Diabetes's Day Fun Run di Hoshas
Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ni Cik Renex nak throwback aktiviti Fun Run CR pada 17 November 2018 baru-baru ni. Kali ni adalah penganjuran dari Bahagian Diabetes Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sempena Hari Diabetes. Sedikit info tentang Hari Diabetes.
Hari Diabetes Sedunia ialah suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus) dan disambut pada 14 November setiap tahun. Ia diperkenalkan pada 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai gerak balas terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia. Hari Diabetes Sedunia mengguna pakai tema baharu yang dipilih persekutuan setiap tahun bagi menumpukan perhatian terhadap isu yang dihadapi penghidap diabetes sejagat. Sementara kempen berjalan sepanjang tahun, hari ini sendiri memperingati hari lahir Frederick Banting yang, bersama dengan Charles Best, mencetuskan idea yang membawa kepada penemuan insulin pada 1922.
Dalam jam 6.15 pagi, CR dan kawan bergerak ke Hoshas sebab program mula awal dalam jam 7 pagi untuk senaman dan zumba. Sampai-sampai sana Hoshas dibanjiri dengan warna biru. CR suka tshirt kali ni sebab warna dia menarik , tetapi warna tshirt untuk AJK petugas lagi cantik. :) Anggaran peserta kali ni dalam 600 lebih kalau tak silap lah, lupa pulak padahal ada check dalam website.
(SUMBER) |
Sebelum mula larian, kami panaskan badan terdahulu dengan khidmat bantuan cikgu zumba. Best sangat zumba kali ni memang berpeluhhh laaa, belum lari pun dah penat. Usai berzumba baru lah beratur beramai-ramai dan bersedia untuk Flag-off. Sebenarnya CR tak tahu mana arah larian kali ni, ikut je orang depan. Nasib la tempat sendiri dan ada penunjuk arah.
Seperti biasa, CR sertai larian Fun Run ni sejauh 5km sahaja. Dekat je dan tak mampu lagi nak beralih ke 10KM lagi. Yang 5km ni pun tak sampai separuh jalan dah pancit. Lari 2km stop dan sambung berjalan. Kemudian sambung semula lari. Tapi banyak berjalan dari berlari sebenar-benarnya.
Selepas hampir 45 minit , baru lah sampai ke garisan penamat. Gambar ni kawan CR yang ambil sebab dia dah sampai awal dah. Dia memang selalu awal sampai sebab non-stop berlari. Dalam 30mnit boleh sampai dah dia ke garisan penamat tu.
Ini medal untuk semua yang berjaya tamatkan larian dalam masa 1 jam 30 minit. Ada pula cut-off time, sebelum ni macam takde pulak. Maybe nak suruh orang semangat berlari habiskan kot. Comel medal ni, replika orang berlari, kreatif orang yang design medal ni.
Tempat bergambar wajib setiap kali selesai larian. |
Yang seronok kali ni bila ada lori Milo. Ya Allah lamanya tak jumpa lori Milo ni, last masa sekolah rendah. CR apa lagi terus beratur sebab kebetulan memang tak ramai sebab masing-masing sibuk bergambar. Sedap yang amat kalau milo dari Lori Milo ni. Lain feelnya bila minum.
(SUMBER) |
Sementara tunggu semua peserta tamatkan larian, peserta2 juga boleh tengok pameran-pameran yang di buka di sana. Banyak info yang akan dapat dan kaunter saringan kesihatan diabetes pun ada.
Kemudian,acara terakhir adalah cabutan bertuah. Kali ni CR tak bertuah lagi , hanya seorang kawan kami je bertuah dapat hadiah hamper. Hadiah utama basikal wehh tapi takde rezeki jugak. Habis cabutan bertuah terus kami balik untuk sambung tidur. Haha. Tunggu next fun run pulak.
Kali ni ramai sikit yang join. Seorang takde iaitu Sapik. |
Kalau ada acara larian yg diadakan berdekatan, pasti abam kie join sama! 😊
ReplyDeleteNti ada dkt2 klate leh abam kie join
Deletebestnya run
ReplyDeletejom join skli.hee
Deletekalau fun run ni paling best dapat minum milo van! tahniah cik renex dapat medal comel :D
ReplyDeletetu la,mmg teruja kalau ada milo tu..hee
Deletetahnaih CR dapat join fun run ni.. dapat medal yang comel tu
ReplyDeleteTq, medal tu memang aim setiap kali join.hehe
Deletejeles betul tgk kak reen join run
ReplyDeleteJom la join skli Ray.hehe
Deleteteringin nak join fun run gini!!syok tengok CR join!
ReplyDeleteJom kak Gee join jgk..
DeleteBestnya. Mesti rasa lega bila dapat medal kan 😍
ReplyDeleteseronok join run selain dapat menyihatkan badan keluar peluh. Medal pun comel sangat
ReplyDeleteComelnya medal fun run nie! Suka tengok Reen sekarang asyik masuk larian je. Bila Siqah nak rajin ni. Hihi
ReplyDeletehi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan.. done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks
ReplyDeleteThis event is such a fun event to join ramai2. My friend yang suka activiti macam ni semua dah pindah jauh2 kalau tak hm.. habis semua jenis 'run' dorang nak join. For a good cause.
ReplyDeleteyuhuuu CR, best tu dpt run ramai2... nice xtvt
ReplyDelete