Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dalam kawasan Hospital USM di Kelantan
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald tandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia
MoU bakal menyaksikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dalam kawasan Hospital USM di Kelantan
KUBANG KERIAN, 29 Julai 2018 – Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membina sebuah Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Hospital USM. Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia dan pembinaannya bertepatan dengan misi untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang menjalani rawatan perubatan di hospital.
Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rumah Ronald McDonald di PPUKM merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.
Apabila siap dibina pada awal tahun 2019 kelak, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri.
Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirahat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Selain itu, Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM dan Azmir Jaafar, Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia semasa pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) sambil disaksikan oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM. |
“MoU pada hari ini dengan USM merupakan satu lagi detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisasikan. Ia dijangkakan bersedia mengalu-alukan kehadiran keluarga pesakit pediatrik pada awal tahun hadapan. Kami komited untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka,” kata Azmir Jaafar, Presiden RMHC.
“Kami amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Hospital USM dan kami percaya kemudahan ini dapat memberi banyak manfaat kepada keluarga dan anak-anak mereka yang sedang mendapatkan rawatan di hospital ini,” tambah Azmir yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Melalui MoU ini, Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah ini yang siap dengan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.
Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.”
Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.
“Kami kini dalam usaha kearah mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek perubatan komuniti seperti pembedahan sumbing bibir dan lelangit selain peluang kerjasama sokongan dana bagi projek penyelidikan berkaitan kanak-kanak yang boleh diterokai bagi memberikan peluang dan kehidupan yang lebih selesa kepada pesakit kanak-kanak di seluruh negara. Ini adalahseiring dengan visi USM ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’,” kata Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM.
Semasa majlis menandatangani MoU ini, USM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, manakala RMHC diwakili oleh Azmir Jaafar.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM dan Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, yang mewakili Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan USM dan Hospital USM.
Upacara Pecah Tanah di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald. |
Upacara Pecah Tanah di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald. |
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my.
bagus rumah ni. boleh jadi tempat singgah dan rehat orang yang jauh kat hospital
ReplyDeletebagusnya mcdonald ni.. smoga usaha murni ini dpt diteruskan dan dimanfaat kan oleh org lain..
ReplyDeleteTak tau pula ada rumah Roland Di ppum. Bagus ada rumah ni dah tak lama ni nak siap
ReplyDeletebagusnye..usaha yg patut dicontohi org lain..
ReplyDeletewah bagusla rumah ni dibuat untuk memudahakn mereka nak stay..bgus idea diaorang..
ReplyDeleteBagus sangat buat rumah ronald ni sebagai inisiatif membantu keluarga pesakit untuk merehatkan diri.tak perlu susah payah cari homesray atau hotel
ReplyDeleteWow I can't wait to see home materialize and its also help the need, good work.
ReplyDeleteUsaha yang harus dipandang mulia kerana telah membantu mereka2 yang memerlukan.. atleast ada ruang untuk keluarga pesakit berehat seketika di rumah ronald ni kan
ReplyDeleteGood idea. Memudahkan orang yv perlukan kemudahan tempat tinggal atau penginapan waktu tu.
ReplyDeleteBagusnya buat kemudahan yang macam ni. Rasanya membantu sangat kan tmpt mcm ni.
ReplyDeleteKemudahan yang bagus pada yang memerlukan..
ReplyDeletesinggah sini dan follow,....
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/