?

January 29, 2018

Boleh ke pakai inai bercorak? | Assalamualaikum dan Hai. Kerap kali bila kita menghadiri majlis perkahwinan pastinya pengantin perempuan akan berinai di jari dan ada sesetengahnya akan melukis corak di tangan dan kaki. Pelbagai corak yang dilukis yang sangat-sangat cantik kan. Tapi yang menjadikan isu, boleh ke perempuan memakai inai yang bercorak?

Boleh ke pakai inai bercorak?

CR ada baca satu buku yang mengatakan bahawa hadis yang mengharuskan wanita memakai inai tidak menyebut secara jelas cara-cara memakainya, sama ada mencelup seluruh tapak tangan, memakainya di hujung jari atau melukis di belakang tapak tangan. Dan tiada pula larangan memakai menggunakan cara-cara tertentu.

Jadinya, ia boleh difahami bahawa semua cara adalah harus termasuk melukis corak. Walaubagaimanapun, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibernarkan. Manakala corak-corak haiwan, lambing dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Berikut adalah dalil yang menunjukkan harus bagi wanita memakai inai di jari atau di tapak tangan.

1. Sayidatina Aisyah r.a menceritakan:

Seorang wanita menghulurkan surat kepada Rasulullah saw dari belakang tabir. Rasulullah enggan menghulurkan tangannya untuk menerima surat itu sambil berkata: “Aku tidak tahu,adakah tangan lelaki atau wanita?” Wanita itu menjawab: “Wanita.” Baginda bersabda: “ Kalau engkau seorang wanita,pasti engkau akan mengubah kuku-kukumu, iaitu dengan inai.” (Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

2. Daripada Sayidatina Aisyah r.a berkata, maksudnya:

Rasulullah saw tidak suka melihat wanita yang tiada di tangannya kesan inai. (Riwayat Baihaqi)

(Sumber : Buku Wanita Cantik Masuk Syurga)



Dan CR jenis yang suka inaikan kuku. Dulu masa kecik rajin sangat pergi ambil daun inai dan tumbuk sendiri. Nak bagi pekat warna tu siap campur beras lah,arang lah. Gigih sangat masa kecik3 ritu. Selalu masa cuti sekolah je berinai sebab masa hari persekolah kan tak boleh berinai. Rinduunyaa. Hee

Boleh ke pakai inai bercorak?


Dan baru ni CR juga ada berinai dan melukis corak di tangan CR. Kebetulan Sabtu baru ni CR ke Kuantan dan singgah sebentar di Teluk Cempedak. Sempat lah melakar inai bercorak di situ. Harga bermula dari RM8 dan keatas. Pilih je corak apa yang berkenan.

CR teringin sebenarnya nak belajar melukis inai bercorak ni tapi tak berkesempatan lagi nak testing dulu. Sibuk sangat. Huhu.

Siapa disini suka berinai jugak?

OST Filem Bukan Cinta Malaikat

January 27, 2018


OST Filem Bukan Cinta Malaikat [ Cintaku Tak Sempurna ]  | Baru-baru ni tengok ada Nora Danish promote filem terbaru beliau dengan Ashraf Muslim. Tengok trailer macam best filem ni. Dan bila tengok poster tu rupanya dah ditayangkan di Indonesia tahun lepas. Tahun ni baru ditayangkan di Malaysia yang bermula hari Khamis baru ni. Ada yang dah tengok ke? 


OST Filem Bukan Cinta Malaikat

Sinopsis Bukan Cinta Malaikat


"Filem Bukan Cinta Malaikat bercerita tentang Reyhan (Fachri Albar), seorang relawan Muslim Care asal Bandung yang sedang bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Saat sedang berada di Madinah, Reyhan menolong seorang perempuan asal Malaysia bernama Dewi (Nora Danish) yang sedang melakukan perjalanan umroh. Namun, Dewi secara tak sengaja tertangkap karena dikira penggunjung gelap. Sejak pertemuan itu, Reyhan yang begitu idealis dengan misi kemanusiannya dan belum pernah menyatakan cinta pada perempuan, merasakan benih cinta dalam dirinya. Ia menaruh hati pada Dewi. Reyhan pun pergi ke Malaysia untuk menyatakan cinta dan melamar Dewi. Akan tetapi, cinta Reyhan tak berjalan mulus. Dewi telah memiliki kekasih bernama Adam (Ashraf Muslim). Sementara, di Bandung, seorang teman kecil Reyhan bernama Aliyah (Donita), mengharapkan cinta pada Reyhan. Cobaan demi cobaan datang silih berganti. Bagaimana perjalanan kisah cinta Reyhan dan Dewi, yang selanjutnya?" - sumber


Filem ni macam ada dua OST je. Satu dari Malaysia dan satu lagi dari Indonesia. Yang Indonesia nyanyian Ryfell dan Azira yang berjudul Bukan Cinta Malaikat manakala dari Malaysia nyanyian Analog dan Shiha yang berjudul Cintaku Tak Sempurna. Dua-dua best dan kali ni CR nak share dua2 versi. :)



"Cintaku Tak Sempurna" 

Analog & Shiha Zikir 

Bagaikan runtuh 
Hati di dalam 
Mengalir lesu 
jiwaku padam 
Duniaku hilang saat cintaku pergi 
Cintamu menjadikan semangatku 

Bagaikan angin 
Melintas rindu 
Mengisi kalbu 
Cintaku lalu 
Katakan cintamu masih untuk diriku 
Tak terbayangkan ku tanpa cintamu 

Setiap langkahmu setiap senyummu 
Membuatkan aku menjadi rindu 
Setiap sentuhanmu mengalir cintaku 
Menjadi aku tidak menentu 

Cahayanya melingkar keresahan 
Biarpun kata tak inginku berpisah 
Biarlah tertulis semula ditinta cinta kita
Oh Dewi kaulah cinta hatiku 
Tak ku duga ini kan berlaku 
Cintaku tulus ikhlas padamu 
Katakan cintamu untukku
Oh Cinta maafkanlah diriku 
Tak pernahku bayangkan takdirku
Hati dan jiwa ini keliru 
Cinta ku yang tak sempurna


Lirik Lagu Ryfell feat Azira - Bukan Cinta Malaikat



Kekasih kau sang pemilik hati
Tinggi harapanku bersamamu slamanya
Maaf bila ku tak sempurna
Membuatmu ragu dan terluka
Namun ku tak menyangka
Kau simpan kisah yang lain

Kekasih sulit ku menguraikan
Mengapa cinta ini harus berbagi rasa
Mau ku tak pernah memilih
Tak ingin aku menyakiti
Apa salah dan dosaku
Hadapi cobaan ini

Inginku bertahan
Tapi sulit tuk menjelaskan
Suara hati berkata
Haruskah kau ku perjuangkan

Diamku berjalan
Sendiri tanpa arah
Berat tuk mengerti
Cintaku bukan cinta malaikat

Oh Tuhan apa salah dan dosaku

Inginku bertahan
Tapi sulit tuk menjelaskan
Suara hati berkata
Mana harus kau ku perjuangkan

Diamku berjarak
Sendiri tanpa arah
Berat tuk memilih
Cintaku bukan cinta malaikat

Berat tuk Memilih
Cintaku bukan cinta malaikat

"Dunia Hilang Saat Cinta Pergi"

TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK !

January 26, 2018

TAWARAN HEBAT CUCI KEDAI DARI - SYAQIST PATCHWORK ! | Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini penggemar produk patchwork?CR kalau berkaitan patchwork, suka dengar set cadar. Dirumah CR dah ada beberapa set cadar patchwork,dan kain jenis macam ni memang berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk masa yang lama. 


Kalau anda berminat boleh dapatkan produk patchwork dari SYAQIST Patchwork . Mereka menyediakan pelbagai produk patchwork yang sangat cantik dan juga berkualiti tinggi. Antara produk patchwork yang mereka tawarkan ialah cadar, karpet size besar, karpet size kecil, toto bayi, alas kaki, bantal bunga dan pelbagai lagi. Menariknya semua design cantik-cantik dan warna yang sangat menawan kalbu.



SYAQIST PATCHWORK


SET PREMIUM CADAR PATCHWORK SYAQIST

MATERIAL CADAR SYAQIST 100% cotton. Sekiranya ada yang beli dan kualiti material bukan cotton, korang boleh kembalikan dan dapatkan yang baru. Jaminan kualiti cadar Syaqist ni memang tip top! JENIS cadar pula adalah jenis cantum tampal atau sulam tampal. Ini membezakan patchwork asli dengan palsu tau! Set cadar ni mengandungi 3 item iaitu 1 CADAR QUILT YANG TEBAL dan 2 SARUNG BANTAL BERZIP.


SYAQIST PATCHWORK


KELEBIHAN CADAR PATCHWORK SYAQIST 

  1. Jahitan lebih halus dan kemas 
  2. Material kain pure cotton berkualiti tinggi 
  3. Lebih tebal dari cadar yang biasa 
  4. Kain sejuk dan selesa dipakai 
  5. Melekap dan terletak di atas katil 
  6. Jahitan corak bunga nampak timbul 
  7. Bilik akan nampak lebih eksklusif, mewah dan bergaya 
  8. Mudah diurus dan di basuh dengan mesin basuh 
  9. Tebal dan boleh di pakai lama 
  10. Menambah keempukan tilam 
  11. Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang 
  12. Boleh dijadikan sebagai cadar pengantin 


SYAQIST PATCHWORK


PELUANG MENYERTAI TEAM SYAQIST

Syaqist juga menyediakan peluang untuk kita menikmati faedah yang berbaloi-baloi dengan mereka. Syaqist menawarkan MEMBERSHIP & LOYALTY PROGRAM untuk kita menikmati pelbagai kelebihan. Antara faedah yang diperolehi dari program ini ialah:

  1. Diskaun semua item termasuk item promo 
  2. Hadiah hari jadi 
  3. Rebate RM50 untuk belian ke 11 
  4. Tidak perlu memperbaharui keahlian 

YURAN KEAHLIAN hanya RM30 seumur hidup dan TERHAD KEPADA 100 ORANG SAHAJA.


SYAQIST PATCHWORK



PROMOSI KOSONG KEDAI

SYAQIST dalam proses berpindah ke kedai baru jadi untuk memudahkan urusan, mereka sedang buat promosi BERMULA 27hb JANUARI HINGGA 31hb JANUARI 2018 SAHAJA. Korang bolehlah grab peluang harga promosi ni untuk miliki cadar patchwork premium dari Syaqist ni!


HARGA BIASA RM 195

HARGA PROMOSI RM 185

FREE POSTAGE KE SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK RM 15




SYAQIST PATCHWORK

CARA UNTUK DAPATKAN PRODUK PATCHWORK SYAQIST

WHATSAPP : 018 3733749 

Puteri Harbour Iskandar Puteri Johor Bahru

January 24, 2018


Puteri Harbour Iskandar Puteri Johor Bahru   Sebenarnya ini kisah tahun lepas tapi Cik Renex baru nak kongsikan pada tahun ini. Kira macam throwback zaman berzaman la namanya. Lama sangat duduk dalam draft makanya, mari lah kita tekan publish. Seperti biasa, bila ada cuti, CR akan ke Kluang Johor iaitu melawat rumah kakak CR yang terletak di bandar Kluang Johor. Jadinya, kalau ada masa memang kami akan berjalan ke Johor Bahru.

Plan kali ni adalah ke Puteri Harbour yang terletak di Iskandar Puteri Johor Bahru. Kali pertama CR pergi Puteri Harbour adalah pada tahun 2014 dan 2017 baru kembali semula. Mula-mula pergi sini pada tahun 2014 tu kami fokus ke indoor macam Cafe Lat, Hello Kitty dan pelbagai lagi. Tapi just jalan kedai luar je,tak masuk dalam. hee.

2017 ni pulak bersiar-siar ke luar pula sebab sebelum ni ada pernah tengok kawan share gambar cantik di sini. CR bila tengok view cantik mulalah akan teringin nak pergi jugak; CR memang seorang "viewhunter". Asal nampak tempat cantik, memang takkan lepaskan peluang untuk bergambar. :) Siapa macam ni kita geng!



Puteri Harbour Iskandar Puteri

Menarik tak arca LOVE di atas ni? CR saja malas nak selfi di love memandangkan CR single. Haha. Sebenarnya arca-arca ini dibina sempena Program Iskarnival Sama-Sama yang berlangsung pada penghujung 2016. Arca yang dibuat daripada buluh yang dibuat oleh artis dari negara kita dan ASEAN dengan bermatlamat mempromosikan buluh sebagai bahan yang mampan dan serba boleh bagi reka bentuk atau bangunan, selain mempamerkan bakat kreatif dari rantau ini.

Puteri Harbour Iskandar Puteri

Yang ni pun nampak unik. Ada banyak lagi sebenarnya arca disitu tapi CR tak ambil gambar semua. 

Puteri Harbour

Bila tengok arca ni macam bentuk tikus kan. Tak berapa seni sangat mata CR nak tengok bentuk dia ni. hehhe


Ni pula himpunan buluh-buluh. Haha. Boleh la main cak-cak disitu kan. Masa CR datang sini kebetulan hari Sabtu. Ramai pasangan pengantin photoshoot disini. Memang tak dinafikan memang cantik di sini. Sebab tu ramai yang datang sini, seronok lak tengok orang photoshoot gambar kahwin. 


Puteri Harbour Iskandar Puteri
Tengok la pulak tuan belog berposing dalam buluh ni. Gambar-gambar juga, tapi hati-hati yer.

Puteri Harbour Iskandar Puteri


Ini kisah tahun lepas, tahun ni tak pasti masih ada lagi ke tak arca-arca ni. Nak tahu ada ke tak, korang kena la jenguk jugak ke sini. 



Baca ini juga:

1. Forest City Johor Bahru
2. Laman Kreatif Kluang
3. Pantai Air Papan

Cara mudah makan KayLiz Granola Oat

January 22, 2018



Cara mudah makan KayLiz Granola Oat  | Assalamualaikum dan Hai semuanya. Hari ni hari Isnin dan harapnya tiada Monday Blues la melanda pada hari ni ye. Semoga semuanya bersemangat pada hari ini dan doakan juga Cik Renex bersemangat untuk bekerja jugak. Biasanya hari Isnin hari yang sangat sibuk sebab dah cuti dua hari kan. Bila dah sibuk tu kita perlukan tenaga secukupnya , jadi kita perlu mengambil sarapan yang bagus dan mudah.

Nak tahu apa yang kita boleh makan di waktu pagi tanpa guna masa yang lama dan sangat-sangat berkhasiat? Ia adalah Kayliz Granola Oat!!! KayLiz Granola Oat adalah salah satu produk bumiputera yang dikeluarkan oleh Care Liz Resources. 


KayLiz Granola Oats

TAHUKAH ANDA? KAYLIZ GRANOLA OAT dapat membekalkan tenaga yang bagus untuk orang yang punya cara hidup sibuk seperti pelajar dan atlet kerana ia membekalkan kalori,lemak yang baik, kualiti protein,fiber tinggi, mineral dan vitamin.


Ada sesetengah orang masih belum tahu apa itu Granola. Baiklah mari CR perkenalkan apa itu Granola terlebih dahulu. Granola ialah sejenis hidangan sarapan dan makanan ringan terdiri daripada emping oat, kekacang, madu atau pemanis lain seperti gula perang, dan kadangkalanya bertih beras yang biasanya dibakar sampai garing dan berwarna coklat keemasan. Pada proses membakar, campuran dikacau untuk mengekalkan longgar sarapan sereal konsisten. Buah kering, seperti kismis dan kurma, dan manisan seperti coklat kadangkalanya juga ditambah. Penambahan biji rami ke dalam granola terutamanya sering digunakan untuk membantu pencernaan. 

Untuk produk KayLiz Granola Oat ini pulak,mereka mencampurkan bahan oat,madu,chia seed dan ubi keledek di dalam satu pack. Mari kita lihat apa khasiat untuk setiap bahan yang dicampur.

KHASIAT KAYLIZ GRANOLA OATS

1. OAT 
Mengandungi lebih banyak kalsium protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding bijirin lain seperti gandum dan rai.

2. MADU
Mengantikan gula kepada madu dapat menurunkan risiko penyakit diabetis dan mengendalikan kadar gula dalam darah. 

3. CHIA SEED
Bijirin hebat yang mengandungi kalori dan karbohidrat yang baik untuk tenaga dan stamina. Selain itu mengandungi vitamin A, B12, dan C dan sangat baik untuk ketahanan sistem imunisasi tubuh.

4. UBI KELEDEK
Ubi keledek yang mengandungi zat antosianin yang berguna sebagai antioksidan dan melindungi tubuh dari kerosakan hati dan menghindarkan dari terkena serangan jantung dan stroke.


Banyak khasiat dalam satu pek KayLiz Granola Oat ni bukan? Jadi kali ni CR akan share cara CR makan oat ni. 

KayLiz Granola Oats

Ada sesetengah orang suka campur dengan buah delima , yogurt dan pelbagai lagi. Ada jugak yang suka diratah begitu sahaja. Tetapi CR suka makan dengan susu segar sebab  rasanya akan lagi bertambah lazat.


KayLiz Granola Oats

Ini adalah rupa Kayliz Granola Oat. Nampak tak warna dia menarik dengan warna purple ubi keledek. Lagi menaikkan selera untuk mencuba bukan. CR suka makan macam tu jugak, meratah macam makan jajan. SEDAP! Sedar-sedar dah tinggal separuh ,syoknya sangat meratah macam tu jer. hiks


KayLiz Granola Oats

KayLiz Granola Oat juga lagi bertambah sedap dan lazat dengan tambahan susu segar. Walaupun dah tambah susu, kerangupan bahan dalam KayLiz ni masih terasa lagi. Tak cukup rasanya makan semangkuk,rasa macam nak habiskan satu pek tu terus. Memang tak rugi kalau beli oat ni sebab pasti akan tak cukup stok di rumah. :)


Mana-mana yang ingin mencuba KayLiz Granola Oat ni boleh dapatkan di maklumat seperti di bawah. Rugi kalau tak cuba!


Kayliz Granola Oat [RM17.90/pack]
*** Sekarang ada Sales , harga hanya RM15.90


Whatsapp : 011-10906902 / 019-6255010


Idea Bilik Menjahit Idaman

January 21, 2018


Idea Bilik Menjahit Idaman   | Sesungguhnya memang dalam wishlist nak ada ruang untuk bilik menjahit. Bila dah ada, senang untuk kemaskan dan asingkan barang-barang menjahit mengikut jenis barang. Sekarang CR tiada bilik menjahit hanya menjahit di dalam bilik tidur CR je. Ianya mudah sebab CR menjahit guna mesin menjahit portable makanya ia tidak memakan ruang yang besar.

Namun begitu, CR tetap angankan bilik dan ruang sebegini rupa yang CR akan kongsikan bersama anda sebentar lagi. Oh lupa nak bagitahu yang CR memang menjahit bantal hiasan dan keychain. Jadi memang perlukan ruang ni sangat2. Nak tengok contoh hasil kerja CR boleh klik SINI.

Jom kita tengok contoh idea bilik menjahit yang dikongsikan di Facebook. Semua nya cantik2.


Idea Bilik Menjahit Idaman 

bilit menjahit
CR dah lama mencari board belakang tu. Siapa tahu ada jual di mana yer. Tak ingat pula nama board apa tu. Senang nak gantung barang menjahit nanti contohnya gunting, note order customer, benang dan pelbagai lagi.

bilit menjahit

bilit menjahit
Kreatif sangat dengan gunakan badan mesin jahit lama,kita hanya perlu cat bagi nampak baru. :)

bilit menjahit
CR berkenann dengan pin besar yang kat dinding tu. Rare!

bilit menjahit
Ini pun nampak nice.Tak terlalu sarat.

bilit menjahit
Nampak tak rak benang di dinding tu? CR dah jumpa di Lazada, harga dalam RM50lebih tetapi CR tak beli lagi sebab rasa macam tak sesuai nk letak luar benang tu. CR nak cari macam rak berlaci untuk benang dan bobbins baru nampak kemasa. 



Dan bawah ini adalah yang menjadi Favourite Cik Renex. Senang nak letak kain dalam laci tepi tu. Lebih tertutup dan nampak kemas. Tepi tu board yang CR cari tu. Ada sape2 tahu nama dia inform ea, lupa dah namanya.


sumber : https://www.facebook.com/IlhamDekorasiRumah/

Jangan lupa singgah Instagram @Bycikrenex untuk dapatkan bantal hiasan untuk dihadiahkan pada yang tersayang. :)




Slingsbag dari Zalora

January 18, 2018

Slingsbag dari Zalora  | Perempuan dan handbag mana boleh dipisahkan. Rasa macam tak lengkap bila kita keluar tanpa bawa handbag,paling kurang pun kena bawa purse juga. Seperti yang kita tahu banyak jenis beg untuk wanita ni. Antaranya adalah handbag,purse,clutches,sling bag,backpack dan macam-macam lagi lah.

Banyak-banyak pilihan beg, Cik Renex lagi gemar dengan slingsbag berbanding handbag yg kena pegang ala2 mak datin tu. CR pernah beli dua je handbag sebegitu yang lain semua sling bag. 

Jadi baru ni CR telah berjaya merembat dua slingsbag dari Zalora. Bila dah buka website tu memang rambang mata weh,terus rasa nak beli semua tapi bajet kita hanya RM100 jer. Nak dekat beberapa hari juga CR survey dalam website Zalora tu baru lah jumpa yang berkenan di hati.



Slingsbag zalora

Nama pun blogger kan. Sebelum buka parcel kena ambil gambar dulu. Nasib la ada ma yang sudi snapkan gambar. Baru balik kerja terus semangat bila tahu barang dari Lazada dah sampai. Nak tahu apa yang CR beli,sambung baca di bawah ni lagi.


Slingsbag zalora

Tadaa,CR beli slingbag ni yang harganya sangat murah okay. RM25 sahaja. CR ada beli satu lagi slings bag tapi tak rasmikan lagi,nanti la CR revealkan bila dah pakai yer.




zalora

Cantik tak? Siapa cakap tak cantik,denda 50sen. huhu. CR pakai beg ni bila keluar jalan-jalan jer,tak bawa pergi kerja sebab ruang dia tak berapa besar sangat. Tak muat untuk segala barang CR yang biasa di bawa pergi kerja. Satu je slack beg ni,tak boleh buka luas2 bahagian atas tu ,yang lain ok. CR puas hati sebab muat untuk masukkan purse,handphone,power bank dan charger. Beg alat makeup je tak muat letak dalam ni.

Kalau berminat untuk tengok design yang lain,jangan lupa klik website dibawah ini ya. Happy Shopping!



Jadi anda pula bagaimana? Lebih suka beg style slingsbag atau yang lain? 

Kasut wanita murah dan cantik!

January 13, 2018



Kasut wanita murah dan cantik! | Assalamualaikum dan Hai. Selamat menikmati cuti hujung minggu gais. Apa plan korang hari ni? Ada yang dapat jemputan ke kenduri kahwin ke? Untuk bulan ni CR masih tak dapat lagi jemputan kahwin,kenduri kesyukuran ada. 😊 Tapi CR yakin,bulan depan pasti ramai yang berkahwin sebabnya bulan depan ada cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina kan? Pastinya tarikh 16 17 18 Februari akan menjadi tarikh yang padat dengan kenduri kahwin. 

**UPDATE APRIL 2020. JUALAN KASUT MASIH ADA. BOLEH KE FB @ TERUS DIRECT PADA PN. FARA UNTUK TEMPAHAN & PERTANYAAN. **


Sebelum ke kenduri kahwin,pastinya kita akan memikirkan mahu pakai baju apa,shawl warna apa , kasut yang sesuai dan jugak handbag. Jangan risau, CR akan kongsikan beberapa design kasut yang pastinya akan menampakkan anda kelihatan menawan di kenduri tersebut. Takkan la nak pakai selipar jepun pergi kenduri walaupun CR pernah je wat gitu.huhuhu. 


kasut cantik dan murah

Kalau anda jenis yang suka pakai heels atau wrdges,anda patut beli kasut yang CR kongsikan di bawah ni.  CR ade beli 2 pasang yang design lama. Design baru lagi cantikkkk, kena dapatkan ni tunggu gaji bulan 1 nanti. hee


KASUT CANTIK/WEDGES


kasut cantik dan murah

kasut cantik dan murahkasut cantik dan murah


kasut cantik dan murah









kasut cantik dan murah

Anda tak suka pakai kasut / wedges yang tinggi macam tu? Jangan risau masih ada lagi design lain yang tapaknya lagi rendah dan lagi selesa untuk kita pakai

kasut cantik dan murah


kasut cantik dan murah


Disini Cik Renex kongsikan testimoni beberapa customer dari kasutlawa_farra ni. Anda jangan risau dengan size kerana mereka akan bagi ukuran size untuk setiap kasut. Kita hanya perlu mengukur panjang kaki kita dengan betul bagi memastikan dapat size yang betul. 


Contoh design terbaru.

Kasut wanita murah dan cantik!

