Bank Negara Malaysia Anjur Karnival Kewangan Terengganu Pada 4 ~ 6 April 2019
Assalamualaikum dan Hai. Berita baik buat orang Terengganu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu.
Karnival ini berlangsung di rantau Pantai Timur selepas mengembara ke negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara.
Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainment kewangan.
Bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda”, Karnival Kewangan Terengganu diambilbahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran.
Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan.
Di sini nanti, banyak yang dapat anda pelajari tentang wang palsu, ciri-ciri keselamatan wang, nasihat kewangan dan membuat aduan tentang penipuan scam,\.
Anda juga boleh menyemak serta mencetak laporan CCRIS anda secara percuma dan daftar akaun eCCRIS di booth Bank Negara Malaysia.
Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000.
Nampak menarik bukan?
Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini diadakan dari 18 hingga 31 Mac:
- Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang Pahang | 18 Mac
- Dewan Semai Bakti Felda Jengka 11, Jengka | 19 Mac
- Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya Dungun | 20 Mac
- Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu | 21 Mac
- Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak | 24 Mac
- Dewan Auditorium Mahyuddin UMT Kuala Nerus | 24 Mac
- Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom, Setiu | 25 Mac
- Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung, Besut | 26 Mac
- Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu | 27 Mac
- Dewan Majlis Daerah Marang, Marang | 28 Mac
- Dewan Utama, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa | 31 Mac
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di talian 09-622 0571.
Iklan : Sepanjang Karnival Kewangan Terengganu, anda boleh nikmati diskaun GRAB car RM5 x 2 perjalanan pergi atau balik dari TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu pada 4 hingga 6 April ini menggunakan kod : KKT2019
semoga mendapat sambutan yang menggalakkan.. terbaik karnival sebegini.. :)
ReplyDeleteKalau dekat sure ana terjah. Banyak info boleh dapat dekat sini. Aktiviti pun banyak disediakan tu.
ReplyDelete