Peniaga dah isytihar pendapatan tahunan ke? #eFiling
Apa itu e-filing?e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet. Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.
Senang je nak daftar. Pergi ke laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
- Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
- Pilih Perkhidmatan e-Filing -e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki dan isi semua maklumat.
- Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
- Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.
Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti di bawah.
- Borang B/BT (e-B/e-BT) - Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
- Borang BE (e-BE) - Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
- Borang P (e-P) - Borang Nyata Perkongsian
- Borang M/MT (e-M/e-MT) - Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
- Borang E (e-E) - Borang Nyata Oleh Majikan
- Borang C (e-C) - Borang Nyata Syarikat
- Layout Maklumat Praisi 2017 - Borang Nyata Koperasi
- Borang R (e-R) - Penyata Baki 108 Tersemak
- Borang CP204 (e-CP204) - Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
- Borang CP204A (e-CP204A) - Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
- Borang TF (e-TF) - Borang Nyata Pertubuhan
- e-Permohonan Pindaan BE - e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
- Semakan Pengesahan - Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut.
thanks sharing :)
ReplyDeleteNice Sharing CR..
ReplyDelete