Hello Februari!

Hello Februari!

Hello Februari! | Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar kita dah memasuki bulan kedua bagi tahun dua-kosong-satu-lapan iaitu bulan Februari. Bulan Februari memang di nanti Cik Renex kerana ia adalah bulan kelahiran Cik Renex. Siapa yang lahir bulan Februari kita geng. :)

Apa yang berlaku bulan Januari? Tiada apa yang perlu dithrowback kerana semua yang berlaku sepanjang bulan Januari berjalan seperti biasa tiada apa yang menarik. Misi "Cik Renex Jalan-Jalan" pun tiada lagi cuma CR ke Kluang dan Segamat sahaja. hee 




Oh ya, untuk bulan lepas juga CR berjaya habiskan menonton drama korea yang bertajuk 'I'm not A Robot'. Siapa yang tak tengok lagi kdrama baik la korang layan. Best dan comel sangat drama ni. Pernah dengan alergi dengan "Human contact" ? Hero drama ni mengalami penyakit ni disebabkan masalah tidak percaya kepada manusia. Mujur la ada Aji 3 yang berjaya mengubah segalanya. Macam mana dia ubah? Kena tengok drama ni dari mula sampai habis. :)
Hello Februari!
Dan seperti bila masuk bulan baru kena la belek-belek planner dan plan apa yang patut untuk bulan Februari ni. Awal-awal bulan ni rajin lah sikit nak hias planner bagi awal-awal bulan ni. Bila dah sampai penghujung tahun mula la kosong je planner tu. Ni antara set aksesori untuk menghias planner. Yang biasa-biasa je barang CR , beli pun di Mr DIY jer. Kalau CR pergi Mr. DIY dan ke bahagian alat tulis memang lama CR bertapa dalam tu. Rasa macam nak beli semua sticker dan note book yang dijual disitu. Sticker yang ada disitu pun juga sangat-sangat menggoda untuk beli bagai memanggil suruh beli.


Planner korang lak macam mana? Mesti cantik-cantik kan. Share la nanti yer. Bye 

4 comments

  1. Ciktie tak sempat nak tulis lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Cutenya planner dia.. semoga apa yg dirancang berjalan dgn baik

    ReplyDelete
  3. Ohh Siqah suka sangat I’m Not A Robot! Hero handsome sangat. Aww 😍

    Comelnya planner Reen. Planner Siqah nampak serabut. Baru belajar guna kan. Beriya jugak beli sticker kat Mr DIY tapi guna sikit je dulu. Hehe. Nanti Siqah hiaskan planner.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex