Ancasa Royale Pekan Pahang berbuka puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan untuk melakukan amal kebaikan dan kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan)” Maka sesungguhnya bertuahlah kita kerana berpeluang untuk mengimarahkan bulan yang penuh barakah ini dengan berbuat amal kebaikan.

Ancasa Royale Pekan Pahang tidak ketinggalan juga dalam membuat amal kebaikan. Pada 19 Mei 2018 baru ini, majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada 50 orang Anak Yatim dan Asnaf dari SK Sri Maulana telah berlangsung dengan  suasana meriah dan penuh keinsafan.Majlis berbuka puasa diadakan di Saffrin Brasserie Ancasa Royale Pekan.




Sebelum majlis berbuka puasa, warga kerja Ancasa Royale Pekan,Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga hari ini.

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azman Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada mereka. Pada masa yang sama juga, mereka juga menerima sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan ramadan.


Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang


Menurut Encik Shah Azam, "Konsep memberi dan bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mempererat kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat " ujar beliau.

Bila tiba masa berbuka puasa, tetamu yang hadir dapat merasa pelbagai hidangan yang enak yang berkonsepkan 'Kampung Boy' yang pastinya akan menggamit memori nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta melepaskan kerinduan dengan masakan bonda.

Disini CR kongsikan beberapa menu dari Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan ni. Banyak sangat makanan yang disediakn sehingga tak tahu nak mula dari mana berbukanya. hee


Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Aneka manisan yang pasti membuat kita ingin merasa semuanya.

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang

Ancasa Royale Pekan Pahang
Kegemaran Cik Renex. Kambing Golek

Ancasa Royale Pekan Pahang
Murtabak yang menggodaaaa sungguh

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Aneka Mee

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Roti yang boleh dimakan dengan sup kambing

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Shell out dia memang terbaikkkk. Kuah dia sangat sedap.

Buffet Ramadan Kampung Boy Ancasa Royale Pekan Pahang
Bersama dengan sebahagian daripada Blogger yang turut hadir memeriahkan.
Dari Kiri : Zaza, K.Ida, PR Aliah , Cik Renex, PR Wana, Husniey dan Ray

Sekitar majlis 


Takkan tak terliur tengok makanan yang dihidangkan di Ancasa Royale Pekan ni? Kepada mereka yang ingin merasai masakan persis air tangan ibu ,boleh la dapatkan Baucar Ramadan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk DEWASA dan RM40 untuk KANAK-KANAK. Untuk membuat tempahan, boleh hubungi talian 09-4246600 untuk mendapatkan kadar terbaik.

12 comments

  1. Fuh, menarik betul menu di Ancasa Royal ni...

    ReplyDelete
  2. Menarik menu yang ada. Macam macam ada

    ReplyDelete
  3. fuhh, best2, sambut dgn anak2 yatim, moga terus dimurahkan rezeki. =)

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat selfie bersama blogger

    ReplyDelete
  5. bagus ni... tak lupa pd insan2 yg perlukan perhatian

    ReplyDelete
  6. eyh tk jumpa lagi hotel buat shellout. good ! tkleh tgk muka ank yatim. sayu. rasa nak menitik air mata. teringat ank dekat rumah.

    ReplyDelete
  7. Tahniah pada Ancasa Royale kerana prihatin pada anak2 yatim.. Menu menu dia semua sedap belake.. 😍
    Seafood shellout tu sedapnyaa.. Dessert.. 😍

    Oh tak boleh move on lagi rasanya ni

    ReplyDelete
  8. Wah meriahnyaaaa. Alhamdulillah semoga event macam ni dapat gembirakan hati anak-anak yatim tu. Eh tak dapat trace pulak mana pergi kak Lea dalam gambar tu?

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan CR..
    Betul kata Husniey, tumpang gembira bila ada agensi / organisasi yang prihatin meraikan anak yatim. Menu pun sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
  10. sedap belako makanan n minuman yg disediakan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Acara yang menarik..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Ancasa atas keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. Sedap2 semua menu tu reen.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex