OST Pengantin 100 Hari, Lirik Lagu Sulit : Aman

June 27, 2018

Assalamualaikum dan hai. Semalam Cik Renex layan drama baru di TV3 yang bertajuk Pengantin 100 hari. Boleh tahan juga jalan ceritanya. Yang penting sekali, CR suka lagu OST drama ni iaitu lagu Sulit nyanyian Aman Aziz. Dulu masa mula2 dengar tak sangka dia yang menyanyi lagu ni , ingatkan Akim yang menyanyi. Memang best lagu ni.

Jom Dengar.




Lirik Lagu Sulit - Aman Aziz


Dapatkah aku melukiskan cinta
Mengarangkan sejuta rasa
Seperti nota dalam mimpi indah
Dikalung kasih selamanya

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama

Seperti angin kau hembuskan rasa
Menerbangkan titipan hati
Seperti madah dalam kamus cinta
Ungkapan itu ku personakan


Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama


Cerita Syawal 2018

June 26, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Lamanya tinggal blog, aishhh. Hari ni baru ada masa untuk menaip. Cemburu tengok blogger yang lain yang begitu semangat menaip dan publish entri setiap hari. :) Rasanya belum terlambat untuk Cik Renex mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua rakan blogger dan pembaca blog ini. Semoga syawal kali ini memberi sejuta makna kepada kalian semua. Ampun maaf dipinta sekiranya pernah terasa hati dengan penulisan CR yer. Maaf Zahir dan Batin.


Jadi, kali ini CR nak berkongsikan kisah Syawal Cik Renex. Syawal CR masih sama seperti tahun sebelum. Masih beraya "single" hehe. Namun begitu, syawal tetap terasa meriah dengan keluarga CR sendiri dan jugak saudara-saudara yang balik ke kampung. CR takde kampung, rumah yang CR duduk sekarang adalah kampung CR dan tunggu je saudara mara datang beraya ke rumah.


Apa tema baju raya korang? Tema keluarga kami adalah warna Navy blue atau biru gelap. Memang setiap tahun CR dan kakak akan pilih satu warna untuk sedondon satu family. Barulah nampak raya. Hee


Tempat wajib ambil gambar time raya. Sepupu pun semua bergambar depan umah ni. Heee

2018

Kat tangga ni pun sama. Tempat wajib ambil gambar hehe. Ni adalah family CR. Tak ramai pun. Ada seorang lagi takde dalam gambar. Dia beraya tempat lain. 

blog cik renex
 Mak saudara, ayah saudara dan sepupu CR.


blog cik renex

Raya kedua pula CR tunggu orang datang beraya ke rumah. Tak banyak sangat pun ambil gambar. Hee. Raya kedua juga CR pergi ke rumah ayah saudara di Felda Triang 1. Malam tu pulak beraya le rumah kawan CR di Kerayong dan juga Temerloh. Gambar pun tak snap jugak. Wat IG story je.huhu


Raya ke tiga,kawan-kawan CR pulak datang beraya ke rumah CR.  Ketiga-tiga mereka ni adalah kawan CR dari sekolah rendah lagi. Tinggal kami je yang bujang lagi makanya selalu la jumpa kan. Kalau dah berjumpa mulalah lama mengonion. Hehe.
blog cik renex
blog cik renex

Raya ke 4 Isnin tu CR dah mula bekerja. Dua orang je bekerja masa tu. Bosan lah jugak menunggu sampai habis waktu bekerja tu. CR kerja sehingga hari Rabu je, Khamis dan Jumaat turn CR pulak untuk bercuti. Heee. Kasi can kita pulak raya sakan kan.


Khamis tu juga, CR dah booking untuk photoshoot gambar raya di white Studio di Temerloh. Lambat sikit photoshoot sebab nak tunggu CR cuti, akak pulak balik umah mentua dan jugak tunggu sikecik Farisha tu balik rumah. Dah lengkap semua baru lah boleh ambil gambar reramai kan.






whitestudio photoshoot raya

whitestudio photoshoot raya

Cantik tak gambar kami? Lama dah teringin nak bergambar satu family di whitestudio,akhirnya misi tercapai. Hiks.
Kalau ada sesiapa berminat untuk ambil gambar boleh terus ke FB beliau. Dijamin puas hati dan harga yang berpatutan.


Itulah sahaja cerita syawal Cik Renex. Cerita syawal anda pula bagaimana? Kalau sudi, share la link nanti CR terjah bila ada kelapangan. Kbyeee.

Dah Bayar Zakat Fitrah?

June 5, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Semua dah bayar zakat fitrah ke? Cik Renex baru je bayar ,kebetulan ada Amil yang datang ke tempat kerja CR. Sebelum2 ni pun ada yang datang juga. Ianya memudahkan pada siapa2 yang tak sempat nak bayar kat luar, jadi dia pun datang ke sekolah. 

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut negeri kan. Jom baca seterusnya untuk tahu berapa yang kena bayar.


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2018

Pada asalnya , kadar zakat fitrah adalah satu sha’ (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg. Dan di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8 kg.

Kadar Bayaran Zakat


Zakat fitrah
DONE! Ingatkan tahun ni ada someone yang bayarkan sebab dah jadi tanggungjawab dia, rupa-rupanya kena bayar sendiri lagi. hehe.

Hashtag , teamrayasingle teamrayabujang

HAHA


© Blog Cik Renex