Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Assalamualaikum dan Hai. Bila bercakap mengenai Murtabak mesti kita akan membayangkan suasana di Bazar Ramadhan sebab murtabak memang sinonim dengan bulan puasa. Tapi tidak dengan Murtabak Mengkasar. Murtabak ini sentiasa ada dan kedai pun sentiasa beroperasi melainkan Hari Raya Aidilfitri dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Rasanya semua memang tak asing lagi dengan Murtabak Mengkasar ini yang kedai asalnya beroperasi di Pekan Pahang. Bila berkunjung ke Pekan memang tak lengkap kalau tak singgah merasa murtabak ini. Tapi baru-baru ni Cik Renex berpeluang merasa Murtabak Mengkasar ini tapi bukan kedai di Pekan tapi di Bukit Sekilau Kuantan Pahang. Rugi rasanya baru tahu yang kat Bukit Sekilau ada kedai ini sebab selalu membayangkan murtabak ini ada di Pekan sahaja. Terlepas kapal terbang betul. hikss.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan
Pemilik Murtabak Mengkasar, Tuan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid.


Menurut pemilik Murtabak Mengkasar ini, murtabak mengkasar ini merupakan juadah  kegemaran keluarga diraja.  Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah meminati murtabak mengkasar ini dan sering menjadi juadah dalam majlis-majlis keramaian baginda. Resepi asal murtabak ini pula diperoleh dari rakan bapa pada tahun 1970-an iaitu Arwah Dato Awang Rashid. Beliau yang bertanggungjawab mewariskan resepi ini kepada pemiliknya.  Arwah telah berkongsi cara membuat murtabak ini dan yang paling utama sekali berkongsi resepi rempah yang diletakkan dalam murtabak ini.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan


Murtabak Mengkasar memang lain dari yang lain dan paling terbaik kerana menggunakan rempah-ratus rahsia dan rasanya tidak berubah sejak dahulu kerana mereka masih mengekalkan resepi yang diturunkan sehingga sekarang. Mereka hanya menambahkan jenis-jenis murtabak sahaja tanpa mengubah resepi asal rempahnya.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Bentuk asal murtabak juga memang lain dari yang supaya orang akan kenal murtabak ini lain dari yang lain iaitu bentuk segi empat tepat berbanding bentuk biasa iaitu segi empat sama. Kelainan murtabak ini juga adalah ia berlapis-lapis dari segi kulit luar dan juga isi dalam. Inti dalam dan inti luar juga berbeza bagi mencipta rasa yang berbeza.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan


Biasanya, bila kita makan murtabak kita akan ada selapis sahaja. Berbeza dengan Murtabak Markisar sebab ianya i tiga lapisan tebal berinti daging dan pelbagai jenis rempah-ratus berkualiti yang menjadikan rasa murtabak ini lebih sedap berbanding murtabak yang lain. Dari gambar yang CR ambil tu pun dah nampak kelainan murtabak ini dari segi lapisan kan.


Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Hidangan satu keping ini sesuai untuk dimakan dua ke tiga orang. Sebab intinya sangat padat dan tebal. Biasa kalau beli murtabak mesti penuh dengan bawang jer tapi tidak di Murtabak Mengkasar. Murtabaknya memang padat dengan isi daging atau ayam. Makan dua potong pun da rasa kenyang lagi-lagi dicicah dengan kuah kari atau jeruk bawang. Nyummy.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Harga murtabak mengkasar juga sangat berpatutan bagi CR berbanding tempat lain. Berikut adalah harga murtabak mengikut jenis2 nya.

Murtabak Mengkasar
Mix Special RM12
Daging Special RM10
Ayam Special RM10
Daging Biasa RM8
Ayam Biasa RM8
Menu Sampingan
Roti Canai, Roti Telur, Roti Telur Bawang, Roti Planta, Roti Bawang dan Roti Boom

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Bagi yang duduk jauh da teringin merasa Murtabak Mengkasar bolehlah membeli Murtabak yang telah disejuk bekukan. Murtabak Sejuk Beku (frozen) sebenarnya dah dibuat sejak lama dah tapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Murtabak Frozen ini kemudian mendapat tempahan dari Jeddah yang basednya di Food Market KL. Packaging juga akan diupgrade dari masa ke semasa. 


Cik Renex pun berpeluang merasa murtabak frozen yang biasa. Menurut Hj Din, murtabak frozen ini boleh tahan lama sehingga sebulan. Sesuai untuk di bawa ke tempat yang jauh. Harga murtabak frozen juga sangat berpatutan iaitu yang biasa RM12 dan yang special RM15.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan

Murtabak Frozen ini juga disertakan sekali dengan Bawang Jeruk. Kita hanya tinggal goreng diatas kuali ataupun guna microwave. Tinggal hidangkan dan makan jer. Rugi kalau tak merasa.

Jadi, mana-mana yang tak pernah merasa lagi boleh la ke Bukit Sekilau Kuantan untuk merasa sendiri kenikmatan murtabak mengkasar ini. Memang kalau dah sekali cuba, akan datang makan sekali. CR bagi 4.5/5 bintang untuk Murtabak Mengkasar ini. 

Bersama pemilik Murtabak Mengkasar , Tn Hj Din

Murtabak Mengkasar

FACEBOOK


ALAMAT
Gerai Murtabak Mengkasar
Pusat Jaja UiTM,
Jalan Bukit Sekilau,
26060 Kuantan, Pahang

WAKTU OPERASI
3.00 Petang - 1.00 Pagi



4 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex