Lirik Lagu Bila Entah , Aisyah Aziz

Siapa pernah dengar lagu Bila Entah nyanyian Aisyah Aziz?Lagu terbaru ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Dimana ada Hael disitu ada Ezra Kong. Hee. Cik Renex tahu lagu ni pun sebab ada kawan CR share lagu ni di whatsapp status. Bila dengar tu syok lak dan terus pm dia tanya lagu siapa.

Dah tahu tajuk terus lah search kat Youtube. Lagu ni da published kat youtube baru lagi rupanya, tiga minggu yang lepas. Bagi CR, suka muzik lagu ni dan lirik dia macam berpuitis sikit, ada part2 yang CR tak berapa faham.

Tak pernah dengar? Boleh search di youtube. CR hanya share liriknya sahaja. Jom kita layan..

Bila Entah , Aisyah Aziz

Bila Entah

Penyanyi : Aisyah Aziz 
Komposer&Lirik : Hael Husaini dan Ezra Kong


Entah bertemu tah tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah bertemu tah tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak

Dari mana ke mana
Rumput tawan padi
Di tahun bila bulan apa
Kan bersua lagi?

Rumah laksamana
Pasang dian tiga
Gadai hati tuk dikasihi
Hingga tua nanti

Sayang
hilangnya di mata
Sayang
Di hati jangan

Entah bertemu tah tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah bertemu tah tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak

Bila-ah-ah bila tah bila bertemu tidak
Bila-ah-ah ku mahu kau elak

Oh bulan mana bintang
Atas pucuk ara
Rajinnya kanda yang ku sayang
Sampai tak mau pulang

Salahnya di mana
Jatuhnya ke mana
Malang ku ditimpa tangga

Sayang ku tak apa
Biar buta mata
Janji jasad kambus bersama

Lambai-lambai pucuk kayu ara
Oh bila ku mahu kau elak


7 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex