Bank Negara Malaysia Anjur Karnival Kewangan Terengganu Pada 4 ~ 6 April 2019

March 31, 2019

Bank Negara Malaysia


Assalamualaikum dan Hai. Berita baik buat orang Terengganu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu.

Karnival ini berlangsung di rantau Pantai Timur selepas mengembara ke negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainment kewangan.

Bank Negara Malaysia

Bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda”, Karnival Kewangan Terengganu diambilbahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran.

Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan.

Bank Negara Malaysia

Di sini nanti, banyak yang dapat anda pelajari tentang wang palsu, ciri-ciri keselamatan wang, nasihat kewangan dan membuat aduan tentang penipuan scam,\.


Anda juga boleh menyemak serta mencetak laporan CCRIS anda secara percuma dan daftar akaun eCCRIS di booth Bank Negara Malaysia.

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000.

Bank Negara Malaysia

Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian khas oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice dan konsert mini oleh Sufian Suhaimi dan Shafiq Farhain.

Nampak menarik bukan?

Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini diadakan dari 18 hingga 31 Mac:
  • Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang Pahang | 18 Mac
  • Dewan Semai Bakti Felda Jengka 11, Jengka | 19 Mac
  • Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya Dungun | 20 Mac
  • Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu | 21 Mac
  • Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak | 24 Mac
  • Dewan Auditorium Mahyuddin UMT Kuala Nerus | 24 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom, Setiu | 25 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung, Besut | 26 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu | 27 Mac
  • Dewan Majlis Daerah Marang, Marang | 28 Mac
  • Dewan Utama, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa | 31 Mac

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di talian 09-622 0571.

Iklan : Sepanjang Karnival Kewangan Terengganu, anda boleh nikmati diskaun GRAB car RM5 x 2 perjalanan pergi atau balik dari TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu pada 4 hingga 6 April ini menggunakan kod : KKT2019

Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia, Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

March 28, 2019


 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat

Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat.

Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. 

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan. 

 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. 

Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini.


 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain. 



“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.”

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian. 

“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.”

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik. 

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. 

“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo

“Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya. 

 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.” 

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. 

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.” 

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini. 

“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan.” 

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain. 

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat. 

Harga


 #gumbatte #SystemaGumbatte #systema #gumhealthcheck #gusisihatgigisihat


Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55. 



5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android

March 7, 2019


 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android

5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android | Assalamualaikum dan hai. Siapa disini suka edit video?Cik Renex adalah salah seorang yang suka edit video tapi hasil editting CR takde lah menarik pun, hanya biasa-biasa sahaja. CR suka tengok youtuber2 edit video, cantik sangat. Kalau CR entah hape-hape jadinya,asalkan boleh je. Video yang paling CR suka tengok adalah Yasmin Redzuan atau Princess Meenie dan Atiyah Saadon. 

CR selalu edit video guna laptop kesayangan Acer tu je guna software Wondershare Filmora tapi tu lah, kadang tak sempat nak edit video guna laptop. Bila edit guna laptop, confirm akan makan masa lama sebab jadi 'ralit' edit. :) Jadi, kadang-kadang tu CR akan edit menggunakan smartphone je. CR nak kongsikan beberapa aplikasi telefon pintar anda yang boleh kita gunakan untuk edit video yang simple2 je dan cepat.

CR akan kongsikan aplikasi yang boleh didownload dengan telefon yang ada software Android sebab CR guna android. Lets start!




1. FilmoraGo

5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android
FilmoraGo adalah salah satu aplikasi video yang CR paling suka sebab mudah untuk edit dan masukkan gambar atau video. Dan yang paling best, watermark dia hanya di hujung video, jadi kita boleh cut bahagian last video sebelum upload ke mana2 media sosial.
Berikut adalah video yang diedit dengan menggunakan apps FilmoraGo.




2. Viva Video

5 Aplikasi Edit Video Paling Best untuk Android
Viva video ni memang menjadi aplikasi kegemaran semua orang CR rasa cuma yang tak bestnya ada watermark. Untuk buang watermark kena lah bayar kan. :) Yang seronoknya apps ni adalah dia da sediakan template video yang cantik,tinggal kita je masukkan gambar dan trim apa yang patut.

Bawah ni contoh video yang CR edit guna viva video


3. Inshot

Edit video guna handphone
Perkara yang CR suka tentang aplikasi Inshot ini adalah dia boleh squarekan video kita jadi ssesuai untuk post di instagram. Boleh tambah perkataan dan filter pada video yang kita edit. Nak lagi best boleh terus beli yang premium, banyak sikit filter effect. 




4. Quik

Edit video guna handphoneQuik adalah aplikasi yang selalu digunakan  oleh pengguna GoPro. Untuk yang tiada GoPro pun boleh jugak gunakan. Quik ini yang bestnya dia dah ada template video nya sendiri yang menarik. Jadi mudahlah keje kita,pilih je mana yang berkenan kan. Yang paling CR suka bila guna apps ni sebab dia akan tolong editkan terus video kita ikut rentak muzik yang kita letak. 

Bawah ini salah satu contoh yang CR pernah edit.



5. KineMaster


Edit video guna handphone
Kinemaster CR tak pernah guna tapi selalu tengok ramai kawan yang menggunakan apps ni. Pasti ianya mudah kan. Nanti CR cuba pulak.



Jadi, antara lima ni mana apps yang menjadi pilihan kegemaran anda? Tiada satu pun diatas? Sudi lah berkongsi aplikasi apa yang anda gunakan pulak. Boleh CR cuba nanti. Untuk edit gambar  CR pernah berkongsikan juga aplikasi yang best untuk edit. Klik link dibawah untuk baca.

Amsas Fun Run & Ride 2019 #2

March 6, 2019


Adham Bike Centre

Assalamualaikum dan Hai. Cantik tak medal funrun yang Cik Renex join kali ni.  Seperti biasa , larian kali ni di bawah organiser Adham Bike Center (ABC) juga. Sekarang ni memang kerap sertai program fun run di bawah organiser ABC. Salah satu faktor utamanya kerana kebanyakkan event yang ABC handle mesti dalam kawasan Pahang juga. Jadi mudah la bagi kami untuk pergi. 


Macam kali ini, kami bertolak dari Bera dalam jam 4 pagi sebab larian bermula jam 730 pagi. Malam tu rasa macam tak nyenyak nak tidur sebab risau tak sedar. Dah la mak CR takde nak tolong kejutkan, memang harapkan alarm HP semata-mata. Pukul 2 pagi dah terjaga tapi tidur semula. hehe. Dalam 650pagi kami selamat sampai ke Akademi Maritim Malaysia ni. Masa sampai tu pun ramai juga yang baru sampai nasib kami dapat parking cepat, tak jauh sangat. 

Sampai-sampai sana, melilau kami mencari mana tempat urusetia sebab kami tak ambil Tshirt dan no bib lagi. Follow orang lain dan akhirnya jumpa juga. Sampai di urusetia kena beratur pula menunggu turn ambil dan ramai je yang baru ambil pagi tu. Mungkin faktor jauh tak dapat ambil macam kami ni jugak. 


Lambat juga bermula dari aturcara asalnya. Biasalah bila melibatkan ramai orang kan. Masa mula lari tu pun dah terasa panas teriknya. Trek kali ni kami berlari di sekitar AMSAS itu sahaja dan kawasannya agak luas juga. Untuk yang 10km dan berbasikal mereka ikut laluan lain dan melibatkan jalan luar juga. Kami hanya di dalam Amsas sahaja.

Cik Renex berjaya menamatkan larian sejauh 4.1km selama 38 minit lebih kurang. Tak tahu kenapa tak cukup 5km, rasa betul dah ikut laluannya. Tapi takpe lah, itu pun dah tak larat sebenarnya sebab hari panas terik. Bila dah sampai garisan penamat, aktiviti wajib adalah bergambar dengan medal masing-masing. Kepuasan itu datang bila dapat medal dan bergambar ramai-ramai dengan kawan yang datang sekali fun run. 



Gambar kenangan di depan Akademi Maritim Malaysia. Kecewa sebenarnya tak dapat hadiah cabutan bertuah. Dah la hadiahnya menarik2 contohnya hamper makanan, kipas dan hadiah utama adalah set penghawa dingin. Untung siapa yang dapat tu. Ok lah sekian untuk aktiviti funrun bulan Februari,kita jumpa update seterusnya untuk fun run Mac :) Sebelum entri tamat, kita tengok video yang sempat CR edit.

Jualan Buku Big Bad Wolf Meraikan Ulang Tahunnya Yang Ke-10 Dengan Destinasi Pertama Di Kuantan

March 2, 2019

Sebagai usaha memupuk minat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Pahang bakal menjadi destinasi pertama di antara 9 negeri yang lain di 2019. Berita baik untuk para pencinta buku! Selepas Jualan Buku Big Bad Wolf menutup tirai dengan penuh jayanya pada Disember 2018, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali untuk jualan buku yang selalu dinanti – nantikan di seluruh Malaysia. Jualan Buku pertama tahun ini akan diadakan di Kuantan pada 28 Februari hingga 10 Mac 2019, di mana para pencinta buku boleh mendapatkan beraneka jenis buku pilihan mereka di Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Senang je nak cari UMP ni, keluar highway Gambang dan terus je sampai jumpa UMP. Inshaallah tak sesat. :)


Jualan Buku Big Bad Wolf UMP Gambang 2019

“Tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik buat kami di Big Bad Wolf Books. Sempena dengan sambutan ulang tahun kami yang ke‐10 dan buat julung kalinya dalam sejarah Big Bad Wolf Books, kami akan membawa Jualan Buku ini ke 10 buah negeri di Malaysia ,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap. 


Menampilkan buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95%, para pencinta buku boleh berbelanja mengikut kemahuan hati mereka bermula seawal 10.00 pagi hingga ke tengah malam di Jualan Buku Big Bad Wolf di Kuantan. Jualan ini menawarkan pelbagai pilihan buku paling laris, novel remaja, kisah percintaan, sains fiksyen, jenayah, kisah seram, perniagaan, seni bina, seni dan reka bentuk, resipi serta banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan kesemua buku berkenaan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. 


Sesuai untuk semua peringkat usia, Jualan Buku ini turut menampilkan tajuk-tajuk buku dari kalangan penulis-penulis ternama, serta buku dari penerbit tempatan yang terdiri lebih daripada 40 penerbit seperti PTS, Karangkraf, Dewan Bahasa dan Pustaka serta ITBM Publishing. 12 penerbit buku indie yang turut mengambil bahagian di Jualan Buku ini termasuk Buku Fixi, Dubook Press, Lejen Press, The Patriots dan Mapple Comics. Buku-buku ilmiah terbitan Sasbadi dan Pelangi serta terbitan universiti di bawah kumpulan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) juga boleh didapati di sepanjang Jualan Buku tersebut selama 11 hari. 

Jualan Buku Big Bad Wolf UMP Gambang 2019

Di samping itu, dalam usaha untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyerokkan bagi si kecil, ibu bapa yang mengunjungi Jualan Buku tersebut pastinya akan berpuas hati dengan pemilihan buku yang berbagai macam di bahagian kanak-kanak. Antara buku yang disyorkan adalah buku augmented reality (AR) oleh Little Hippo yang mempunyai lapan jenis judul. Menggunakan kecanggihan teknologi AR, buku AR Little Hippo mencipta satu pengalaman pembacaan yang immersive dan berinteraktif untuk si kecil, yang pastinya akan merevolusikan cara membaca, bermain dan belajar pada masa yang sama untuk generasi akan datang. 


“Salah satu misi utama Big Bad Wolf adalah untuk memupuk minat suka membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai sebuah jenama yang sedang berkembang, kami akan terus membawa lebih banyak buku mampu milik ke bandaraya-bandaraya di dalam dan di luar negara, sejajar dengan matlamat kami untuk mencetus inspirasi dan memperkasakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan,” tambah Yap. 


 Big Bad Wolf UMP Gambang 2019


Di dalam usahanya untuk menyemai bakti kepada masyarakat, Jualan Buku Big Bad Wolf akan meneruskan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh sayap Tanggungjawab Sosial Korporatnya menerusi Program Red Readerhood di sepanjang tempoh Jualan Buku di seluruh Malaysia. Untuk Jualan Buku di Kuantan, kanak-kanak kurang bernasib baik dari beberapa rumah kebajikan di bawah seliaan Pertubuhan Komuniti Harap Kuantan (HARAP) akan mendapat manfaat menerusi program berkenaan di mana orang ramai boleh menyumbangkan buku yang dibeli di Jualan Buku ini. Inisiatif tersebut diadakan bagi memastikan kanak-kanak kurang bernasib baik mendapat akses kepada buku-buku berkualiti. 

 Big Bad Wolf UMP Gambang 2019

Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh membeli pelbagai cenderamata seperti lencana, magnet dan barangan Big Bad Wolf. Memandangkan jualan ini akan berlangsung sehingga tengah malam, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan berkonsepkan food truck di Universiti Malaysia Pahang bagi memudahkan para pengunjung yang datang untuk menjamu selera dan menghilangkan dahaga dengan beraneka makanan serta minuman yang lazat. 


Patikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dengan mengikuti #BBWPahang2019 di:

FACEBOOK: fb.com/bbwbooks

INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks

Cik Renex officially 30!!

March 1, 2019

Tanggal 18 Feb baru ni Cik Renex officially 30!! Omg, rasa macam tak percaya ye jugak ni bila dah sampai ke umur tiga-puluh-an ni. Rasa macam baru je habis degree. Sempena bulan februari berakhir semalam, makanya CR nak update la juga kisah hari jadi CR ni walaupun dah lapuk. 😁


Untuk tahun ni CR disuprisekan dengan cupcake pandan gula melaka oleh family CR. Terima kasih ma,akak, cha dan Abg lee. Eh terlupa pulak seorang lagi ahli baru family kami iaitu Baby Faris. Awal-awal lagi CR dah pesan pada akak jangan membazir membeli jambangan coklat suprise tu sebab sebelum ni dah pernah dapat. hehe. Lagipun dah 'tua' jadi mood nak sambut macam tak ada sangat dah. Cukuplah sekadar  doa dari family dan kawan-kawan. :) 

IG : @madam_apex

IG : @madam_Apex

Sedap cupcake pandan gula melaka  ni, tak manis sangat. Akak CR tempah dengan kawan dia Ielah. Kalau berminat nak tempah boleh la direct contact beliau yer. Cari di IG @madam_apex.



Kenapa cupcake ni ada Sembilan je..kenapa bukan tiga puluh?huhu. Kalau tiga puluh puas nak habiskan.


Wani & CR

Keesokkan hari nya pulak, CR disuprisekan pulak oleh Wani. Semangat dia sediakan suprise party untuk kami bertiga. Oh ya, kebetulan lak  ada lagi dua orang dari geng funrun yang tarikhnya jatuh dalam bulan Februari ni. Jadinya, ketiga-tiga kami mendapat suprise dari Wani.


Plan asalnya nak berjoging petang tu tapi hari hujan pula. Makanya, aktiviti berlari di batalkan dan aktiviti bergambar dan makan diteruskan. Terima kasih Wani, susah2 je sediakan semua ini untuk kami. Jasamu dikenang. Haha. Jambangan coklat dan belon tu adalah hasil kerja keras wani dan kakaknya. Lepas ni boleh dah buka bisnes suprise birthday lak korang ni. :)

Yang diraikan Azie , Sapik & CR



Semoga aku semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan sekarang yg semakin mencabar. Diharap dengan usia baru ni semuanya akan jadi yg terindah dan terbaik dlm hidup aku. Aminn. Terima kasih atas ingatan dan ucapan di whatsapp, facebook,wechat, instagram dll. Amin aminn untuk doa kalian.

Setiap kali post birthday mesti CR akan post ayat di bawah ini. Suka sangat ayat ni. Deep.


Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata - kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.

copy paste from Apricot Pie


#Rindu Abah..Al-fatihah
© Blog Cik Renex