Restoran Bummbu Nasi Singgey Kuantan Pahang

Assalamualaikum dan Hai. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang dan menjadi tempat kegemaran Cik Renex untuk melepaskan kebosanan tatkala di hujung minggu. Jarak Kuantan dari rumah CR dalam 2 jam juga sebenarnya tapi CR memang selesa berjalan ke Kuantan dari tempat lain. Sebab banyak lokasi menarik di Kuantan dan banyak lagi tempat yang tak sempat lagi CR untuk singgah. 

 tempat makan menarik di Kuantan
Salah pulak arah tangan tu, *abaikan* ^^v

Jadi, hujung minggu baru-baru ni CR berpeluang ke Kuantan bersama rakan-rakan blogger pantai timur yang lain. Jumpa pulak waktu makan tengahhari jadi kami semua ke satu restoran yang terletak di Batu 3 iaitu Restoran Bummbu Nasi Singgey. CR pernah singgah ke kawasan sini sebab pergi ke kedai Eco RM2 di kawasan situ juga tapi tak berpeluang pula ke restoran ini. Jadi ini kali pertama CR cuba makan disini.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Restoran Bummbu terletak di hujung lot kedai dan bersebelahan dengan MR DIY. Jadi bila dah penat shopping di Mr DIY boleh la hilangkan penat lelah dengan mencuba menu-menu disini. Part yang paling CR suka adalah tempat parking yang banyak dan tidak menyusahkan untuk kita pusing2 mencari parking. Tapi kalau datang time weekend mungkin payah sikit sebab masa tu ramai yang datang ke kawasan situ kan.


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Kami sempat berjumpa dengan isteri pemilik restoran ini  dan menemuramah sedikit sejarah penubuhan Restoran Bummbu ini. Restoran ini sebenarnya dah beroperasi hampir 5 bulan sejak bulan Ogos 2018. Lama juga dah sebenarnya tapi CR je tak berkesempatan datang. Chef restoran ini pun bukan calang-calang orang kerana chefnya  mempunyai pengalaman di Melbourne selama dua tahun dalam bidang masakan. 

Ada yang tertanya-tanya tak apa maksud "Bummbu" tu? Rupanya maksud dia adalah rempah atau perencah dalam Bahasa Jawa. Dan Singgey itu pula datang dari perkataan singgang yang dikomersial dalam loghat kelantan jadi lah Singgey. Kelainan restoran ini dari restoran yang lain adalah rempah turun temurun yang digunakan untuk masakan singgang tersebut. Kalau nak rasa apa kelainannya, kena la cuba nanti yer.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Menu utama restoran ini adalah Nasi dan lauk singgang sama ada singgang daging,ayam ataupun ikan yang lengkap dengan pakej Nasi dan Air sirap atau Teh O Beng. Jangan risau, ada lagi menu lain selain dari lauk singgang antaranya adalah set Ayam, daging, lemak dan kambing bakar. Selain dari itu juga ada juga menu lain yang boleh dipilih sebagai contoh Nasi Lemak, Laksa, Lempeng dan sebagainya. Menurut sumber , kadang-kadang ramai yang datang lepak di restoran ini pada waktu petang untuk makan laksa dan lempeng. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Menu Makanan Restoran Bummbu Nasi Singgey


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET F Singgang Daging

Apa menu pilihan CR? Tadaaa, menu yang menjadi pilihan CR adalah Set F iaitu Set Nasi Singgang Daging. Dalam set ini juga ada sambal belacan dan timun yang dibungkus sekali dengan nasi. Pendapat CR tentang singgang daging ini memang sedap dan rasa kuah singgang dia lain dari yang lain. Tak reti nak terangkan kelainannya tapi memang sedap dan berbaloi dengan harganya.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET D Ikan Bakar

Ikan bakar menjadi pilihan Husniey dan CR sempat merasa sedikit ikan bakar ini. Hmm, memang sedap sangat sambal ikan bakar ni. Secukup rasa. 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
SET C Kambing Bakar

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Pada tahun ini juga mereka akan memperkenalkan menu baru iaitu Bummbu Plate yang terdiri daripada Ayam Plate, Daging Plate, dan Kambing Plate yang bermula dari harga RM13.50.  CR sempat juga merasa hidangan ini dan rasanya jugak boleh tahan dengan portion ayam yang banyak dan fries. Jadi penggemar masakan Western boleh mencuba plate ini nanti.

Kalau jemu dah nak makan nasi atau western, boleh la mencuba menu-menu yang lebih ringan seperti Laksa, Lempeng , Roti bakar ke atau pun Kepok cheezy. Gambar di bawah ini antara menu makanan lain yang boleh diorder di restoran ini.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Kepok Cheezy yang sedap rangup dan penuh dengan isi ikan. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Chicken Ball 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan
Tuna Sandwich sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas sangat.

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Selain dari menu makanan yang sedap, antara tarikan restoran ini adalah air Bummbu Blend ini. Ada tiga jenis airnya iaitu Kopi Bummbu Blend, Jagung Bumbbu Blend dan Milo Bummbu Blend yang berharga RM4.50 sahaja. Selain dari minuman sejuk ada juga minuman panas seperti Kopi Bummbu dan pelbagai lagi.


Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Yang menjadi pilihan CR adalah Kopi Bummbu Blend. Memang sedap air ni sebab ada letak sekali aiskrim dan juga nata de coco. 

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Yang paling menarik bagi CR untuk restoran ini adalah harga air Sirap Beng dan Teh O Beng hanya RM0.50 sahaja. Murah yang amat weh, tempat lain rasanya takde letak harga murah macam ni. :)

Restoran Bummbu Nasi Singgey tempat makan menarik di Kuantan

Kalau tak sempat nak datang, mana-mana yang duduk berhampiran dengan kawasan restoran ini boleh la membuat tempahan dalam talian dan mereka akan COD ke rumah anda. Jimat masa kan. Hanya perlu whatsapp/call nombor 013 7924812.


Oh ya, lupa pula CR nak terangkan konsep kedai ini. CR berkenan dengan dekorasi dalaman kedai ini yang berkonsepkan pallet kayu. Sekarang kan memang tengah in perabot yang dibuat dari pellet. Kalau nak bergambar macam CR di atas ni, boleh la datang ke Restoran Bummbu Nasi Singgey ini ye. Rugi kalau tak merasa makanan disini :)

Keseluruhannya, CR sangat berpuas hati dengan menu makanan yang CR, harga yang berpatutan dan suasana kedai yang selesa. Waktu operasi Restoran Bummbu Nasi Singgey bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Kata pemilik restoran ini, kalau mendapat sambutan, waktu operasi  mungkin akan dipanjangkan sehingga malam. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di bawah ini.
Facebook : 

Instagram :

Lokasi :

RESTORAN BUMMBU NASI SINGGEY
A25, Jalan Kurnia Jaya 3, Perkampungan Belukar Maju, 25150 Kuantan, Pahang

5 comments

  1. kedai cantik dan makanan2 pun nampak inviting. rajin Cik Renex drive dua jam tu tapi iyalah kalo da suka tu apa2 pun boleh kan =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah rasa.. Paling suka daging bakar.. Pastu kuah singgang tu pun best

    ReplyDelete
  3. Wow menu smua nmpak sedappp.. x sabar nak g kuantan nak try makan sini..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex