Bermalam di AnCasa Royale Pekan Pahang

May 26, 2018

Assalamualaikum dan Hi. Kali ini Cik Renex ingin berkongsi pengalaman bermalam di sebuah hotel yang terletak di Pekan Pahang iaitu AnCasa Royale Pekan Pahang yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini mula di buka sejak Mei 2014. 

AnCasa Royale Pekan ini adalah salah satu dari Ancasa Hotels & Resort yang merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA). Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur , Ancasa Residences Port Dickson,Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.


AnCasa Royale Pekan Pahang

Pemandangan dari luar dan sememangnya dari jalan raya kita dah nama hotel ini kerana ianya terletak  berhampiran dengan jalan utama, makanya confirm takkan sesat. Ancasa Royale Pekan ni mempunyai 133 bilik semuanya yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1 unit Executive Suite and 1 unit Premier Suite. 


Hotel di pahang

CR berpeluang menginap selama semalam disini dan itupun tidak puas sebab rasa sayang nak tinggal bilik yang cantik. hee. Seperti biasa masa check in adalah jam 2 petang dan check out jam 12 tengah hari. CR sampai lambat , jam 4.30 baru check in sebab gerak dari rumah lambat. Jangan risau kalau tak tahu jalan, guna sahaja waze atau maps, memang ia akan bawa kita ke sini tanpa sesat. InshaAllah


Hotel Pahang

Sampai-sampai terus ke kaunter dan urusan untuk check in pun sangat cepat. :) CR menginap di bilik Deluxe Premier Twin. Harga untuk semalam adalah RM230 termasuk dengan sarapan. Jika taknak termasuk sarapan, harga hanya RM190. 

Bila masuk kedalam bilik tu , CR sangat teruja sebab bilik luas sangat dan dekorasi yang cantik. Dua katil single pun rasa dah besar tu untuk tidur.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Selesa sangat duduk dan tidur disini. Rasa macam nak jadikan bilik ni rumah sendiri. Bagi CR bilik ini luas sangat sehinggakan boleh main kejar2 dalam tu. 



Hotel murah di pahang

AnCasa Royale Pekan Pahang

CR paling suka sudut sini. Sofa yang boleh kita duduk atau baring santai di tepi tingkap sambil melihat pemandangan sungai pahang. Kalau ada yang bawa novel , tempat yang sesuai untuk baca disini.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Ini adalah view dari bilik CR bila duduk di kerusi yang empuk tu. Nampak tak ada kolam untuk kita berendam sampai puas dan juga taman permainan untuk anak-anak habiskan masa bermain selain dari mandi di kolam. Masa operasi kolam dari 7 pagi sehingga 7 malam. CR tak sempat nak berendam haritu.Maybe next time.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Bilik ini dilengkapi juga dengan TV LED 39inch. Sempat lah layan drama Qalbu separuh lepas habis event kami malam tu. Channel tv ini dilengkapi dengan chanel biasa seperti TV1 , TV2, TV3 , Astro Ria , NTV7, HBO dan banyak lagi. Takde lah siaran bosan sangat kan. 

AnCasa Royale Pekan Pahang

AnCasa Royale Pekan Pahang

Bilik air di Ancasa Royale Pekan juga sangat luas. Ruang untuk mandi shower di asingkan dan bath tub juga sangat besar tapi tak sempat nak berendam lama situ. haha. Bilik air dia sangat bersih.

Antara yang kemudahan lain yang diberikan adalah :

1. Bathrobe/tuala
2. Hair Dryer
3. Wifi
4. Mini Peti ais
5. Sterika
6. Surat Khabar
7. Kit menjahit
8. Pemanas Air


Sedikit footage untuk bilik di Ancasa Royale Pekan



Sempena bulan Ramadhan ini juga, Ancasa Royale Pekan turut mengadakan buffet ramadan juga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa hidangan berbuka puasa mereka yang sangat sedap dan banyak pilihan. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buffet ramadan mereka. 



Alamat :
Ancasa Royale Pekan, Pahang
No 2670, Kampung Peramu,
Jalan Pekan - Kuantan, 
26600, Pekan, 
Pahang Darul Makmur.

Telefon :
+609-424 6600 / 
KL Sales Off: +603 – 20266060 ext 7206

Faks
+609-424 6700

Emel untuk tempahan :
ar.reservation@ancasahotels.com


website :

Lirik Lagu OST Klik! Pengantin Musim Salju - "Sebenarnya" ; Alif Satar dan Siti Nordiana

May 25, 2018

 "Sebenarnya" ; Alif Satar dan Siti Nordiana



Siapa di sini layan drama Klik!Pengantin Musim Salju? Aku kadang tak sempat nak layan sebab masa tu berbuka puasa kan. Sempat tengok hujung2 je dan tunggu ulangan je la kalau ada. Tertarik nak tengok cerita ini sebab ada hero dan heroin ni. hehe. Drama ni juga diadaptasi dari novel Klik! Pengantin Musim Salju karya Suri Ryana.


Dan macam biasa, aku suka lagu Ost drama ni. Siti Nordiana memang penyanyi favourite aku. Dan Alif Satar memang tak dapat dinafikan suara dia memang best. Jom tengok lirik lagu yang CR sertakan sekali ni. Di youtube masih tiada lagi MV official. Tapi boleh di dengar di Spotify atau itunes.



Lirik Lagu OST Pengantin Musim Salju 

"Sebenarnya"

Alif Satar dan Siti Nordiana


Ku tau kita saling melukai
Walau telah berkali
Kau masih disini

Dan bila ku berjauhan
Membuat ku sedari 
Dirimu terbaik buat aku

Apalah aku tanpa kasih dan sayangmu
Terimalah maafku oh sayangku

**Sebenarnya telah lama
Ku jatuh hati padamu
Bagaimana harus aku
Nyatakan cinta padamu

Sebenarnya telah lama
Ku menantikan dirimu
Ku harap kau pun juga begitu**

Hatiku tidak pernah meragui
Tak pernah pun sekali
Kerna ku masih menyayangi

Apalah aku tanpa kasih dan sayangmu
Terimalah diriku oh sayangku

ulang **

Bagaikan bidadari 
Kau beri hidup erti

Saat diri mencari cahaya
Kau disana menunggu diriku
Terus mencintaiku





Ancasa Royale Pekan Pahang berbuka puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf

May 21, 2018

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan untuk melakukan amal kebaikan dan kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan)” Maka sesungguhnya bertuahlah kita kerana berpeluang untuk mengimarahkan bulan yang penuh barakah ini dengan berbuat amal kebaikan.

Ancasa Royale Pekan Pahang tidak ketinggalan juga dalam membuat amal kebaikan. Pada 19 Mei 2018 baru ini, majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada 50 orang Anak Yatim dan Asnaf dari SK Sri Maulana telah berlangsung dengan  suasana meriah dan penuh keinsafan.Majlis berbuka puasa diadakan di Saffrin Brasserie Ancasa Royale Pekan.




Sebelum majlis berbuka puasa, warga kerja Ancasa Royale Pekan,Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga hari ini.

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azman Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada mereka. Pada masa yang sama juga, mereka juga menerima sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan ramadan.


Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang


Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi dan bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mempererat kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat " ujar beliau.

Bila tiba masa berbuka puasa, tetamu yang hadir dapat merasa pelbagai hidangan yang enak yang berkonsepkan 'Kampung Boy' yang pastinya akan menggamit memori nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta melepaskan kerinduan dengan masakan bonda.

Disini CR kongsikan beberapa menu dari Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan ni. Banyak sangat makanan yang disediakn sehingga tak tahu nak mula dari mana berbukanya. hee


Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Aneka manisan yang pasti membuat kita ingin merasa semuanya.

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Ancasa Royale Pekan Pahang
Kegemaran Cik Renex. Kambing Golek

Ancasa Royale Pekan Pahang
Murtabak yang menggodaaaa sungguh

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Aneka Mee

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Roti yang boleh dimakan dengan sup kambing

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Shell out dia memang terbaikkkk. Kuah dia sangat sedap.

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Bersama dengan sebahagian daripada Blogger yang turut hadir memeriahkan.
Dari Kiri : Zaza, K.Ida, PR Aliah , Cik Renex, PR Wana, Husniey dan Ray

Sekitar majlis 


Takkan tak terliur tengok makanan yang dihidangkan di Ancasa Royale Pekan ni? Kepada mereka yang ingin merasai masakan persis air tangan ibu ,boleh la dapatkan Baucar Ramadan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk DEWASA dan RM40 untuk KANAK-KANAK. Untuk membuat tempahan, boleh hubungi talian 09-4246600 untuk mendapatkan kadar terbaik.

Chefmanship Akademi mendidik pengendali makanan dengan pengurusan sisa dan lebihan makanan sebelum bulan berbuka puasa

May 20, 2018

Unilever Food Solutions bekerjasama dengan MBKT sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia

Chefmanship Akademi (CA) yang dekelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan modul yang terbaru, dengan menumpukan perhatian pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali supaya memperbaiki dan memperolehi pandangan mendalam program inovatif kami.

Unilever Food Solutions (UFS)



CA menekan pada keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik.

Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

Chefmanship Akademi
Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen

Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA.”

Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada hampir 1.1 juta tan setahun.


Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

 Unilever Food Solutions (UFS)

Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.


“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.

 Unilever Food Solutions (UFS)

Chefmanship Akademi (CA) yang dekelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS)




UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.



“Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.

Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik.
Chefmanship Akademi (CA) yang dekelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS)

Chefmanship Akademi (CA) yang dekelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS)
“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata.

Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.

Photobook Murah disini hanya RM25

May 18, 2018

*TEMPAHAN DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU. MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN"

Assalamualaikum dan Hai. Salam Ramadhan pada semua yang berkunjung ke Blog Cik Renex yang makin lama senduu keupdatetannya. Hari ni CR ingin berkongsi mengenai satu lagi bisnes kecil CR iaitu membuat album bergambar atau lebih dikenali dengan nama PHOTOBOOK. Apa tu? Tak pernah dengar pun. Baca sehingga perkataan terakhir inshaAllah akan tahu apa itu Photobook. :)

CR rasa kebanyakkan dari kita pasti menyimpan banyak gambar dalam memori handphone mahupun kad memori. Ada juga yang suka 'burn' gambar dalam CD atau simpan didalam hardisk.

Simpan dalam pendrive, hp dan memori kad tu tinggi risikonya. CR pernah mengalami keadaan sebegitu. Gambar-gambar dalam laptop hilang sebab laptop kena virus dan tak boleh on.

Hantar kedai pun kena format semula then tidak dapat backup sebab virus. Sedih sangat sebab dalam laptop tu banyak gambar arwah Abah dan zaman degree di UTM Skudai. Tapi nak buat macam mana, terpaksa terima yang gambar semua tu hilang begitu sahaja.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, CR nekad untuk men'cuci' gambar yang ditangkap paling kurang 2 bulan sekali bagi memastikan ada kenangan. Tetapi itu lah kekangan masa jugak nak print2 gambar ni.

Jadi langkah seterusnya adalah CR ingin membuat Photobook utk sesetengah aktiviti yang bermakna contoh macam bercuti ke Kuala Terengganu ke, majlis hari jadi ke dan sebagainya. Sekarang kan tengah viral photobook murah tu. Tapi yang tu hanya 20 mukasurat yang CR ni 40 mukasurat. CR pun ada wat jugak yang viral tu.


CR juga membuka tempahan untuk mana-mana yang berminat untuk tempah photobook yang CR buat ni. Hanya tinggal hantar gambar dan CR akan editkan template semua. Khas untuk orang yang tiada kelapangan masa untuk edit gambar.heee.

Photobook Murah


Di atas ini adalah salah satu Photobook yang menjadi tempahan paling ramai iaitu Mini Softcover Photobook yang berharga RM25 termasuk dengan postage. Photobook ini bersaiz 6inci x 6 inci dan ada dalam 40 muka surat. Gambar yang boleh di letakkan dalam 40 sehingga 80 gambar. Banyak kan?



Jom tengok video photobook BCR ni.









Feedback dari beberapa orang pelanngan CR. Alhamdulillah. 😊

Photobook Murah RM25

Photobook Murah RM25



Photobook Murah RM25

Photobook Murah RM25


Selain dari Mini Square, terdapat banyak lagi size photobook yang boleh CR buatkan. Untuk hardcover pun ada. 

Photobook Murah RM25

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lagi boleh whatsapp Cik Renex yer .klik link di bawah

Selamat Hari Jururawat

May 12, 2018

Pada tanggal 12 Mei; setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Jururawat. Begitu juga di Malaysia, ianya disambut sebagai mengenang jasa jururawat yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, bertungkus-lumus siang dan malam dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengenal penat lelah. Tidak dapat dinafikan bahawa profession kejururawatan sememangnya pekerjaan yang mulia.

Selamat Hari Jururawat
Keychain Comel dari BYCIKRENEX. Berminat boleh PM Cik Renex


Namun, disebalik tarikh 12 Mei juga, ianya diambil sempena mengingati hari kelahiran seorang jururawat Inggeris iaitu Florence Nightingale pada tahun 12 Mei 1820. Dia juga dikenali sebagai "The Lady with the Lamp" kerana pada zaman perang Crimean (1853-1856), beliau selalu melawat pesakit-pesakit (askar-askar) pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan.

Sekiranya di imbas kembali, Jururawat Yang Pertama dalam Islam adalah Rufaidah Bint Sa'ad (570-632 M). Beliau hidup pada zaman Rasulullah, melibatkan diri dalam medan pertempuran sebagai jururawat. Rufaidah mempelajari ilmu perawatan untuk membantu ayahnya. Ayahnya pula merupakan seorang doktor. Rufaidah juga terlibat dalam beberapa peperang, dan peperangan tersebut turut disertai Rasulullah s.a.w. antaranya : Perang Badr (17 Ramadan 2H=17 March 624M), Perang Uhud (11 Syawal 3H=26 March 625M), Perang Khandaq/Ahzab (Syawal 5H=March 627M) dan Perang Khaybar (7H=629M).

Beliau digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain.Antara beberapa wanita yang bekerja sama dengan Rufaidah adalah Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun. Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal sahaja, malah turut melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca masalah sosial yang boleh menyebabkan timbul beberapa penyakit. Keperibadian beliau digambarkan seorang yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan keperimanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat

Antara jururawat muslimah terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah bint Abi Qays al Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al Ansariyah dan Nusaibah bint Ka'ab al Maziniyyah.
Disebalik 12 Mei sempena mengingati Florence Nightingale, kita terlupa akan Rufaidah yang telah menjalankan tugas sebagai jururawat 1,188 tahun sebelum Florence Nightingale dilahirkan.  

© Blog Cik Renex