Kasut raya 2020



So kalau ada yang berminat boleh lah contact Pn Fara :

Whatsapp

Facebook

Instagram
https://www.instagram.com/shooze_farra/

**UPDATE APRIL 2020. JUALAN KASUT MASIH ADA. BOLEH KE FB @ TERUS DIRECT PADA PN. FARA UNTUK TEMPAHAN & PERTANYAAN. **

Lirik Lagu OST Kekasih Paksa Rela [Dia -Qody]

January 11, 2018

ost kekasih paksa rela
"Terpaksa mencintai, Terlanjur Menyayangi"

Lagu OST Kekasih Paksa Rela Dia - Qody | Siapa di sini layan drama tv3 yang bertajuk Kekasih Paksa Rela? Cik Renex mula-mula taknak layan drama ni takut terminat dan nanti mulalah asyik tertunggu-tunggu je drama ni. Tapi apakan daya, disebabkan hero adalah hero pujaan daku iaitu Remy Ishak, terus tengok dari episod 1. 

Drama ni bagi CR dari awal-awal episod dah best. Maybe sebab faktor hero jugak dan heroinnya sangat lah kecil molek orangnya dan comel. Lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa memang menjadi walaupun baru pertama kali digandingkan bersama-sama.

Jom kita tengok sedikit sinopsi drama Kekasih Paksa Rela ni.

Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas mereka tamat belajar. Perkahwinan mereka ditentang keras oleh bapa Adham iaitu Datuk Azman (Jalaluddin Hassan).
Adham cuba memulihkan hubungan Rosnaida dengan bapanya, tapi Rosnaida ada sikap keras kepala sehinggalah dia buat keputusan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, kononnya tak tahan dengan sikap mentua.
Selepas tiga tahun Rosnaida tidak pulang ke tanah air, Adham terserempak dengan Hanan Khaira (Intan Najuwa) yang masih melanjutkan pelajaran, tapi terpaksa menjaga bapanya yang sakit. Disebabkan ibunya, Suraya (Emelda Rosmila) menjalin hubungan sulit dengan Yusman (Fizz Fairuz), Hanan dipulau keluarga dan jiran.
Adham menawarkan sejumlah wang kepada Suraya dan Yusman kononnya mahu mengambil Hanan bekerja. Hanan dijaga dengan baik dan meneruskan pelajarannya.
Bagaimanapun, bagi mengelak fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham. Lagipun, mereka mendapat tahu Yusman mahu menjual Hanan kepada bapa ayam.
Selepas bernikah, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia bernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.

Dan seperti biasa,aku suka dengar lagu yang menjadi runut bunyi atau OST sesuatu drama. Kali ni, lagu nyanyian Qody Mentor yang menjadi pilihan aku untuk menjadi lagu fav kali ni. Mula ingatkan lagu dari negara seberang, rupanya lagu kita. Memang best bagi CR. Jom layan video dan lirik lagu Dia nyanyian Qody ni.




Lirik Lagu Dia – Qody

Rebah Hati menemankan cinta yang kembali
Merelakan Hati yang pernah dilukai
Tak Mahu ku kenang tak mahu ku berserah
Biar Perih pergi tinggalkanku

Kini Aku ada dirimu
Yang Selalu bersama
Dengan Harapan kau jagakan
Diri Ini

Tetapkanlah Dengan ku
Tetapkanlah Dirimu
Menyayangiku Selamanya

Dia Yang setia
Dia Yang ku cinta
Dia Yang melengkapkan
Cintaku Seadanya

Dia Lah penawar hati ini
Yang Akan ku miliki
Hingga Akhir hayatku


Selain lagu Dia ni, OST drama Kekasih Paksa Rela ni adalah Lagu Pasti nyanyian Cherpen Band, Cincin di Jari nyanyian Jamiel Said, dan banyak lagi sebenarnya. Semua best lagu tema dalam drama ni yang menjadikan kita terfeeling jugak masa tengok setiap scene tu sebab kena je lagu tu dengan sesuatu scene tu.

Tak sabar nak tengok cerita ni minggu depan pulak sebab Pakcik dah sayang dengan Hanan Khaira. Suweett sangat pakcik dalam ni yang membuat CR tersengih-sengih layan drama ni. Harapnya Hanan takde pape lah kan dan jangan lah bagi Rose tu terserempak dengan diaorang. huhu..


Siapa peminat drama ni? Kita geng. 

Nour Ain Beauty Care

January 10, 2018



Nour Ain Beauty Care | Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat? Cik Renex mengalami masalah ini lamaa dah sebab memang dari duluuu memang jenis kulit diri ini berminyak dan akan ada jerawat yang tak pernah segan silu untuk singgah di dahi dan pipi. Sedih kadang-kadang tu.

Nour Ain ni memang jalan terakhir CR setelah pelbagai skincare yang CR cuba. Sebenarnya banyak jugak skincare CR cuba dan ada yang tak okay. Malah makin teruk dan tinggalkan parut jerawat. Bila cuba produk ni baru lah okay sikit dan jerawat tetap kuar tapi berkurang dari biasa lah.

CR dah guna NourAin ni since 2016 sehingga sekarang. Alhamdulillah okay untuk CR tapi tidaklah flawless sangat , jangan tertipu dengan gambar yang CR upload di laman sosial Facebook dan Instagram. CR takdelah seflawless sebegitu rupa, penuh dengan jerawat dan parut jerawat sana sini.

NourAin Beauty Care

Kalau yang masih belum kenal atau tahu apa itu Nour Ain , meh sini CR share sikit hasil dari research di google.Nour Ain sebenarnya adalah produk tempatan yang kilangnya berada di Sungai Petani Kedah. Jadi jangan risau atau ragu-ragu.

NourAin Beauty Care sebenarnya produk yang berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nourain, menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Product NourAin

* Beraskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit
* Tiada berlaku pengelupasan
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita

Produk Nour Ain telah didaftrakan dengan KKM:

1.Nour Ain Beauty Soap (Not120503661k)
2.Nour Ain UV Foundation (Not10903959k)
3.Nour Ain Night Cream (Not120506492k)
4.Nour Ain Facial Toner (Not120905482k)
5.Nour Ain Vit-C Serum (Not120503660k))
6.Nour Ain Multi-V Cream (Not120600653k)
(sumber google)


Banyak kan produk dari Nour Ain ni tapi CR tak pakai semua , CR pernah pakai sabun dan foundation dia. Tahun ni baru nak cuba serum dia. Jom kita tengok apa yang ada dalam setiap produk dia.

NourAin Beauty Care

Nour Ain Beauty Soap

Sabun ni produk pertama yang CR pakai sehingga kini. Dulu packaging sabun ni lain, sekarang dah upgrade makin kemas. :) Senang nak simpan sabun tu bila dah potong kecil-kecil.

Nour Ain Beauty Soap

Kandungan : Water,Cocos Nucifera Oil,Olive Oil

Berikut merupakan kebaikan sabun NourAin ni:

  1. Bertindak sebagai agen pembersih
  2. Menjadikan kulit yang gebu dan lembut
  3. Penggunaan yang berterusan akan meredakan pertumbuhan jeragat dan jerawat
  4. Meresap jauh ke setiap liang roma untuk menyinkirkan kotoran yang terpendam
  5. Mengawal penghasilan melamin agar kulit cerah berseri
  6. Sesuai untuk lelaki dan wanita,remaja dan dewasa

NourAin Vit-C Serum

NourAin Vit-C Serum

Berikut merupakan kebaikan Vita-C Serum ni:

  1. Bertindak sebagai perawatan terapi pada kulit
  2. Mampu mengatasi masalah radangan kulit
  3. Menyediakan vitamin C semulajadi pada kulit yang tidak bermaya
  4. Kulit menjadi lebih anjal, tegang dan lembap,bebas dari garis halus dan kedutan (anti penuaan,tanpa suntikan)
NourAin Vit-C Serum


NourAin Vit-C Serum

Cara penggunaan Vita-C serum pun amat mudah. Hanya perlu titiskan beberapa titis pada tapak tangan, sapukan pada kulit yang bersih pada seluruh wajah dan leher, Biarkan beberapa saat hingga meresap pada seluruh kulit sepenuhnya. CR guna sebelum pakai makeup pergi kerja dan sebelum tidur.

Harap sangat kulit CR makin elok sebab liang pori CR jgak besar dan juga masalah whitehead yang selalu singgah di hidung tu. Stghesss ase. Lagi-lagi ada masalah emosi tahun lepas, memang makin rancak jerawat dan whitehead keluar gara-gara hormon tidak stabil. huhu. Doakan kulit CR makin sihat yer!

update : CR dah stop pakai Nour Ain. Bukan sebab ada kesan sampingan tetapi CR sejenis yang suka bertukar produk. Hehehe

© Blog Cik Renex