3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cik Renex nak berkongsi dengan anda semua TIGA Pantai yang patut kita pergi sekali seumur hidup, at least. Tapi CR akan berkongsi pantai yang berada di Pahang la yer sebab CR kan anak jati Pahang. Kena la banyak promote tempat menarik di Pahang. Banyak sangat tempat best di Pahang ni dan ada juga yang CR tak pernah nak kesana juga.

Pantai adalah tempat kegemaran CR dan bila ada masalah memang CR lebih suka memilih pantai atau laut dari tempat yang hiburan. Ma CR pun suka duduk tepi pantai. Tenang. Tak reti nak gambarkan macam mana. Siapa yang suka pantai pasti memahami perasaan tu kan.

Jadi, CR ingin berkongsi pantai menarik di Kuantan Pahang. Antaranya adalah:

1. Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak adalah pantai yang paling popular di Kuantan Pahang. Kalau anda datang kesini pada hari minggu, confirm penuhhh dengan orang. Sebelum ni,parking payah nak dapat tapi bila pihak TC dah tambah baik parking di sana, ia memudahkan kita semua untuk dapat parking. Oh ya,disini parking berbayar :)


Teluk Cempedak

Di sini menjadi pilihan pada mereka yang ingin mandi manda. Tapi kena tengok warna bendera lah,kalau naik warna merah tu tanda bahaya untuk mandi. Tapi CR tengok semacam je dieorang ni mandi.


Teluk Cempedak

Di Teluk Cempedak jugak ada satu jambatan yang panjang yang menuju ke pantai satu lagi. Dulu masa CR sekolah kat Kuantan tahun 2006 2007 memang kerap lalu jambatan tu. Tapi sejak akhir-akhir ni CR dah jarang lalu jambatan tu sebab ada banyak kera kat situ. Huhu. 

Selain dari itu,yang seronoknya di Teluk Cempedak sekarang adalah ada gerai jualan barangan cenderamata, melukit potret, berinai dan pelbagai lagi. Kadang-kadang tu  ada yang memakai costume superhero seperti Spiderman,Superman, Power Rangers , hello kitty dan pelbagai lagi. Mereka akan mengenakan caj duit jika kita ingin bergambar dengan mereka.


2. Pantai Batu Hitam


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai Batu Hitam terletak di antara Beserah dan Balok. Kenapa digelar Pantai Batu Hitam? Tengok gambar CR diatas ni pun dah boleh agak kan. Disini ada sebahagian pantainya dipenuhi dengan batu-batu hitam.  Cantik dan unik



3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai Batu Hitam juga sesuai untuk mandi. Disini juga ada disediakan perkhidmatan kayuh basikal dan juga merasa pengalaman naik ATV. Harganya CR tak pasti sebab masa CR datang  haritu tak sempat nak cuba naik ATV tu. 

3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pasir yang putih dan luas. Selesa untuk bersantai bersama keluarga tersayang. Parking disini adalah percuma dan ada gerai yang menjual pisang goreng ,keropok dan pelbagai lagi. Sambil bersantai sambil makan dan minum dan ditemani tiupan angin pantai yang sejuk.

3. Pantai Sepat


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai seterusnya adalah Pantai Sepat atau dikenali Tanjung Sepat terletak di daerah Pekan dan berhampiran dengan daerah Kuantan. Pantai Sepat ini bagi CR sangat privasi sebab ianya lebih luas dan tak ramai sangat yang datang macam suasana di Teluk Cempedak tu.  Sesetengah tu ada yang datang berkelah dan main layang-layang disini.


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai Sepat juga mempunyai batang pokok yang sungguh unik dan dapat membuat kita terpegun seketikat melihat keunikkan batang pokok tu. Contoh dalam gambar diatas , ada juga buaian untuk kita duduk bersantai dan bergambar kenangan.


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang
With Blogger Zaza Iman

Banyak juga buaian yang ada kat sana. Sakan la CR dan kawan bergambar. Risau juga terputus. Hahaha. Masih terselamat.


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang


Jadi, antara tiga pantai ni ada tak korang pernah pergi?? 

14 comments

  1. Pantai Hitam tu tak pernah jejak lagi. Nanti boleh pergi. Nama je orang Pahang tapi baru tahu

    ReplyDelete
  2. Hei terselit muka kita heheh...pantai batu hitam tak gi lagi..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pula tahu tentang keunikan Pantai Batu Hitam tu. Cantik semua gambar CR :D

    ReplyDelete
  4. Nanti datang terengganu tau kak..pergi ke pantai cahaya bulan(kelantan) dan pantai batu buruk(kuala terengganu) boleh selfie2 kat situ kak..

    ReplyDelete
  5. Antara 3 pantai ini, husniey suka ke Teluk Cempedak tu.. Ya Allah cantik view situ..suka tengok batu besar kat situ unik

    ReplyDelete
  6. Pantai Batu Hitam je tak sampai lagi. Next time boleh ke sini pula.

    ReplyDelete
  7. Suka tengok view Pantai Sepat tu. Cantik :)

    ReplyDelete
  8. Kena jejaki kesemua pantai tu. Dulu pernah singgah di Teluk Cempedak aje.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex