Cik Renex officially 30!!
Tanggal 18 Feb baru ni Cik Renex officially 30!! Omg, rasa macam tak percaya ye jugak ni bila dah sampai ke umur tiga-puluh-an ni. Rasa macam baru je habis degree. Sempena bulan februari berakhir semalam, makanya CR nak update la juga kisah hari jadi CR ni walaupun dah lapuk. 😁
Untuk tahun ni CR disuprisekan dengan cupcake pandan gula melaka oleh family CR. Terima kasih ma,akak, cha dan Abg lee. Eh terlupa pulak seorang lagi ahli baru family kami iaitu Baby Faris. Awal-awal lagi CR dah pesan pada akak jangan membazir membeli jambangan coklat suprise tu sebab sebelum ni dah pernah dapat. hehe. Lagipun dah 'tua' jadi mood nak sambut macam tak ada sangat dah. Cukuplah sekadar doa dari family dan kawan-kawan. :)
IG : @madam_apex |
IG : @madam_Apex |
Sedap cupcake pandan gula melaka ni, tak manis sangat. Akak CR tempah dengan kawan dia Ielah. Kalau berminat nak tempah boleh la direct contact beliau yer. Cari di IG @madam_apex.
Kenapa cupcake ni ada Sembilan je..kenapa bukan tiga puluh?huhu. Kalau tiga puluh puas nak habiskan.
Wani & CR |
Keesokkan hari nya pulak, CR disuprisekan pulak oleh Wani. Semangat dia sediakan suprise party untuk kami bertiga. Oh ya, kebetulan lak ada lagi dua orang dari geng funrun yang tarikhnya jatuh dalam bulan Februari ni. Jadinya, ketiga-tiga kami mendapat suprise dari Wani.
Plan asalnya nak berjoging petang tu tapi hari hujan pula. Makanya, aktiviti berlari di batalkan dan aktiviti bergambar dan makan diteruskan. Terima kasih Wani, susah2 je sediakan semua ini untuk kami. Jasamu dikenang. Haha. Jambangan coklat dan belon tu adalah hasil kerja keras wani dan kakaknya. Lepas ni boleh dah buka bisnes suprise birthday lak korang ni. :)
Yang diraikan Azie , Sapik & CR |
Semoga aku semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan sekarang yg semakin mencabar. Diharap dengan usia baru ni semuanya akan jadi yg terindah dan terbaik dlm hidup aku. Aminn. Terima kasih atas ingatan dan ucapan di whatsapp, facebook,wechat, instagram dll. Amin aminn untuk doa kalian.
Setiap kali post birthday mesti CR akan post ayat di bawah ini. Suka sangat ayat ni. Deep.
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..
Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata - kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.
Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.
Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
copy paste from Apricot Pie
#Rindu Abah..Al-fatihah
Happy belated birthday :)
ReplyDeleteThanks awk :)
DeleteSanah helwah reen. Semoga dipanjangkan umur dalam kebaikan dan rahmat Allah.
ReplyDeleteAMinn thanks Ana :)
Deletesweet gila kawan cik renex & family...happy belated birthday ya!
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteThanks awk :)
Happy belated birthday CR..
ReplyDeleteHappy birthday
ReplyDelete