Waris Run Karnival Warisan Uitm Jengka
Bulan lepas, Cik Renex berpeluang untuk menyertai larian lagi selepas larian FitMalaysia . Pada kali ini larian ini diadakan sempena Karnival Warisan di Uitm Jengka Pahang. CR sertai larian ini bersama-sama dengan kakak dan abang ipar. Dapat tahu event ni pun dari facebook, jadi dah alang-alang memang tarikh tu akk balik jengka, terus la suruh dia daftarkan.
Ini sebenarnya program untuk pelajar Uitm Jengka tetapi dibuka juga untuk orang awam. Bayaran hanya RM20 untuk dapatkan tshirt dan beg seperti gambar di bawah ini. Medal tidak disediakan untuk orang awam tetapi hanya akan dapat sijil sahaja. Frust jugak sebab tak de medal sebab aim memang nak medal jer. Hahaha
Cantik tak begnya? CR suka sebab warna merah. Hehe.
Semua peserta perlu berdaftar di kaunter pendaftaran bagi mendapatkan beg yang berisi air dan roti. Macam CR peserta awam, baru dapat tshirt masa hari kejadian. Makanya kena lah tukar tshirt dulu. Ramai juga pelajar Uitm yang joinnya. Bagus adik-adik ni. Zaman akak dulu takde funrun ni, nak aktif kena join program yang dianjurkan kolej je. :)
Sebelum memulakan larian, kami bersenam terlebih dahulu yang diketuai oleh ketua mereka. Kena la longgar2kan apa yang patut kan tak de la urat terkejut nanti tiba-tiba pecut 3km. haha
Masa ni pelajar lelaki dilepaskan berlari terlebih dahulu baru diikuti oleh kami si gadis-gadis ni. Rupanya pelajar-pelajar telah diberitahu untuk membawa kain batik bagi perempuan dan kain pelekat bagi pelajar lelaki. Patutlah semua bawa, kami yang peserta orang awam ni tak tahu makanya tak bawa lah. Kain pelekat dan kain batik itu adalah simbol kepada warisan kita sempena Karnival Warisan yang dianjurkan itu.
Pada awalnya, CR berlari beriringan dengan kakak CR tetapi lama kelamaan CR dah tak mampu nak berlari,rasa nak berjalan je. Jadinya Kakak CR je la berlari dengan semangatnya. huhu. CR kejap lari kejap berjalan lepas tu berlari semula. Dan akhirnya sampai dan berjaya tamatkan larian 3km.
Tak banyak khemah disediakan,jadi CR duduk la bahagian belakang sekali sebab panas yang amat. Ada cabutan bertuah dan juga penyampaian hadiah bagi pemenang. Kakak CR dapat tempat ke 3 perempuan dan abang ipar dapat tempat ke 2 lelaki dalam kategori orang awam. CR dapat no berapa?Lima kot sebab hadiah dapat sampai no 3 sahaja.
Bukan nak sangat hadiahnya tapi untuk kesihatan sahaja. CR berat dah overweight,jadi perlulan aktiviti sihat sebegini sebelum orang tak leh nak bezakan mana CR mana tong air. hehehe
CR dan Kakak CR. Bukan gaduh sebab CR kalah dia menang tapi penat yang amat. hee.
seronok aktiviti camnie.. Sihat dan bersosial.. Suka gak beg merah tu.. sebab dia merah.. kikiki
ReplyDeleteyeay gengg :) hehe
Deletewahhh bestnya g karnival
ReplyDeletehee besttt :)
DeleteSambutan memberangsangkan juga CR..
ReplyDeleteSis suka cara CR, participated bukan sebab hadiah tapi untuk kesihatan..
Satu kemenangan juga pada diri sendiri..
Kalau ana awal2 dah surrender berjalan je sampai ke akhir garisan. Tak pernah join running event wau teringin juga.
ReplyDeleteAktiviti yang bagus.
ReplyDeleteBestnya join event run. kin x pernah join lg mana2 event. teringin jugak
ReplyDeleteBestnye ade aktiviti camni.. Rinduuu zaman studyyy hihi
ReplyDeleteSalam sejahtera
ReplyDeleteTerima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.
Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html
syoknya dapat join run mcm ni..tp Umi ni makin malas ler pulak hehe
ReplyDeleteHusniey teringin juga nak join larian macam ni, macam CR kata sebab berat dah overweight. Bila ada program macam ni baru kita aktif bersukan kan..
ReplyDeletebestnyaaaa joinnn :D boleh sihatkan badan kan
ReplyDeletebestnya akak. satu pngalaman menarik.. busyra nmpak beg tu je. cantik! hehe
ReplyDeleteteringin nak join run, kne slow2 dah ni join, just workout setempat je. huhu
ReplyDeletemek aktiviti lari lari macam ni la yang mek tak join. hahah. daripada zaman skolah lagi mek memang tak join aktiviti lari. tak suka. hahah. tp sronok tgk orang lari sebabkan fitkan diri. mek support CR join aktiviti mcm ni.
ReplyDeleteha ha ha aida suka bwk anak aje, mek.
Deleteaida sendiri, tak kuasa la nak lari-lari ha ha ha :)
memang bagus fit malaysia ni.
ReplyDeletekat sini ari tu aida tak join.
sebab kebetulan anak2 ada skola tambahan.
bila gi ramai2, meriah dan enjoy.