Bermalam di AnCasa Royale Pekan Pahang

Assalamualaikum dan Hi. Kali ini Cik Renex ingin berkongsi pengalaman bermalam di sebuah hotel yang terletak di Pekan Pahang iaitu AnCasa Royale Pekan Pahang yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini mula di buka sejak Mei 2014. 

AnCasa Royale Pekan ini adalah salah satu dari Ancasa Hotels & Resort yang merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA). Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur , Ancasa Residences Port Dickson,Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.


AnCasa Royale Pekan Pahang

Pemandangan dari luar dan sememangnya dari jalan raya kita dah nama hotel ini kerana ianya terletak  berhampiran dengan jalan utama, makanya confirm takkan sesat. Ancasa Royale Pekan ni mempunyai 133 bilik semuanya yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1 unit Executive Suite and 1 unit Premier Suite. 


Hotel di pahang

CR berpeluang menginap selama semalam disini dan itupun tidak puas sebab rasa sayang nak tinggal bilik yang cantik. hee. Seperti biasa masa check in adalah jam 2 petang dan check out jam 12 tengah hari. CR sampai lambat , jam 4.30 baru check in sebab gerak dari rumah lambat. Jangan risau kalau tak tahu jalan, guna sahaja waze atau maps, memang ia akan bawa kita ke sini tanpa sesat. InshaAllah


Hotel Pahang

Sampai-sampai terus ke kaunter dan urusan untuk check in pun sangat cepat. :) CR menginap di bilik Deluxe Premier Twin. Harga untuk semalam adalah RM230 termasuk dengan sarapan. Jika taknak termasuk sarapan, harga hanya RM190. 

Bila masuk kedalam bilik tu , CR sangat teruja sebab bilik luas sangat dan dekorasi yang cantik. Dua katil single pun rasa dah besar tu untuk tidur.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Selesa sangat duduk dan tidur disini. Rasa macam nak jadikan bilik ni rumah sendiri. Bagi CR bilik ini luas sangat sehinggakan boleh main kejar2 dalam tu. 



Hotel murah di pahang

AnCasa Royale Pekan Pahang

CR paling suka sudut sini. Sofa yang boleh kita duduk atau baring santai di tepi tingkap sambil melihat pemandangan sungai pahang. Kalau ada yang bawa novel , tempat yang sesuai untuk baca disini.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Ini adalah view dari bilik CR bila duduk di kerusi yang empuk tu. Nampak tak ada kolam untuk kita berendam sampai puas dan juga taman permainan untuk anak-anak habiskan masa bermain selain dari mandi di kolam. Masa operasi kolam dari 7 pagi sehingga 7 malam. CR tak sempat nak berendam haritu.Maybe next time.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Bilik ini dilengkapi juga dengan TV LED 39inch. Sempat lah layan drama Qalbu separuh lepas habis event kami malam tu. Channel tv ini dilengkapi dengan chanel biasa seperti TV1 , TV2, TV3 , Astro Ria , NTV7, HBO dan banyak lagi. Takde lah siaran bosan sangat kan. 

AnCasa Royale Pekan Pahang

AnCasa Royale Pekan Pahang

Bilik air di Ancasa Royale Pekan juga sangat luas. Ruang untuk mandi shower di asingkan dan bath tub juga sangat besar tapi tak sempat nak berendam lama situ. haha. Bilik air dia sangat bersih.

Antara yang kemudahan lain yang diberikan adalah :

1. Bathrobe/tuala
2. Hair Dryer
3. Wifi
4. Mini Peti ais
5. Sterika
6. Surat Khabar
7. Kit menjahit
8. Pemanas Air


Sedikit footage untuk bilik di Ancasa Royale Pekan



Sempena bulan Ramadhan ini juga, Ancasa Royale Pekan turut mengadakan buffet ramadan juga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa hidangan berbuka puasa mereka yang sangat sedap dan banyak pilihan. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buffet ramadan mereka. 



Alamat :
Ancasa Royale Pekan, Pahang
No 2670, Kampung Peramu,
Jalan Pekan - Kuantan, 
26600, Pekan, 
Pahang Darul Makmur.

Telefon :
+609-424 6600 / 
KL Sales Off: +603 – 20266060 ext 7206

Faks
+609-424 6700

Emel untuk tempahan :
ar.reservation@ancasahotels.com


website :

14 comments

  1. Baik ambil pakej sekali dengan makan. Lagi jimat tu

    ReplyDelete
  2. Nampak best ni, nak tenangkan fikiran yang serabut

    ReplyDelete
  3. cantiknya view dia, kemudahan pun lengkap dalam bilik tu

    ReplyDelete
  4. salam kenal..
    macam best sangat bilik2 dia. esp bilik air.
    tak pernah ke Pekan bercuti.. paling2 ke area temerloh.

    ReplyDelete
  5. Bilik nie memang murah tapi nampak mewah sebab dekorasinya tue, memang mengancam sangat terutama part kerusi macam sofa untuk berbaring tue.. Apapun view memang sungai Pahang memang cantik dan menenangkan..

    ReplyDelete
  6. Cantik dan nampak selesa sangat bilik tu reen. View dari bilik pun cun habis. Nak cuba lah stay sini nanti.

    ReplyDelete
  7. wow bestnyer..terasa nak gi holiday jugak tgk CR nii

    ReplyDelete
  8. cantik dan luasnyaa hotel die..

    ReplyDelete
  9. wow.. bestnya CR... akak pun dh lama x bercuti ni... hehe

    ReplyDelete
  10. murah rate nyer semlm. affordable.
    aida lom pernah ke pekan, cik renex.
    maybe one day. gonna stay here.

    ReplyDelete
  11. menarik hotelnya cantik hehe.. lokasi senang dan strategik tu penting. lagi satu CT suka hotel yang senang dapat parking..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex