Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum dan Hai. Ahad baru ni, Cik Renex dan kawan-kawan menyertai satu larian di Bukit Gambang Resort City iaitu Safari Run 2018. Safari Run 2018 ada kategori utama iaitu 5 km untuk Fun run, terbuka dewasa dan kanak-kanak dan 10km untuk kategori terbuka dan dewasa. CR menyertai larian 5km terbuka sahaja. Tak mampu weh nak ambil 10km. Nanti tak pasal-pasal je pengsan tengah lari.  

Larian pada hari Ahad makanya CR datang pada hari Sabtu sebab untuk collect Race-kit. Nasib boleh datang hari Sabtu risau jugak tak boleh. Masa datang hari Sabtu tu pun ramai lagi rupanya yang baru nak ambil


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Race-kit
1. Race Number
2. T-shirt
3. Kupon makan
4. Wristband untuk masuk ke Safari Park selepas larian
5. BGRC voucher


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Acara bermula seawal jam 6 pagi untuk pendaftaran dan CR bergerak dari hotel dalam jam 6 pagi juga sebab dekat je hotel dengan Bukit Gambang Resort City tu. Sampai sana tengok ramai dah yang datang dan kami semua panaskan badan dengan acara Zumba terlebih dahulu sebelum mula berlari. 



Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Acara wajib sebelum berlari adalah Selfie. Nanti dah lepas lari muka berpeluh-peluh dan serabai makanya kena ambil gambar sebelum berlari. Ni je yang dapat join untuk Fun Run kali ni seorang lagi tengah sibuk mencari rezeki di Shah Alam. haha.



Dalam jam 7pagi, peserta 10km dilepaskan terlebih dahulu baru diikuti dengan peserta larian 5km. Tengok video yang CR kongsi dibawah untuk lebih lanjut.



Penat yang amat kali ni sebab trek laluan yang berbukit dan tidak rata. Nama pun safari run kan. Memang banyak bukit yang kena daki sampai CR rasa nak give up dah. Tapi nasib baik lah ada haiwan-haiwan dalam Safari Park tu yang memberi sokongan dengan memandang kami dengan penuh semangat. hehe. Ada beberapa haiwan yang CR sempat jumpa tapi Si Harimau je tak menjelma lalu rumah dia je. Tidur lagi lah tuuu. haha


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Dan akhirnya berjaya sampai ke garisan penamat. Sapik sampai awal dari kami. 
Muka puas hati dapat habiskan 5km. 


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Medal yang dapat. Medal ke 3 fun run CR.

Terlebih meter sebab dah ambil medal baru stop kan yang ni. hehe


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City
InshaAllah tahun depan join lagi. Ke korang dah serik mendaki? hehe


12 comments

  1. wah bestnya kalau dapat pergi, saya dah lama teringin nak pergi. by the way, saya dah letak blog ni dalam bloglist saya. suka sangat dengan blog ni

    ReplyDelete
  2. Wah.. bestnya.. Sha teringin juga nak joint.. tapi komitment tak mengizinkan.. seronok tgk CR kongsikan pengalaman..

    ReplyDelete
  3. Wahhh tahniahh CR, seronok tu berlari sambil tengok haiwan dalam safari park

    ReplyDelete
  4. Cayalah CR.. Tahniah sebab berjaya hingga ke garisan penamat..
    Tengok CR lari teringin juga nak join kalau ada di area LZ tapi masih belum berkesempatan..

    ReplyDelete
  5. terbaik la CR, bila la Diah nak join acara macam ni

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang Abam Kie anjurkan tempohari. Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Terima kasih.

    https://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat join aktiviti macam ni, sha takpernah join haha tapi teringin

    ReplyDelete
  8. Bestnya CR!! Teringin juga nak join tapi selalu je tak kesempatan

    ReplyDelete
  9. bestnya ! aktiviti sihat nih ") lama tak join camni. syaza follow sini. kalu sudi boleh follow syaza. salam perkenalan . erm, syaza tahun 92, nak panggil kak renex x ni ? ")

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex