Cantik dengan Dianz Vitamin




Cantik dengan Dianz Vitamin | Pernah dengar tak produk Dianz? Cik Renex pernah dengar produk ni dan tahu juga mengenai serba sedikit tentang dianz vitamin ni. Produk Dianz sebenarnya sudah lama bertapak di kalangan kita iaitu semenjak 2012. Dengan trademark "Hisap-hisap terus Cantik" kita pasti akan jadi tak sabar nak cuba kan. Siapa yang taknak cantik? huhu. Antara produk yang diperkenalkan oleh Dianz adalah Dianz Vitamin, Dianz Vitamilk, Nano Lightener cream dan Dianz Perfume. 




Cik Renex adalah sejenis manusia yang malas sikit nak makan supplement. Tapi mengenangkan umur yang semakin meningkat ni dan terasa kulit muka makin kusam makanya memang kena ambil juga something yang boleh cover kekusaman wajah CR ni. Jadi bila diperkenalkan dengan Dianz Vitamin ni, CR ada juga buat research serba sedikit untuk khasiat vitamin C dan E. Memang tak dinafikan kedua-dua vitamin sangat penting untuk kulit kita.

Yang menjadikan CR lagi tertarik nak makan produk ni adalah kerana ianya dalam bentuk tablet. So, kita hanya perlu makan tablet tu sebiji sehari, hanya perlu hisap-hisap sahaja. Mana-mana yang memang tak suka supplement jenis cecair memang elok sangat amalkan Dianz vitamin ini kerana kita perlu hisap sahaja. Rasa dia sangat lah sedap, macam boleh abiskan sebotol tu dalam beberapa hari je. hewhew.


Jangan risau atau ragu-ragu nak amalkan supplement ni kerana Dianz Vitamin telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah akta farmasi : MAL16095012NC.



Moh kita baca apa kandungan dalam produk ni. 

Kandungan & Fungsi
  • Vitamin C berasaskan Oren untuk merawat parut/jerawat/jeragat.
  • Vitamin E berasakan Maquiberry untuk melembapkan kulit.
  • Kolegen asli berasakan ikan Talapia untuk kulit lembut dan gebu.
  • Extra Glutathione sebagai antioksida dan menggandakan kesan pencerahan.
  • Extra Ascorbic Acid untuk lebih kuasa penyerapan vitamin dalam tubuh.

Kelebihan Produk
  • LIMA kali ganda lebih cepat penyerapan EXTRA Glutathione dan Ascorbic Acid.
  • Baik untuk tumit kaki , rambut dan kuku
  • Berperisa Berry (masam-masam manis)
  • Tiada gelatin dan 100% Halal
  • Produk Muslim dan kilang bertaraf GMP.
PANTANG LARANG!!
  • ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN DAN BERGAS UNTUK KESAN BERGANDA
  • Minum banyak AIR PUTIH 
  • Jarakkan pengambilan ubat ubatan/jamu lain sekurang-kurangnya 3 jam.

Selepas beberapa minggu amalkan Dianz vitamin ni, kulit CR dah makin kurang kusam. Selalu bila muka tak pakai bedak atau foundation, memang nampak kekusaman tu. Bila CR tanya mak CR dia cakap muka makin okay dan cerah berbanding biasa. Kulit CR memang jenis gelap maka nak jadi putih melepak tu memang tak lah, tapi ada perbezaan dahulu dan sekarang. 


Macam mana nak dapatkan produk Dianz??

Boleh hubungi Tiqahanum. Trusted seller from Dianz.

Instagram : @tiqahanum
FB page : www.facebook.com/Ikari-shoppe
Whatsapp : +6013-6999876

Hisap-hisap terus cantik!

Sebelum berakhir, jom kita tengok beberapa testimoni.




4 comments

  1. wah gebu gebas la cik renex lepas ni hii..

    ReplyDelete
  2. Ccl pun umur makin meningkat , tapi tak pernah apply sebarang supplement mahupun luaran dan dalaman . Lepas ni CCL nak try supplement ni

    ReplyDelete
  3. akk pon malas sket nak amek supplement. smapai skang. lagi suka makan ulam je

    ReplyDelete
  4. wahhh. smuanya purple! dian mmg ramai ckp bagus ..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex