Makan Piza Cheese-Sang Cheesy Bites dengan BFF

Makan Piza Cheese-Sang Cheesy Bites dengan BFF | Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ini nak bercerita mengenai kisah makan-makan Cik Renex bersama kawan-kawan CR pada Sabtu baru ni. Keluar ni pun semata-mata untuk makan piza dan balik sebab last minit punya plan. Kawan CR whatsapp CR tanya ada mana dan terus kami bincang bila nak jumpa.Ingatkan nak jumpa lepas Maghrib tapi kawan ni ada hal pulak dengan mak dia, dan esok pagi-pagi Subuh nak balik KL dah sebab kerja. Jadi,plan la jumpa lepas Asar. 


Kawan CR


Ini lah yang berjaya keluar projek last minit kami ni. Selalunya memang yang jadi plan tu bila last minit punya plan. Kalau plan sebulan awal confirm tak menjadi nya. Haha. Ini adalah antara kawan rapat CR sejak dari umur tujuh tahun lagi sehingga sekarang; Intan, Azuwa dan Sapik. Muka kami juga adalah muka yang rajin pergi kenduri kahwin sebab kami masing-masing bujang lagi. Hehe. Tukang belanja haruslah Abam Sapik yang solo Hero disitu. Terima kasih Sapik belanja kami. :) 

Sebelum setuju nak keluar , haruslah menjadi masalah nak lepak kat mana. Mak Intan ajak lepak kantin Sekolah lama kami jer. hehe. Last-last kami ke Pizza Hut Temerloh. CR tunggu tepi jalan umah je, naik dengan kereta Intan. Sampai sana ramai jugak orang nasib ada tempat duduk. Seat kegemaran CR ada pulak orang duduk, takkan nak halau kan?ahahhah


Piza Cheese-Sang Cheesy Bites

Cheesey-Sang Cheesy Bites adalah pilihan kami. Menu baru kan , kenalah pilih nak rasa. :) Piza Cheese-Sang Cheesy Bites ini sebenarnya dilengkapi dengan lapan belas kerak piza penuh dengan cheddar cheese dan mozarela. Atas nya pula ada udang tempura yang ranggup dan nanas yang dihidangkan di atas sos telur masih keemasan. Rasanya? Bagi CR sedap dan cheese dia pun tak muat. Mungkin sebab CR adalah penggemar cheese yang tegar. Udang dia pun ranggup. 

Piza Cheese-Sang Cheesy Bites

Set yang kami ambil ini juga dihidangkan sekali dengan Piza Pan size regular. New Orlean drummets dan Mama Mia kami tambah. Sedap!


Piza Cheese-Sang Cheesy Bites

Yang ni pun termasuk sekali dalam set iaitu udang tempura dilengkapi dengan telur masin keemasan, hidangan pembuka selera, empat minuman dan empat aiskrim. Memang kenyang yang amat sangat kami. Sambil borak sambil makan. Itu pun piza tak habis dan CR bungkus bawa balik. Memang berbaloi ambil set ni.


cheese sang cheesy bites

Ini set yang kami ambil; "Golden Prosperity Meal". Sesuai untuk hidangan tiga atau empat orang. Ada lagi set kombo lain yang menarik dan hebat iaitu "Double Happiness Meal" RM45.80 dan "Double Fortune Meal" RM42.80.
.
.
Ada yang dah pernah rasa ke Cheese Sang ni? Apa komen anda pulak?

16 comments

  1. pizza kalau makan waktu panas-panas bestlah..bila dah sejuk tak sedap dah

    ReplyDelete
  2. sedapnya pizza, opsss, ok tgh diet. haha!

    ReplyDelete
  3. I love pizza so much!! But this one belum pernah hadam lagi heheh ^^ Tapi baru tengok pun dah tau sedap! Weee :D high five sikit sebab Hana pun peggemar cheese! ^^

    ReplyDelete
  4. Tak rasa lagi cheese ni. Nampak sedap tambah lagi bila ada perkataan cheese di situ. Hehe

    ReplyDelete
  5. sedapppp. tried this last time tp x sempat n lupe nak post anything about it. haha

    ReplyDelete
  6. Waduhhhh nampak sedap bangat tu. Nak kena try juga. Best tu bila cheese tak muak. Boleh makan banyak2.

    ReplyDelete

  7. cheese sang tu sedap...! Hari tu pakcik belanja, makan bertambah.. huhu...

    ReplyDelete
  8. lama tk mkn kt pizza hut..wah ada salted egg prawns menarik tu

    ReplyDelete
  9. uuuish tergoda. i is kenot laa tengok pizza2 ni rasa nak makan jugak. hihi..

    ReplyDelete
  10. CCL pun penggemar cheese . Tengok gmbar ni pun dh terliur la

    ReplyDelete
  11. Nmpak macam sedap, boleh try ni

    Bantulah Tarot dalam fundraising ini, Tarot amat menghargainya
    http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete
  12. Lamanya busyra tak makan piza.. sedap pulak tngok. Hehe

    ReplyDelete
  13. Tak rasa yang ini.. Tengok gambar tu nampak menyelerakan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex