Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang

Assalamualaikum dan Hai. Dah baca entri Cik Renex mengenai Safari Run 2018 dan Makan di Broasted by Sugarbun? Kalau belum boleh klik link ye. :) Kali ni CR nak kongsikan tempat kami beradu untuk semalam. Wani ditugaskan untuk mencari hotel yang murah dan dekat. Tak sure dia dapat dari apps mana tapi dia cadangkan kami semua bermalam di Hotel Selesa View Gambang.


Selesa View Hotel Gambang Pahang
Hotel Selesa View Gambang


Selesa View Hotel Gambang Pahang

Hotel Selesa View Gambang mudah untuk dicari. Hotel ini bangunan kedai paling belakang sekali. Exit tol Gambang dan terus menghala ke UMP dan u-turn. Anda akan jumpa kedai My Mama dan Broasted By Sugarbun. Hotel ni di bahagian belakangnya. Guna maps atau waze inshaAllah sampai. :)


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang

Sampai-sampai je terus masuk ke dalam dan sedia untuk check-in. Harga bermula dari RM68 sehingga RM250. Banyak jenis bilik yang ditawarkan dari bilik single, queen sehinggalah vip family. Kami sewa dua bilik Queen dengan harga RM88 semalam.  


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang
Sumber gambar : FB Hotel Gambang Selesa View

Keadaan dalam bilik yang kami pilih iaitu bilik Queen. Ruang yang sederhana memamg cukup untuk dua orang. :) Tuala disediakan dan bilik ada penghawa dingin. Kalau bosan-bosan boleh la tengok televisyen. Cuma kalau anda ramai, kena pilih bilik yang lagi luas sebab kami berdua pun da rasa sempit biliknya. hehe.  

Duduk dalam bilik ini pun sekejap je, just untuk tidur beberapa jam je sebab malam tu kami lepak di Balok rumah sahabat zaman sekolah rendah. Sampai hotel dalam jam 12.00 malam terus mandi dan iron baju untuk larian esok paginya. Jam 6 pagi dah gerak ke Bukit Gambang Resort City sebab acara larian mula awal dalam jam 6.30 pagi cam gitu untuk pendaftaran. Cuma beberapa jam je dalam bilik hotel. :)

Sebelum check-out sempat lagi kami berphotoshoot di luar hotel sebab ada pondok dan meja untuk pelawat disediakan di laman luar. 

Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang Hotel murah di Gambang Pahang
Termenung apa Wani?

Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang Hotel murah di Gambang Pahang
Acah-acah candid. 


Jadi,sesiapa yang nak ke hotel ni boleh la hubungi details di bawah yer. :)


Bermalam di Selesa View Hotel Gambang Pahang

Hotel Selesa View Gambang 

Lokasi

B6 & B8 Jalan Bandar Gambang 3, 
Pusat Komersial Gambang 1
Gambang, Pahang 26300


Untuk tempahan hubungi :

Office : 09-5498330 @ 09-5499330
Whatsapp : 01113112584


16 comments

  1. Berbaloi bayar.. Cantik biliknya..

    ReplyDelete
  2. Harga sgt cun hihi..nti bolelah p stay sini

    ReplyDelete
  3. Kalau merdeka ada promosi tak? Kemas je biliknya

    ReplyDelete
  4. Waaa.. Bestnya.. Belum pnh sampai ke sana lagi..

    ReplyDelete
  5. Oh ada hotel skli ea kat sne..senang la nk menginap kt sana kan.. Xtau lak ada hotel gambang...boleh la check in klo ke sana

    ReplyDelete
  6. okey sangat dah dengan harga! selesa untuk tidur dan berehat!

    ReplyDelete
  7. Pertama kali ke Gambang, memusing2 cari hotel/penginapan. For the second time nanti xyh ssh payah dah, pergi sini jerk. Murah plak tu

    ReplyDelete
  8. janji selesa pun dah ok..wah..dah banyak hotel ek area gambang ni

    ReplyDelete
  9. syaza belum pernah menginap dekat memana hotel area Gambang ni ") bleh bookmark entry ni :) harga affordable and bilik pun selesa tu.

    ReplyDelete
  10. I staryed at Selesa Hill before, memang best cuaca kat sana sejuk and relax jer.

    ReplyDelete
  11. Janji bersih okay je kalau bilik kecik sebab nak tidur je. masa lain habiskan untuk jalan-jalan.

    ReplyDelete
  12. nice view! busyra pernah sekali smpai ke Pahang. bila lah nk ke sana lg jumpa CR pulak. haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex