Amsas Fun Run & Ride 2019 #2


Adham Bike Centre

Assalamualaikum dan Hai. Cantik tak medal funrun yang Cik Renex join kali ni.  Seperti biasa , larian kali ni di bawah organiser Adham Bike Center (ABC) juga. Sekarang ni memang kerap sertai program fun run di bawah organiser ABC. Salah satu faktor utamanya kerana kebanyakkan event yang ABC handle mesti dalam kawasan Pahang juga. Jadi mudah la bagi kami untuk pergi. 


Macam kali ini, kami bertolak dari Bera dalam jam 4 pagi sebab larian bermula jam 730 pagi. Malam tu rasa macam tak nyenyak nak tidur sebab risau tak sedar. Dah la mak CR takde nak tolong kejutkan, memang harapkan alarm HP semata-mata. Pukul 2 pagi dah terjaga tapi tidur semula. hehe. Dalam 650pagi kami selamat sampai ke Akademi Maritim Malaysia ni. Masa sampai tu pun ramai juga yang baru sampai nasib kami dapat parking cepat, tak jauh sangat. 

Sampai-sampai sana, melilau kami mencari mana tempat urusetia sebab kami tak ambil Tshirt dan no bib lagi. Follow orang lain dan akhirnya jumpa juga. Sampai di urusetia kena beratur pula menunggu turn ambil dan ramai je yang baru ambil pagi tu. Mungkin faktor jauh tak dapat ambil macam kami ni jugak. 


Lambat juga bermula dari aturcara asalnya. Biasalah bila melibatkan ramai orang kan. Masa mula lari tu pun dah terasa panas teriknya. Trek kali ni kami berlari di sekitar AMSAS itu sahaja dan kawasannya agak luas juga. Untuk yang 10km dan berbasikal mereka ikut laluan lain dan melibatkan jalan luar juga. Kami hanya di dalam Amsas sahaja.

Cik Renex berjaya menamatkan larian sejauh 4.1km selama 38 minit lebih kurang. Tak tahu kenapa tak cukup 5km, rasa betul dah ikut laluannya. Tapi takpe lah, itu pun dah tak larat sebenarnya sebab hari panas terik. Bila dah sampai garisan penamat, aktiviti wajib adalah bergambar dengan medal masing-masing. Kepuasan itu datang bila dapat medal dan bergambar ramai-ramai dengan kawan yang datang sekali fun run. 



Gambar kenangan di depan Akademi Maritim Malaysia. Kecewa sebenarnya tak dapat hadiah cabutan bertuah. Dah la hadiahnya menarik2 contohnya hamper makanan, kipas dan hadiah utama adalah set penghawa dingin. Untung siapa yang dapat tu. Ok lah sekian untuk aktiviti funrun bulan Februari,kita jumpa update seterusnya untuk fun run Mac :) Sebelum entri tamat, kita tengok video yang sempat CR edit.

10 comments

  1. Insyaallah ada rezeki lain kali :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa kat Pahang banyak event macam ni kak reen.. Cantik medal tu

    ReplyDelete
  3. lawa gilerrr medal dia...tahun ni belum start lari lagi...da nak stop terus kot...lari kat taman je..haha

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronoknya join event camni. Dapat pula medal tu yang buat lagi semangat. Medal tu pula semua lawa-lawa

    ReplyDelete
  5. hihiih cantik medal dia.. bila pandang medal terus hilang penat kan..aishh bila nak lari semula ni

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah tahniah. medal tu memang cantik dan unik sangat ^_^

    ReplyDelete
  7. Cantik medal dia. Tahniah reen berjaya habiskan larian. Cuma take care sebab cuaca panas skrg ni kan.

    ReplyDelete
  8. seronok tgk org join runni. liez tak cukup fit nak join

    ReplyDelete
  9. macam best je join boleh kumpul medal rare2!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex